Kita selalu dengar bila ada antara ibu-ibu menyediakan menu berasaskan kek atau pastri, ada sahaja rungutannya. Umpamanya bila hari ini buat, elok menjadi kek yang dimasak tapu bila buat lagi sekali boleh pula ‘meragam’ pula. Kek dimasak keraslah, bantatlah, dan macam-macam lagilah yang menyebabkan kita tidak puas hati.
Tapi lain kisahnya bila anda mencuba menu yang satu ni, Kek Sarang Semut dengan menggunakan resipi yang dikongsikan ini. Menurut Noramilia, kek sarang semut yang dibuatnya menjadi dengan jayanya.
Untuk itu, apa kata hujung minggu ini anda sediakan menu ini untuk dinikmati bersama seisi keluarga.
“Alhamdulillah semalam mencuba buat kek sarang semut menggunakan resepi yang member MAHN share. Menjadi dengan jayanya. Lembut sedap lemak ya ampun .
Terima kasih ya tak lokek ilmu saya tak ingat siapa empunya.”-Noramilia
Bahan-bahan:
2 cawan gula halus.
2cawan air panas.
Sebuku butter (250g)
5bijik telur
½ cawan susu pekat
Esen vanilla
2 cawan tepung gandum
2 sk soda
1sb susu tepung
Cara penyediaannya:
1- Panaskan gula halus sampai cair dan keperangan,kemudian masukkan air panas,kacau sebati letak tepi sat.
2- Cairkan butter,masukkan 5biji telur,½ cawan susu pekat dan esen vanilla. Kacau sebati. Takperlu mixer.
3- Ayak tepung, soda susu tepung. Campurkan dalam step (2) Dan (1).
Perap 2-3 jap. Kitorang perap 2jam je semalam sebab excited sangat Alhamdulillah jadi.
Kukus 1 jam.
Atau bakar 150* 20minit
sumber : Noramilia via MAHN