Kek Pandan Layer Lembut & Lemak Berkrim, Sedapnya Makan Waktu Sejuk. Wanita Ni Kongsi Resipi Siap Tutorial Cara Buat!

Share

Lihat kek ni rasa sayang pula nak makan kan. Nampak cantik dan kemas cara buatnya. Terus hati rasa teringin nak cuba. Nah, ibu-ibu boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nina Mahdar ni. Lembut dan lemak berkrim, sedap dimakan terus lepas keluar dari peti sejuk. Nak cuba, inilah caranya, siap dengan tutorial untuk memudahkan ibu-ibu.

Selamat mencuba!


 

Hari tu ada tempahan kek pandan layer dari Regular Customer. jadi saya sempat la selitkan buat sebiji untuk anak-anak. kemain suka diorang.

Tapi kali ni untuk bahagian kastard pandan saya tak gunakan tepung hoen kwee. saya gunakan tepung jagung sepenuhnya. Tekstur dan rasa kek tetap sama. tak ada beza pun.

kek ni sangat sedap di hidang sewaktu keluar dari peti sejuk. lembut dan rasa lemak berkrim di tambah dengan aroma pandan. ermm sedapnya..

cara membuatnya boleh rujuk pada video di sini. https://www.youtube.com/watch?v=jCnJEvLmVbA&feature=youtu.be

RESEPI KEK PANDAN LAYER
by:
Nina Mahdar (cara saya)

BAHAN KEK SPAN
4 biji telur – gred A
120gm gula kaster
50gm air atau susu cair
1 camb ovalete
1 camt esen pandan / vanila
1 camt perwarna hijau
170gm tepung gandum – di ayak
1 camt baking powder
70gm minyak jagung / butter cair

Cara membuatnya:
– Satukan kesemua bahan KECUALI minyak jagung ke dalam mangkuk adunan.
– Putar adunan sehingga menjadi kembang dan kental. (sehingga bertukar menjadi hijau muda)
– Tuang minyak jagung. puta sebentar dan kaup balik adunan sehingga rata.
– Tuang ke dalam loyang 8″ dan bakar menggunakan suhu 170’c selama lebihkurang 25-30 minit mengikut kepanasan oven masing2.
– Bila dah masak keluarkan daripada loyang dan sejukkan.

PANDAN CUSTARD
400gm santan (kotak)/ (segar)
200gm jus pandan (3 helai daun pandan di blender bersama 200gm air)
600gm air
(keseluruhan cecair 1200ml)
220gm gula kaster
10gm (1 peket agar2)
100gm tepung jagung
sedikit perwarna hijau
1 sk garam
Cara membuatnya:
– satukan kesemua adunan. kacau sehingga adunan tidak bergentel.
– masak menggunakan api perlahan sehingga adunan kastard menjadi pekat dan likat.
– apabila adunan kelihatan meletup tutup api.

CARA PENYEDIAAN KEK CUSTARD LAYER
– sediakan kek yang telah di belah 3.
– sediakan loyang. basahkan sedikit permukaan loyang untuk memudahkan proses mengeluarkan kek pandan layer.
– masukkan sesenduk adunan kastard ke dalam loyang. ratakan.
– letak kek di atas permukaan kastard.
– kemudian tuang lagi sesenduk adunan custard.
– ulang langkah tersebut sehingga kastard meliputi keseluruhan kek.
– sejukkan sebelum di hias menggunakan kelapa kering atau mengikut kretiviti masing2.