
Setelah lebih 4 tahun bergelut dalam konflik rumah tangga, akhirnya pasangan pelakon, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah mencapai kata putus untuk berpisah pada 18 April ini.
Meskipun pelbagai isu dan masalah yang timbul ketika proses penceraian, namun difahamkan kata sepakat telah pun dicapai dalam keadaan yang tenang selepas berjumpa dan berbuka puasa bersama.
Memetik laporan mStar, Puteri Sarah meluahkan rasa syukurnya terhadap perkara yang berlaku dan segalanya dipermudahkan di bulan Ramadan yang mulia ini.
“Alhamdulillah keberkatan Ramadan. Semuanya dipermudahkan. Kami dah sepakat malah Syamsul setuju dengan semua terma yang saya mahukan,” kata Puteri Sarah.
Dalam masa yang sama, Puteri Sarah turut menekankan bahawa tiada permusuhan antara mereka berdua sebaliknya mahu kekalkan hubungan sebagai kawan demi anak-anak.
“Kami akan berpisah dengan tenang dan tiada permusuhan. Kami kekal sebagai kawan demi anak-anak. Jumpa Syamsul semalam pun kami tidak bergaduh,” terangnya lagi.
Sementara itu, kes nusyuz yang telah difailkan terhadap Puteri Sarah pada 21 Mac lalu juga akan ditarik balik oleh Syamsul dan akan melanjutkan sebutan berkaitan hak penjagaan anak pula.
Sumber: mStar
Baru 7 Hari Pantang, Sanggup Hadir Majlis Datin Shahida Dianggap Tak Sayang Diri

Kuatnya seorang wanita, meskipun baru sahaja lepas melahirkan anak dan masih dalam tempoh berpantang, isteri kepada usahawan Datuk Aliff Syukri itu sanggup gagahkan diri untuk hadir ke majlis iftar bersama semua pekerjanya.
Menerusi satu hantaran yang dikongsikan oleh Datin Shahida Dherbs, walaupun baru berpantang pada hari ke-7 dia tetap hadir ke majlis tersebut demi mahu meraikan pekerjanya selama ini menjadi tulang belakangnya dan syarikat.
“Demi janji saya pada semua staff saya gagahkan diri juga untuk datang ke Majlis Iftar Dherbs walaupun baru berpantang hari ke 7,” tulisnya.
Jika lihat daripada keadaannya sekarang, Datin Shahida katanya memang tidak berupaya tapi apakan daya, melihat kegembiraan orang lain menjadi penguat semangat baginya.
“Kalau ikutkan badan memang tak larat tapi apabilah melihat kegembiraan mereka bila dapat bonus terubat sedikit kepenatan saya.
“Tanpa mereka mustahil untuk kami bertahan selama 15 tahun hingga ke hari ini. Penat lelah kami semua dah harungi sama sama walau dah lalui jatuh dan bangun bersama kami tetap teruskan,” luahnya.
Dalam masa yang sama, Datin Shahida turut berharap semoga ushahanya memberikan bonus kepada pekerjanya dapat memberikan keceriaan menjelang Hari Raya tidak lama lagi.
“Semoga insentif serta bonus kali ini dapat menceriakan mereka untuk menyambut Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi,” katanya.
Namun, disebalik niatnya yang baik itu, ada juga sesetengah warganet yang mempersoalkan tentang penjagaan diri terutamanya ketika sedang berpanmtang. Rata-rata netizen memberikan pelbagai pandangan terhadap isu ini.
Minggu lalu, Datin Shahida D’herbs selamat melahirkan cahaya mata ke-6 yang diberikan nama Luqman Al-Hakim Bin Aliff Syukri.
Sumber: Instagram Datin Shahida D’herbs
Dato’ Dr.Hj.Fadzilah Kamsah Jelaskan Ciri Isteri Syurga.Ayuh Perbaiki Diri!

PERKAHWINAN merupakan permulaan sebuah kehidupan yang dipenuhi dengan tanggungjawab sebagai suami dan isteri.
Sekiranya kita bijak melayari bahtera rumahtangga, kita akan belayar di lautan yang tenang dan membahagiakan.
Seperti semua sedia maklum, syurga seorang perempuan (belum kahwin) terletak di bawah tapak kaki ibunya.., tetapi, bagi seorang wanita (bergelar isteri), syurga nya terletak di bawah kaki suami. Maknanya, taat kepada suami maka si isteri akan mudah mendapat syurga.
Selain itu, menurut Dato Dr Haji Fadzilah Kamsah ada perjelaskan 11 ciri-ciri seorang isteri yang dekat dengan syurga. Jom semak dan bersama kita cuba untuk perbaiki diri menjadi lebih baik.
11 Ciri Isteri Dekat Dengan Syurga
❥ 1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahawa suami adalah pemimpin
❥ 2. Seorang Isteri yang menyedari bahawa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri..
❥ 3. Seorang Isteri yang selalu ta’at dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan(derhaka kepada ALLAH)..
❥ 4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah tanpa izin suami..
❥ 5. Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya)..
❥ 6. Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain.Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)..
❥ 7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah..
❥ 8. Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.
❥ 9. Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada depan suami..
❥ 10. Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyum agar sang suami merasa tenteram hatinya..
❥ 11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain..
sumber:Dato Dr. Haji Fadzilah Kamsah
Umpatan Paling Berat Adalah Terhadap Ahli Keluarga. Sila Hadam Perkongsian Ustazah Ni!

Perkongsian berkenaan hal membuka aib dan mengumpat sesama ahli keluarga, tanpa sedar atau sebaliknya begitu sering terjadi.
Memberi teguran akan hal tersebut, Ustazah Asma’ berkongsi nukilan di akaun fbnya. Ini katanya:
Umpatan atau pembukaan aib paling berat adalah terhadap ahli keluarga atau bekas ahli keluarga. Suami/ isteri, ibu bapa kandung atau mertua, anak-anak, dan saudara kandung atau ipar. Kadang² atas alasan meluahkan rasa kecewa, tekanan, sedih, kecil hati dll, umpatan menjadi halal dan diwajarkan. Bahkan dirasakan diri lebih mulia kerana ketabahan hati, juga sebagai alasan kewajaran tindakan yang dibuat, ia benar-benar satu tipudaya. Umpatan dan pembukaan aib ini sangat bahaya kerana boleh memutuskan silaturrahim, melupakan segala kebaikan, menanam rasa dendam dan menyakiti hati dengan lebih dalam. نعوذ بالله من ذالك
Umpatan dan pembukaan aib diri dan orang lain kini secara besar²an dan dilihat terhormat pula, iaitu melalui FB, INSTA, WHATSAPP dll. Berhati-hati membaca tulisan yang membuka aib manusia yang tak perlu dipanjangkan, walaupun perihal artis, public figure atau ahli politik dll. Bimbang kita hanya mengumpul mudharat tanpa manfaat.
.
Pengumpat dan pendengar umpatan kedudukannya hampir sama sahaja. Kerana tanpa pendengar tiada pengumpat. Kecuali kita mendengar dalam keadaan terpaksa dan tidak redha. Berhati²lah semua, Ia tersebar dengan begitu laju. Memang kita sangat beremosi dengan kes tertentu, namun dalam masa yang sama tetap bataskan diri daripada mengeji menghina atau memaki hamun, ambil pengajaran kemudian berdoa supaya kita selamat daripada ujian seumpama ini. Sedih memang sedih
Amalkan doa daripada Rasulullah SAW:
اللهم اهدِني لأحسنِ الأخلاقِ . لا يهدي لأحسنِها إلا أنت . واصرِفْ عني سيِّئَها . لا يصرفُ عني سيِّئَها إلا أنت
Ya Allah, tunjukilah aku kepada akhlak yang baik, tidak ada yang dapat memberikan petunjuk kepada yang lebih baik kecuali Engkau. Jauhkanlah aku dari akhlak yang buruk, kerana tidak ada yang dapat menghindarkan aku dari akhlak yang buruk kecuali Engkau.
(Riwayat Muslim)
PERHATIAN JUA :
Kepada para penyebab umpatan atau kemarahan berlaku ke atas anda kerana tindakan dan sikap sendiri. Anda telah melakukan dosa di awal lagi kerana mendedahkan diri menjadi sebab orang mengumpat dan mengeji, apatah lagi usahlah memberi amaran supaya para pengumpat merangkak-rangkak di padang mahsyar. Kita sendiri tak tahu siapa yang akan merangkak esok, nauzubillahi min zalik. Jadi jika dalam situasi yang panas, diam adalah satu kebijaksanaan, elakkan buat sementara membuat apa kenyataan atau berkongsi cerita bahagia atas derita orang lain, kerana ia sangatlah sensitif. Diamlah walaupun dilihat lemah atau melarikan diri, ia umpama tunggu ombak reda barulah berenang semula. Kalau tidak mungkin akan lemas atau karam.
Nabi SAW bersabda :
ليس المؤمنُ بالطَّعانِ ولا اللَّعانِ ولا البذيءِ ولا الفاحشِ
“Tidak termasuk orang yang beriman, orang yang suka menyalahkan (orang lain), melaknat, mencela dan mencaci.”
Hari ni ramai yang berbangga menayangkan maksiat, kemewahan, akhlak yang buruk dll. Bila ditegur dia menempelak dengan pelbagai jawapan. Dia lupa Allah sedang menegurnya.
Allah ya Haadi ya Quddus ya Jalil.
Berilah kami hidayahMu, sucikan dan jernihkan hati kami daripada karat dosa, penyakit hati, dorongan nafsu dan syaitan yang mengalir dalam darah.
Daripada Abu Darda’ r.a, Rasulullah SAW bersabda :
“Tidaklah seorang Muslim menolak/menahan ghibah (mengumpat/mengata) terhadap saudaranya kecuali ALLAH menahan dirinya daripada Api Neraka Jahannam pada Hari Qiamat”.
(Hadis Riwayat al-Bagawi, Syarhus Sunah)
Firman Allah Subhanahuwata‘ala:
وَقُل لِّعِبَادِي يَقُولُواْ ٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُۚ إِنَّ ٱلشَّيۡطَٰنَ يَنزَغُ بَيۡنَهُمۡۚ إِنَّ ٱلشَّيۡطَٰنَ كَانَ لِلۡإِنسَٰنِ عَدُوّٗا مُّبِينٗا ٥٣
Dan katakanlah kepada hamha-hamba-Ku: Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.
(Surah Al-Isra’: 53)
Allah Subhanahuwata‘ala berfirman:
وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَٰٓئِكَ كَانَ عَنۡهُ مَسُۡٔولٗا ٣٦
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dipertanggungjawabkan (diperiksa).
(Surah Al-Isra’ : 36)
Mengumpat itu baunya busuk dan wajahnya keruh resah gelisah, apatah lagi hatinya. Jika ada yang menguis tangan memanggilmu untuk menyertai, larilah sejauhnya dengan pelbagai helah, iya bukan satu penipuan.
*Jika ke balai polis untuk aduan, pejabat agama atau merujuk pihak tertentu bagi mendapatkan khidmat nasihat ia adalah dibenarkan. Namun masih menjaga jika ada aib yang tak perlu dibuka. Itu tidak dikira mengumpat, memang perlu dan pada tempatnya.
Muhasabah bersama. Peringatan ini lebih untuk diri sendiri. Silakan share dan moga bermanfaat.
sumber : Asma’ binti Harun