Aidilfitri semakin menghampiri, pastinya pelbagai juadah manis seperti kek, biskut, dan kuih raya menjadi hidangan wajib di setiap rumah.

Antara kek yang semakin mendapat perhatian ialah Kek Planta Rainbow, bukan sahaja kerana warnanya yang menarik, tetapi juga teksturnya yang gebu dan lembut.

Menariknya, seorang wanita telah berkongsi resipi daripada Chef Azmin Zain yang unik kerana tidak menggunakan bahan penaik langsung! Walaupun tanpa baking powder atau soda bikarbonat, kek ini tetap naik cantik dan gebu. Jom cuba resipi istimewa ini!

Kek Planta Rainbow Tanpa Baking Powder, Ini Rahsia Chef Buat Jadi Gebu!

IKUTI PERKONGSIAN INI.

Alhamdulillah saya dah try buat resepi dari chef Azmin zain kek planta rainbow
Tanpa bahan penaik tapi ia tetap naik gebu dengan jayanya

Ads

Satu adunan yang chef bagi saya bagikan dua.

BAHAN-BAHAN:
4biji telur
250g gula halus manis 220g sederhana manis
250g majerin pelangi / planta
250g tepung gandum cap bunga ros
70g/ml susu cair / susu full cream
1penutup esen vanilla

CARA PENYEDIAAN

» pukul majerin dengan gula sehingga gebu
» masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga abis
» masukkan esen vanilla
» masukkan tepung sikit demi sikit diserta sekali dengan susu cair selang seli
» bagikan beberapa bekas ikut warna kesukaan kita
» sapukan loyang dengan majerin dan lapikakan kertas minyak
» ambik setiap adunan dalam 2 3 sudu ulang sehingga abis
» hentak2kan sikit bagi udara keluar
» ambik lidi bersih dan lorekkan kat permukaan adunan tadi

Ads

Saya guna loyang saiz 7 bakar suhu 160 api atas bawah 1jam 20minit..bergantung pade oven masing-masing ye.

Try dulu bakar suhu 160 45 minit. Ambik lidi bersih cucukkan kat permukaan tengah..bila keluarkan lidi bersih cantik bermakna kek dah masak. Tips nak kek sedap simpan seharian baru sedap lembab2 moist. terimakasih chef atas resepinya.

Kek Planta Rainbow Tanpa Baking Powder, Ini Rahsia Chef Buat Jadi Gebu!

Ads

Sumber: Fiza Omel

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI