Kek Sarang Semut Yang Menjadi Mesti Kenyal & Bukannya Gebu. Ni Tip Nak Hasilkannya!

Share

Perkongsian daripada Hanif ini tentang tip untuk menghasilkan kek sarang semut yang ‘menjadi’, sangat bagus dijadikan info. Jom semak perkongsiannya dan bolehlah dicuba resipi yang disediakan olehnya itu.


Tip Buat Kek Sarang Semut

Salah satu sebab kek sarang semut terbahagi kepada dua layer setelah dibakar (atas gebu bawah bersarang) adalah kerana telur dipukul hingga kembang, telur hendaklah cuma disebatikan tanpa perlu dipukul hatta diwhisk sekali pun….untuk mendapatkan kek sarang semut yang cantik, pantang larang telur ini perlu diikuti tanpa gagal. Selamat mencuba.

Kek sarang semut yang menjadi adalah apabila kek itu kenyal dan meliuk-liuk, jika kek sarang semut yang anda buat menjadi gebu maka ianya tidaklah menjadi, resipi saya ini 100% menjadi dengan syarat ikutlah 100% , jangan memandai nak ejas sana sini…jangan memandai nak derhaka..

(RESEPI KEK SARANG SEMUT@GULA HANGUS)
Bahannya,
1 1/4 cawan gula halus
1 cawan air panas
125gm butter
4 biji telur A
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla,
1sudu  kecil serbuk koko@milo

Caranya
1. Cairkan gula dahulu untuk menbuat gula hangus.

2. Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul,pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.(takut pahit)

3.Bila gula dah cair barulah tuangkan air panas. (hati hati kerana akan mendidih yang amat menakutkan)campurkan serbuk koko

4.Bila dah cair sejukkan hingga mencapai suhu bilik.

5.Dalam bekas lain cairkan marjerin@mentega.

6.Kemudian sejukkan juga hingga mencapai suhu bilik.

7.Ketepikan kedua bahan ini,
Bila mentega dan gula dah sejuk, barulah disediakan bahan yang lain.

8.Pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, JANGAN PUKUL, JANGAN PUKUL, JANGAN DERHAKA MANDAI MANDAI NAK PUKUL SAMPAI KEMBANG, CUMA KACAU DENGAN WHISK HINGGA SEBATI SAHAJA, JANGAN PUKUL JANGAN PUKUL.

9.Kemudian masukkan susu pekat (SUHU BILIK)

10.Kemudian gaul rata perlahan sahaja, Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan kacau rata perlahan,tambahkan esen vanilla Kemudian ayakkan tepung dan soda bikabornat gaul hingga rata perlahan lahan.

11.Akhir sekali tuangkan gula hangus dan gaul rata,tapiskan ke dalam loyang yang telah dialaskan dengan parchment paper kemudian perapkan selama sekurang kurangnya 3 jam atau lebih(saya perap selama 4jam)

12. Setelah itu bolehlah dibakar pada suhu 170c selama 45 minit atau sehingga masak.

13. Setelah masak keluarkan dari loyang dan letakkan di atas redai untuk menyejukkannya..setelah sejuk bolehlah dipotong untuk dihidangkan.

Sumber : Hanif Muhammad  via Resipi Dari Dapur Kita