Kek Pandan Kukus Jadi Gebu Bila Guna Blender!

Share

Tidak dinafikan,  sepanjang musim PKP ini seakan menjadi masa terbaik ramai antara ibu-ibu untuk mencuba pelbagai resipi untuk dinikmati seisi keluarga.

Salah satunya apa kata kita cuba buat kek pandan untuk menu minum petang yang dikongsikan oleh Suzana ini.

Bahkan apa yang lebih mengujakan tentang perkongsian resipi ini, bilamana kita meninjau dibahagian komen. Nyata ramai yang telah mencuba resipinya malah warganet juga turut berkongsi gambar kek yang telah dimasak, nyata semuanya gebu-gebu.

Jadi untuk anda yang ingin mencuba, ikuti resipi ini tanpa ragu. Pasti menjadi!

KEK PANDAN KUKUS GEBU GUNA BLENDER

BAHAN A

3 biji telur
1/4 Cwn minyak
1/4 Cwn susu cair
1/2 Cwn gula
1 sdb Overlette
1 sdt Esen vanilla
1 sdt Perisa pandan
Sedikit Pewarna hijau

( Blender semua bahan A sampai nmpk gebu)

BAHAN B

1 cwn tepung naik sendri ( di ayak )

Campurkan bahan A dan B . Gaul sehingga sebati ,tapis ke dalam bekas . Sedia dikukus ..kukus 45 minit dlm api sederhana.

Manakala meninjau dibahagian komen u tuk perkongsian kek ini, nyata ramai yang telah mencubanya dan berjaya menghasilkannya. Bajkan warganet juga turut berkongsi gambar kek yang telah dimasak, nyata semuanya gebu-gebu.

Jadi untuk anda yang ingin mencuba, ikuti resipi ini tanpa ragu. Pasti menjadi!

sumber : Suzana Nurkasih  via MAHN