Rasanya ramai para wanita mengenali dan ada sebahagiannya menjadi pengguna tegar produk jamu jenama Mustika Ratu kan?
Mana tidaknya, jamu tradisi yang mempunyai pelbagai jenis nama dan fungsi seperti Perawatan Remaja Putri, Perawatan Wanita, Kesepuhan dan Sepetan Sari yang sering kelihatan dijual di toko-toko jamu dan salon kecantikan.
Mungkin ramai yang tahu tentang kewujudan produk ini, tetapi tidak mengenali pengasasnya, Ibu Mooryati Soedibyo yang bertungkus-lumus membesarkan empayar jamu berkenaan di serantau Asia termasuklah Malaysia.
Jika dilihat pada usianya kini, pasti ramai tidak menyangka bahawa Ibu Mooryati Soedibyo sebenarnya sudah berusia 94 tahun kerana beliau masih kelihatan muda seperti 50-an.
Berkongsi rahsia awet muda dan kekal bertenaga di usia 94 tahun, Ibu Mooryati mendedahkan dia cuma mengamalkan jamu dalam kehidupan harian. Malah, cucu kepada Raja Jawa yang juga digelar pahlawan nasional Indonesai iaitu Sri Susuhunan Pakubuwana X mengatakan dia rajin membuat beras kecur secara alami di rumah.
“Dari masih muda, saya rajin minum jamu, saat ini pun saya masih rajin. Saya biasanya minum beras kencur yang saya buat sendiri di rumah,” ujarnya.
Ads
Melihat kepada wajah Ibu Mooryati yang masih licin dan jelas menunjukkan jamu adalah rahsia awet muda yang sangat mujarab.
Difahamkan, beras kencur ini mempunyai banyak manfaat buat kesihatan tubuh badan mereka yang mengamalkannya. Bahan untuk membuat beras kencur ini sangat ringkas iaitu beras, kencur (atau sinonim dengan cekur), gula merah, air dan daun limau purut yang melalui beberapa proses.
Beras hendaklah dicuci lalu direndam dalam air sekurang-kurang enam jam. Selepas itu, kupas kulit cekur dan potong gula merah menjadi ukuran lebih kecil. Kemudian, kesemua bahan tersebut dimasukkan dalam mesin pengisar, blend sehingga halus. Setelah itu, tapis air tersebut sebelum dipindahkan ke dalam gelas lain untuk menikmati air tersebut.
Ads
Sebenarnya, ada pelbagai jenis resepi dan kegunaan beras kencur ini mengikut citarasa seseorang sama ada mahu secara asli mengikut Jawa atau sebaliknya.
Tapi, apa yang boleh dikatakan, pengamalan beras kencur sedikit sebanyak dapat membantu memberikan kesihatan tubuh yang sihat mengikut petua orang dulu-dulu.
Ads
Untuk pengetahuan, Ibu Mooryati juga bukan sahaja cantik dan berketurunan darah pahlawan, bahkan beliau juga seorang yang bijak. Beliau merupakan alumni Universitas Saraswati, Univesitas Terbuka dan Universitas Sebelas Maret Surakarta.
Bahkan gelaran Doktor diperoleh dari Universitas Indonesia dalam jurusan ekonomi. Tak cukup dengan itu, nama beliau tercatat dalam The Indonesia World Records Musuem (MURI).
Sekiranya ibu ayah menghadapi masalah bayi menangis setiap hari, ibu dan ayah boleh amalkan doa bayi menangis malam ini dan susah tidur.
Keadaan ini berlaku kemungkinan belum mendapat rentak jadual anak terutama cara untuk mengendalikan situasi jika anak menangis nak tidur, nak susu, rasa tak selesa atau tak sihat. Malah ada yang stres tidak dapat hadapi situasi ini. Lebih parah lagi jika jarak anak kedua dengan anak pertama dekat tak sampai dua tahun.
Kepada ibu ayah yang berdepan masalah anak susah nak tidur bolehlah amalkan surah Al Qadr ni. Baca surah ni mohon pada ALLAH supaya anak dapat tidur & tiup di ubun ubunnya.
Ini antara doa berkesan yang berjaya tidurkan bayi yang merengek tak mahu tidur (dengan izin ALLAH). Sedikit sebanyak cuba ikhtiar dengan cara ini.
Selain buat check up dengan doktor, ibu boleh amalkan zikir-zikir ni sebanyak-banyaknya:
1. HasbiAllahwanikmalwakil…
2. LahaulawalaQuataillabillahillaliilazim…
3. Astaghfirullahalazim…
Banyakkan juga mohon doa pada ALLAH. Selain tu, ibu boleh letakkan surah Yasin di sebelah bantal anak.
Sebelum tidur, ibu & ayah bacalah :
1. Ayat qursi
2. Al Fatihah
3. 3 Qul
Ada banyak sebab yang membuatkan bayi menangis di waktu malam. Berkemungkinan si kecil itu sedang lapar, sakit atau sebagainya. Jika disebabkan ganggun benda halus boleh baca surah Al-Quran seperti:
Surah Al-Fatihah (baca berulang kali)
Ayat Al-Kursi
Surah Al-Ikhlas
Surah Al-Falaq
Surah Al-Nas
Mohonlah pada ALLAH agar keluarga sentiasa dilindungi dan dijauhi dari sebarang musibah.
Sumber: FB 9bulan10hari
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seperti yang umum maklum, artis Emma Maembong telah pun melahirkan cahaya mata kedua pada bulan Mei lalu. Dikurniakan seorang lagi bayi lelaki, Shakil Aryan Shah menjadi pilihan Emma dan suaminya, Shazli Azhar. Seperti abangnya Shariq Arshan Gabriel, Shakil juga mempunyai warna kulit yang putih gebu.
Melalui akaun Instagram Shakil Aryan Shah dan Emma Maembong, telah dikongsikan satu video terbaru Shakil ketika berada bersama bapanya. Shazli mengalunkan bacaan ayat suci Al – Quran buat Shakil sama seperti yang dilakukan kepada Shariq sebelum ini.
Alunan mengaji Shazli itu menyebabkan Shakil begitu tenang sahaja dalam pangkuan bapanya. Khusyuk sungguh, ekspresi mukanya yang merenung wahaj Shazli membuatkan warganet menjadi geram. Shakil turut sama memberikan senyuman kepada bapanya.
Cara Shazli yang membacakan bacaan ayaty Al – Quran itu mendapat pujian daripada warganet. Selain itu, wajah comel shakil juga menjadi perhatian ramai. Jika Arshan Nampak lebih iras dengan Ibunya, Emma. Shakil ini pula dikatakan lebih kelihatan seperti wajah bapanya.
Perkongsian ini mendapat tumpuan sehingga meraih lebih 27 ribu tanda suka daripada warganet. Rata – rata warganet komen bahawa mereka suka dengan cara didikan Emma dan suami.
Untuk rekod, Emma maembong dan Shazli Azhar telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang Putera bernama Shariq Arshan Gabriel dan Shakil Aryan Shah.
Hargai selagi masih ada, jangan ditangisi bila sudah tiada. Usah jadikan kesibukan dengan urusan kerja membuatkan kita lupa pada orang yang disayangi.
Demikian antara intipati perkongsian seorang doktor muda yang kehilangan ibu buat selama-lamanya. Dek kerana sibuk merawat pesakit, doktor yang dikenali sebagai@iamwxnsrm tidak berkesempatan melawat dan merawat ibunya sendiri. Akhirnya dia menyesal apabila ibunya meninggal dunia.
Ikuti perkongsian doktor muda ini menerusi laman twitternya. Semoga cerita ini memberi manfaat untuk kita semua.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.