
Penampilan seorang ibu akan nampak kurang sempurna bilamana bahagian perut kelihatan buncit.
Apatah lagi bila en suami selalu mengejek temtang hal itu.
Tidak mahu berterusan begitu, elok ibu pilih minum air rebisan ini sebagaimana yang sikogsikan oleh puan Eiscya Isa ini. Jom semak.
Tips Untuk Nipiskan Perut Buncit
==========================
Bahan-bahan :
• Asam gelugor ( 5 – 8 keping )
• Gula melaka
•Daun pandan ( simpul @koyakkan )
• Air ( 5 gelas )
Caranya mudah je,rebus semua sekali dan minum sebelum makan masa suam atau sejuk.
Air rebusan ni bagus sebab badan takkan serap lemak.Selain dari turunkan berat,air ni jugak boleh cantikkan kulit.
Sapa yang yang turunkan nafsu makan pun bleh try ni.
Selamat mencuba”
Kredit to Eiscya Is
Rambut Lebih Lebat, Tak Ada Lagi Masalah Gugur & Kelemumur Bila Amal Petua Ni. Wanita Ni Dah Cuba, Memang Menjadi!

Memiliki rambut yang lebat, sihat dan bermaya tentunya suatu yang diingini oleh kita dan untuk mendapatkan rambut yang sihat, semestinya perlu penjagaan sepenuhnya daripada empunya badan.
Kesedaran mengenai penjagaan rambut telah lama kita fahami, sama ada menggunakan bahan-bahan sedia ada di pasaran atau pun dengan mengamalkan kaedah bahan alami. Kedua-dua kaedah ada manfaatnya yang tersendiri.
Berkongsi pengalaman menggunakan kaedah penjagaan rambut secara tradisi, Fatin Amierah berkongsi amalannya untuk memastikan rambutnya sentiasa bermaya, berkilat, lembut dan tebal. Nak tahu lanjut apakah caranya, ini perkongsiannya;
RAMBUT SECANTIK MODEL IKLAN SHAMPOO
Poyo sangat tajuk status.Haha…. Okay btw tips ni sangat bagus untuk uolss yang ada masalah rambut contohnya rambut gugur, rambut keras macam dawai , rambut tak berapa nan hado , kelemumur bagaikan salju berguguran, rambut rosak sebab dok pi buat rebonding, colorkan dan segala macam mak nenek .
Bahan :
1. Santan kotak (asli lagi bagus)
2. 1 bijik limau nipis
* Santan tu guna suku je . Actually, kuantiti ikut pada panjang mana rambut uols .
Cara :
1. Campurkan kedua2 bahan tadi dan gaul rata .
2. Ratakan dengan sikat atau berus gigi yang dah tak pakai dan lumur kat rambut & kulit kepala .
3. Guna jari pun boleh
4. Balut rambut pakai towel atau shower cap . Pakai plastik pun boleh lahh.
5. Biarkan selama 30 minit-1 jam dan shampoo rambut macam biasa .
6. Takyah guna conditioner dah ye .
KEBAIKAN :
-Rambut akan tumbuh lebih cepat dan lebat
-Repair rambut yang rosak & bercabang tiga empat
-Lembutkan rambut dan mampu buat rambut uols berkilat meghelip .
-Sihatkan dan lembabkan kulit kepala
-Atasi rambut gugur dan kelimumur yang gugur bagaikan salju
-Lambatkan proses rambut beruban (awek muda)
-Nutrition semulajadi & conditioner rambut
Okay dah .. buat seminggu DUA kali tau .
Paling malas seminggu sekali . Maka percayalah rambut uols akan jadi shine bright like a diamond.
Buat buat . Serious tak tipu mesti menjadi .
Sumber : Fatin Amierah Zabri
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Minum Susu Lebih Enak Bila Gabungkan Dengan Bahan Ni!

Mencuba rasa minuman susu yang menyegarkan ini pastinya menambat selera anak-anak. Apatah lagi gabungan bersama bahan seperti gula melaka memberi rasa yang cukup istimewa.
Jadi usah tunggu lagi, jom kita cuba sediakan menu ini.
Bahan-bahan :
*5 biji Gula melaka
*1/2cawan Gula pasir
Butter
Susu pekat
Susu Full Cream
add on: cincau, biji selasih, black pearl etc
Karamel 1
Masak yang bertanda * degan 1 cawan air. Masak sampai pekat. Sejukkan
Karamel 2
(Sebagai penambah. Letak di dalam keliling gelas)
10 sudu besar gula
5sudu besar susu pekat
2sudu kecil butter
1/2cawan air
Cara penyediaan:
- Masukkan gula di dalam kuali non stik. Kacau sampai kekuningan dan licin berkilat macam madu.
- Masuk sedikit air dan susu, kacau lagi . Nak masuk air kena slow api, time ni kena hati-hati ok.
- Kacau-kacau sampai likat, masuk lagi air lagi separuh tu.. kacau jugak sampai masak. Last masuk butter. Kacau sebati…
- Siap
P/s : Kalau nampak pekat sangat tambah air panas sikit-sikit
AMBIL GELAS LETAK KARAMEL 2 letakkan dalam keliling gelas.. letak ais batu penuh gelas, masukkan karamel 1 anggaran 5 sudu besar. Dan last letak air susu penuh krim.
Lepas tu nak tambah cincau @ boba ke boleh jer.. Klu saya suka letak whipp
Sumber : Bai Zura via MAHN
“Bunga Paling Indah Dalam Famili.” Sempena Hari Bapa, Sheila Rusly Kongsi Wajah Cucu. Comelnya, Hidung Mancung!

Pelakon dan juga penerbit terkenal, Sheila Rusly sebelum ini memuat naik berita gembira menimang cucu sulung.
Dai yang juga ibu mentua kepada Elisya Sandha gembira dan teruja apabila menantunya itu selamat melahirkan bayi sulungnya iaitu seorang bayi perempuan di salah sebuah hospital swasta.
Turut berbuat demikian adalah Fasha Sandha yang juga merupakan kakak kepada Elisya. yang begitu teruja dan gembira menyambut kelahiran anak buahnya. Bahkan Fasha telah berkongsi nama bayi Elisya yang diberikan nama sebagai Bunga El Haq.
Bersempena Sambutan Hari Bapa,Sheila Rusly berkongsikan gambar-gambar cucu barunya bersama suanibya, Tok Sidang, Uzair Haqimy dan bapa Elisya Sandha dalam sebuah video.
Happy Father’s Day!!
Everyone can be a father but it takes someone special (tall handsome dark & macho) to be a Daddy Papa & Dad🤪.
Rata-rata teruja melihat wajah baby Bunga yang cukup comel walaupun kelihatan di bahagian sisi sahaja.
Tak kurang yang memuji hidung cucu Sheila ini begitu mancung dan comel.
Sumber: sheilarusly_jspictures
ARTIKEL MENARIK: “Muka Mummy, Perangai & Cara Cakap Baba.” Berlakon Jadi Doktor, Warganet Puji Bahasa Melayu Jebat Jayden
ARTIKEL POPULAR: “Teruja Nak Kongsi Berita Indah. Saya Hamil!.” Alahan Teruk, Dr Amalina Syukur Suami & Ibu Banyak Bantu
BACA INI JUGA : “Heykal Sakit Ke? Nampak Kurus Betul.Hampir Tak Kenal.” Penampilan Suami Faezah Elai Raih Perhatian
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club