Sebut sahaja taugeh, mesti ada yang membayangkan keranggupan rasanya saat dijamah bersama nasi. Cukup membuka selera! Begitu juga diakui tanpa taugeh seakan tidak sempurna menu cha kuew teaw atau mi goreng yang kita sediakan.
Pun begitu, tidak dinafikan ada juga sebilangannya tidak suka makan taugeh. Pantang ternampak ada sayuran taugeh dicampur di dalam masakan, mesti akan diasingkan.
Alangkah ruginya tindakan tersebut. Ini kerana tahukah anda, taugeh sebenarnya mengandungi banyak kebaikkan, antaranya adalah :-
Oleh itu, kami kongsikan kepada anda cara-cara untuk tanam taugeh sendiri di rumah dengan cara yang cukup ringkas.
STEP TANAM TAUGEH
2. Sediakan tuala dan bekas yg berlubang. Apa-apa saja bekas yang berlubang.
3. Tabur kacang atas tuala.
4. Tutup kacang dengan lebihan tuala tadi.
5. Siram kacang merata. Siram 4 jam sekali. Siram hari-hari dan setiap kali siram buangkan air di takungan bawah.
6. Last sekali tutup dan simpan di tempat gelap yang tak ada cahaya.
7. 3-4 hari kemudian baru buka bungkusan. Peringatan! Jangan buka bungkusan sebelum 3-4hari! Bukan apa takut terbantut pertumbuhanya.
Selamat mencuba.
Sumber : Atin Fatin Via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri