Perkongsian daripada Hanif ini tentang tip untuk menghasilkan kek sarang semut yang ‘menjadi’, sangat bagus dijadikan info. Jom semak perkongsiannya dan bolehlah dicuba resipi yang disediakan olehnya itu.
Tip Buat Kek Sarang Semut
Salah satu sebab kek sarang semut terbahagi kepada dua layer setelah dibakar (atas gebu bawah bersarang) adalah kerana telur dipukul hingga kembang, telur hendaklah cuma disebatikan tanpa perlu dipukul hatta diwhisk sekali pun….untuk mendapatkan kek sarang semut yang cantik, pantang larang telur ini perlu diikuti tanpa gagal. Selamat mencuba.
Kek sarang semut yang menjadi adalah apabila kek itu kenyal dan meliuk-liuk, jika kek sarang semut yang anda buat menjadi gebu maka ianya tidaklah menjadi, resipi saya ini 100% menjadi dengan syarat ikutlah 100% , jangan memandai nak ejas sana sini…jangan memandai nak derhaka..
(RESEPI KEK SARANG SEMUT@GULA HANGUS) Bahannya, 1 1/4 cawan gula halus 1 cawan air panas 125gm butter 4 biji telur A 1/4 cawan susu pekat manis 1 cawan tepung gandum 2 sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu teh esen vanilla, 1sudu kecil serbuk koko@milo
Ads
Caranya 1. Cairkan gula dahulu untuk menbuat gula hangus.
2. Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul,pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.(takut pahit)
3.Bila gula dah cair barulah tuangkan air panas. (hati hati kerana akan mendidih yang amat menakutkan)campurkan serbuk koko
4.Bila dah cair sejukkan hingga mencapai suhu bilik.
Ads
5.Dalam bekas lain cairkan marjerin@mentega.
6.Kemudian sejukkan juga hingga mencapai suhu bilik.
7.Ketepikan kedua bahan ini, Bila mentega dan gula dah sejuk, barulah disediakan bahan yang lain.
8.Pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, JANGAN PUKUL, JANGAN PUKUL, JANGAN DERHAKA MANDAI MANDAI NAK PUKUL SAMPAI KEMBANG, CUMA KACAU DENGAN WHISK HINGGA SEBATI SAHAJA, JANGAN PUKUL JANGAN PUKUL.
Ads
9.Kemudian masukkan susu pekat (SUHU BILIK)
10.Kemudian gaul rata perlahan sahaja, Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan kacau rata perlahan,tambahkan esen vanilla Kemudian ayakkan tepung dan soda bikabornat gaul hingga rata perlahan lahan.
11.Akhir sekali tuangkan gula hangus dan gaul rata,tapiskan ke dalam loyang yang telah dialaskan dengan parchment paper kemudian perapkan selama sekurang kurangnya 3 jam atau lebih(saya perap selama 4jam)
12. Setelah itu bolehlah dibakar pada suhu 170c selama 45 minit atau sehingga masak.
13. Setelah masak keluarkan dari loyang dan letakkan di atas redai untuk menyejukkannya..setelah sejuk bolehlah dipotong untuk dihidangkan.
Sumber : Hanif Muhammad via Resipi Dari Dapur Kita
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menyediakan menu berasaskan kari tidak akan lengkap tanpa daun kari sebagai penambah aroma hidangan. Walau digunakan sedikit, memadai untuk membangkitkan keenakan rasa sesuatu hidangan.
Pun begitu, kebiasaannya bila kita hendak membeli daun kari mana mungkin dibeli setangkai dua tetapi dijual seikat. Tentunya akan banyak lebihan daun kari setelah digunakan untuk menyediakan juadah enak untuk keluarga. Jika tidak disimpan dengan cara yang betul, lebihan daun kari tersebut akhirnya akan kering, rosak dan dibuang begitu sahaja.
Sebenarnya ada beberapa petua untuk menyimpan daun kari ini agar tahan lama dan aromanya kekal segar walau disimpan lama. Ini sebagaimana yang dipraktikkan oleh Emma Zam, menurutnya dengan cara menjemur terlebih dahulu daun kari dan kemudian disimpan di dalam bekas kedap udara adalah sangat berkesan untuk pastikan daun kari kekal elok dan beraroma untuk jangka masa yang lama hingga berbulan-bulan.
Untuk itu ikuti tip yang dikongsikan olehnya, semoga bermanfaat.
“Hi semua, selamat duduk rumah. Tebang pokok kari daripada di buang baik simpan
jemur dahkering masuk toples (balang) Nak masak cekup je, bau kekal sama.”
Cara-caranya:
Daun kari dicuci bersih dan kemudian jemur di bawah cahaya matahari.
2. Bila sudah kering boleh simpan di dalam bekas kedap udara. Bila hendak masak ambil sahaja.
Meninjau di ruangan komen, warganet turut berkongsi info ekstra untuk memudahkan lagi proses menjemur daun kari tersebut.
Info Ekstra.
Jemur daun kari dengan tangkainya sekali, jadi daun-daunnya tidak berterbangan sewaktu dijemur. Bila sudah agak kering, barulah lurutkan daun kari dari tangkainya.
Cara menjemur ini juga boleh dipraktikkan untuk daun limau purut, daun kunyit dan daun kesum.
Selain dijemur di bawah cahaya matahari, boleh juga dibakar sekejap di dalam oven. Cara ini lebih mudah dan cepat.
Bila hendak menyimpan di dalam bekas, disarankan jangan padat atau penuh satu bekas. Kena ada ruang agar daun kekal kering dan tidak rosak. Selain itu bila isi terlalu padat daun akan mudah rosak.
Daun kari yang disimpan boleh diletakkan di dalam suhu bilik sahaja tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk.
Boleh beli bekas kedap udara secara online dengan promosi menarik di sini
Sumber : Emma Zam via Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official
Anak-anak ibarat kain putih, kita sebagai ibu bapa yang mencorakkannya. Andai betul cara kita, maka betullah perjalanan hidup anak-anak. Kerana itu, dalam mendidik anak-anak perlu mengikut cara yang betul.
Tidak salah jika mahu memanjakan anak, tetapi biar berpada-pada, jangan sampai memijak kepala kita suatu hari nanti. Belajar berdikari dari awal itu penting supaya anak-anak tidak hanya bergantung pada ibu bapa sahaja dalam segala aspek.
Wanita bernama Nurul Ilyani berkongsi tip dalam mendidik anak-anak. Semoga ilmu yang diberikan ini bermanfaat untuk kita semua. Usah biarkan anak menjadi raja dan ibu menjadi hamba kepadanya. Didik dan tanamkan rasa tanggung jawab di hati mereka insyaAllah kelak pasti akan menjadi anak yang berguna.
5 tip didik anak ada common sense di rumah dengan cara mak ‘malas’.
Hakikatnya mak ‘malas’ bukan malas. Mak ‘malas’ nak bagitahu semua orang ada tanggungjawab. Mak ‘malas’ bukan kuli. Tak ada raja, tak ada permaisuri, tak ada kuli. Ini keluarga kita, tanggungjawab kita. Yang ada pembantu rumah lagi kena hati-hati. Anak kita ada tendency meraja?.
Justeru wahai ibu-ibu:
#1 Sebelum tidur, mak ‘malas’ tak sediakan barang sekolah anak dia. Dia galak anak dia yang kemas sendiri. Cari sendiri baju, seluar, seluar kecil.
#2 Anak makan. Mak ‘malas’ tak kemas meja makan. Mak ‘malas’ kata, “lepas makan kemas meja, basuh pinggan, itu tanggungjawab”. Budak kecil umur 3 tahun sudah kena selesai sendiri. Mak ‘malas’ cuma touch up kasi elok saja.
#3 Anak main Mak ‘malas’ tak penat-penat kemas semua. Dia panggil semua datang kemas. Semua kena stop main. Kena kemas. Kadang-kadang mak ‘malas’ memetir juga. Memetir dengan ayat berpengaruhlah, bukan berleter.
#4 Anak mandi. Baju sepah depan tandas, dalam tandas. Mak ‘malas’ tak kutip. Mak ‘malas’ kata, “baju kotor masuk bakul”. Yang kecil umur 3 tahun pun kena buat. Nasiblah dapat mak ‘malas’.
#5 Spring cleaning rumah. Mak ‘malas’ tak buat sendiri-sendiri. Mak ‘malas’ kata, “Anak-anak hari ini spring cleaning, Kakak sapu sampah, mop, abang dengan adik cuci toilet, abi buang sampah, kemas dapur”. Nasiblah dapat mak ‘malas’.
Pesan mak ‘malas’, Ummu Ilham
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tiada bumi yang tidak ditimpa hujan, tiada lautan tidak bergelora dan tiada manusia tidak ditimpa penyakit. Begitulah resam kehidupan yang bukan sahaja dikurniakan keseronokan, kebahagiaan malah sakit juga perlu diterima dengan hati yang reda.
Menerusi perkongsian Ashraf Muslim berkenaan status kesihatannya kini setelah pernah diuji sebagai pesakit Covid-19, pelakot ini terus reda dengan kesakitan yang ditanggung akibat kesan daripada virus tersebut.
Menurutnya, dia mengalami kecederaan ‘acromioclavicular joint injury shoulder and elbow’ dan perlu mendapat rawatan selanjutnya.
“Ini semuanya kesan covid. Tapi AM redha jerlah. Hari ini kena buat treatment bahu ni sebab ada masalah acromioclavicular joint injury shoulder and elbow. Sebelum ini kena scapula.. lepas baik scapula kena pula ac joint shoulder”
“Dr Rahmani kata ada pernah kena injured ataupun hentakkan tak sebelum ini sehingga sakit waktu itu. AM jawablah takde sebab sakitnya datang tiba-tiba sahaja masa kena covid waktu kuarantin. Dia kata ada dua sebab benda ini terjadi, pertama hentakan yang kuat atau pun disebabkan virus, kesannya otot kawasan itu mengecut.”
“Tapi AC joint itu sebagai secondary effects sahaja.. Masalah utama ialah post viral infection muscle wasting (otot kecut selepas jangkitan virus) menyebabkan sendi jadi lapse”
Menurut hantaran di Instagram, Ashraf turut berkata bahawa Covid-19 memberi kesan pada tubuh badannya meskipun telah pulih dan bebas daripada virus berkenaan.
“Jadi memang jelas kena covid sebab virus ini masuk dalam darah dan benda ini buat kerjalah. Yang AM perasan, memang AM sorang yang sportsmen banyak sangat sukan involve rugby, hoki, basketball dan injured tu biasalah.. tapi bila dah tua ni, mungkin ada bahagian dekat tubuh badan kita pernah injured jadi virus ini senang buat kerja dekat area tu. Takpelah kita redha dengan apa yang Allah berikan ini sebab Allah nak kita ingat pada DIA selalu.”
Terdahulu Ashraf menjadi individu kesembilan yang disahkan mendapat jangkitan wabak Covid-19 selepas pulang daripada menjalani penggambaran drama berjudul Demi di Inverness, Scotland pada 31 Mac tahun lalu.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...