Siapa peminat pisang? Jika buat kek menggunakan bahan pisang tentu cepat habis. Lagi sedap bila makan panas-panas.
Nak buat, cuba ikut resipi ni.Mudah ajer, semua bahan diadun sebati guna blender.
Malah sesuai juga untuk yang baru berjinak-jinak belajar membuat kek.
Ikuti resipi ini.
Kek Pisang Gebu Guna Blender
Bahan-bahan
1 cawan gula pasir (boleh adjust sendiri tahap kemanisan)
1 cawan minyak jagung/ minyak masak.
4 biji telur
8 biji pisang emas (saya guna pisang berangan dalam 5-6 biji)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
Sedikit garam (saya tambah)
Sebatikan adunan guna blender.
Cara – cara
:Panaskan oven 10-15 minit suhu 160-170°c.
1. Campur tepung gandum , baking powder & baking soda . Ayak. Asingkan .
2.Sediakan blender (pengisar) . Masukkan telur , gula & garam . Blend hingga kembang.
3. Masukkan minyak , blend lagi .
4. Masukkan pisang , blend halus . Off blender. Asingkan bahan ini dalam 1 mangkuk besar.
5.Ambil tepung diayak tadi , masukkan sedikit demi sedikit dalam bahan yg di blend tadi. Gaul sebati. Jangan lebih2 gaul ye. Asal sebati je.
6.Lenserkan loyang. Lapik baking paper. Bakar 160-170°c /45-50minit ikut oven masing2. Siap .
Selamat mencuba!
Credit: Aliah Yahaya Alia via Noraini Sulaiman