
Tidak dinafikan, sepanjang musim PKP ini seakan menjadi masa terbaik ramai antara ibu-ibu untuk mencuba pelbagai resipi untuk dinikmati seisi keluarga.
Salah satunya apa kata kita cuba buat kek pandan untuk menu minum petang yang dikongsikan oleh Suzana ini.
Bahkan apa yang lebih mengujakan tentang perkongsian resipi ini, bilamana kita meninjau dibahagian komen. Nyata ramai yang telah mencuba resipinya malah warganet juga turut berkongsi gambar kek yang telah dimasak, nyata semuanya gebu-gebu.
Jadi untuk anda yang ingin mencuba, ikuti resipi ini tanpa ragu. Pasti menjadi!
KEK PANDAN KUKUS GEBU GUNA BLENDER
BAHAN A
3 biji telur
1/4 Cwn minyak
1/4 Cwn susu cair
1/2 Cwn gula
1 sdb Overlette
1 sdt Esen vanilla
1 sdt Perisa pandan
Sedikit Pewarna hijau
( Blender semua bahan A sampai nmpk gebu)
BAHAN B
1 cwn tepung naik sendri ( di ayak )
Campurkan bahan A dan B . Gaul sehingga sebati ,tapis ke dalam bekas . Sedia dikukus ..kukus 45 minit dlm api sederhana.
Manakala meninjau dibahagian komen u tuk perkongsian kek ini, nyata ramai yang telah mencubanya dan berjaya menghasilkannya. Bajkan warganet juga turut berkongsi gambar kek yang telah dimasak, nyata semuanya gebu-gebu.
Jadi untuk anda yang ingin mencuba, ikuti resipi ini tanpa ragu. Pasti menjadi!
sumber : Suzana Nurkasih via MAHN
Resipi Creampuff Gebu Sedap Intinya Macam Aiskrim. Wanita Ni Kongsi Rahsia Kulit Creampuff Dibakar Sekata & Tak Kempis

Pasti ada antara ibu-ibu yang fikir banyak kali jika mahu buat pastri Cream Puff ni kerana beranggapan resipi ini susah. Namun sebenarnya, resipi yang dikongsi ni memang mudah dan dijamin menjadi.
Jom cuba resipi yang dikongsikan puan Afina Esa lengkap dengan tip dan teknik bagi memudahkan ibu-ibu.
Genaplah 1 tahun 4 bulan niaga creampuff aiskrim.. Nak share resepi sepak terajang buat creampuff n creamhorn dari Sept 2018 hinggalah ke penghujung tahun 2019 ni.. Yg sakit yang perit simpan kemas2 buat kenangan.
.
Dari creampuff inti kastad biasa hingga creampuff inti aiskrim. Dari CREAMHORN HANGIT RENTUNG sampai jadi CREAMHORN RANGUP CRISPY.. Alhamdulillah, customer repeat selalu…
.
Harini share resepi utk CREAMPUFF AISKRIM dlu yer.. next time share CREAMHORN pulak. Chorn payah n rumit nk buat. Seharian dr pagi sampai petang mengadap dia jer kalau order beratus2. Hihi.. Chorn tak dinafikan memang kegemaran ramaiii..
.
Dah lama stop jual CREAMHORN sbb xmampu nak hadap. Hehehe..
××××××××××××××××
KULIT CREAMPUFF
××××××××××××××××
300gm air
100 gm majerin
150 gm tepung gandum
5 bj telur C
.
1. Didihkan air dan majerin. Dah gelegak.. perlahankan api.. masuk tepung kacau hingga jadi bentuk bebola dan xmelekat pd periuk/kuali.
2. Tutup api biarkan sejuk dalam setengah jam. Masuk telur dan putar guna mixer sampai berkilat. Adunan xterlalu cair xterlalu kental.
3. Paipkan atas dulang yg telah digriskan. Bakar suhu 200-230 ikut cekadak oven masing2 selama 25 minit atau buih2 pd creampuff tak lagi kelihatan. ( TEKNIK NI PENTING SUPAYA CREAMPUFF TAK KEMPIS SETELAH DIKELUARKAN DARI OVEN)
.
×××××××××××
INTI AISKRIM
×××××××××××
*sy panggil aiskrim sebab rasa mcm aiskrim inti tu..
400 gm susu full krim
100 gm gula
50 gm tepung kastad
2 bj telur C
300 gm non dairy whipping krim – putar hingga sederhana kental/medium peak
1. Didihkan SUSU atas api sederhana kuat. Dalam bekas lain, satukan TEPUNG dan GULA. Gaul rata guna whisk. Masukkan TELUR. Gaul sebati.
2. Ambil 5 senduk susu yg sedang didihkan atas api, masukkan kedalam adunan telur dan tepung. Gaul rata.
3. Setelah susu mendidih kecil dan keluarkan wap, masukkan adunan telur,tepung dan susu tadi. Sentiasa kacau hingga jadi kental dan berkilat. PART NI PALING TRICKY. Xboleh tinggal kena kacau sentiasa utk elak kastad jadi hangus dan berketul2. Dah siap tutup api.
4. Terus ambil plastik wrap dan letakkanu atas permukaan kastad. Biarkan sejuk pada suhu bilik kemudian masuk peti sejuk biasa. BUKAN SEJUK BEKU. Sejukkan semalaman.
5. Pagi esoknya dah boleh keluarkan dari peti. Pukul guna mixer utk haluskan kastad. Kemudian campurkan bersama whipping krim yg telah dipukul SEDERHANA KENTAL.
6. Mix kan kastad dan non dairy whipping krim hingga BETUL2 KENTAL (STIFF PEAK) dan masukkan ke dalam piping bag. Simpan dalam peti 2,3 jam dan siap utk digunakan. Isikan kedalam kulit creampuff dan taburkan dusting sugar. Siap!!
Ibu-Ibu Ikut Cara Ini Jika Mahu Pastikan Pisau Sentiasa Tajam. Cukup Mudah, Guna 4 Kaedah Ini!

Setiap kali memasak di dapur pastinya ibu-ibu akan menggunakan pisau untuk memotong sayur-sayuran, buah-buahan serta ikan mahupun ayam. Malah, ia merupakan antara peralatan dapur yang utama dan memudahkan kerja-kerja memasak dilakukan.
Pernahkah anda berhadapan dengan situasi pisau yang digunakan untuk memotong ayam tidak berfungsi dengan baik dan potongan pada bahagian ayam nampak tidak kemas? Itu tandanya pisau anda sudah menjadi tumpul.
4 Kaedah ini mungkin dapat bantu pastikan pisau kekal tajam:
1. Pilih Pisau Anti Karat
Untuk memastikan pisau lebih tahan lama, pilih pisau yang mempunyai bahan anti karat. Pemilihan pisau stainless steel amat baik untuk memastikan jangka hayat pisau tahan dengan lebih lama. Selain itu, digalakkan untuk memilih pisau dari bahan keramik kerana ia memudahkan kerja mengasahnya menjadi lebih mudah.
2. Fungsi Pisau dan Kegunaannya
Mengetahui jenis pisau dan kegunaannya juga penting untuk memastikan ia mampu bertahan dalam jangka masa yang lebih lama. Sebagai contoh, pisau mempunyai berbagai jenis.Jadi, sesuaikan penggunaan pisau untuk tujuan tertentu seperti pisau untuk memotong daging, buah-buahan dan sayuran dan sebagainya. Kaji terlebih dahulu penggunaannya agar anda bijak memilih pisau yang bersesuaian dengan makanan pilihan anda!
3. Kebaikan Mengasah Pisau
Untuk memastikan pisau sentiasa tajam dan berada dalam keadaan yang baik, jangan lupa untuk sentiasa mengasahnya. Pisau untuk memotong daging perlu diasah lebih kerap kerana ia berfungsi untuk kerja-kerja yang lebih berat berbanding pisau untuk memotong sayuran dan buah-buahan.
4. Bersihkan Pisau Setiap Kali Selepas Digunakan
Jangan sesekali malas mencuci pisau yang telah digunakan walaupun sekadar memotong sayuran. Sebaiknya, cuci pisau segera selepas digunakan dengan menggunakan sabun.Kemudian lap sehingga kering sebelum disimpan. Elak menyimpan pisau yang tidak dibasuh dan di tempat yang lembap kerana ia boleh menyebabkan ia mudah karat.
Nak ‘Lepas’ Kastam, Begini Trik Wanita Ni Bawa Daun Kesum Naik Flight!

Bercuti ke luar negara bersama keluarga tentunya menjadi momen yang indah namun tidak dinafikan bila berkunjung ke negara asing bab mendapatkan makanan halal menjadi salah satu kerumitan.
Atas sebab ini juga kita sebagai ibu begitu prihatin dalam memastikan anak-anak tidak kelaparan bila berkunjung ke luar negara hingga sanggup untuk menyediakan menu untuk santapan keluarga.
Apatah lagi buat ibu yang memang suka memasak. Kalau boleh ke mana sahaja keluarga bercuti akan dipastikan menu yang enak dapat disajikan buat keluarga tercinta.
Pun begitu, tidak dinafikan bila hendak menyediakan masakan Melayu, penggunaan daun kunyit, daun kesum, serai, halia dan sebagainya menjadi antara bahan wajib ada. Hal ini sudah pasti memberi kerumitan andai kita melancong ke negara yang berbeza herba dan ramuan masakan yang digunakan.
Pun begitu, tahukah anda sebenarnya ada cara efektif yang boleh anda lakukan dengan membawa daun-daun atau rempah tersebut ke lokasi percutian anda. Ini sebagaimana perkongsian Puan Normah Bahari yang berada di UK.
Ujarnya, “Pada yang rajin masak dan perlu sangat daun kunyit , daun limau purut , daun kesum , daun kari ,lengkuas , kunyit hidup untuk di bawa keluar negara. Di sini saya nak share cara saya keringkannya dengan menggunan AIR FRYER, dengan bawa yang kering kita tak akan rasa berdebar bila nak berdepan dengan kastam.
“Sekiranya ada stok banyak, walaupun disimpan dalam peti ais, lama-lama akan rosak juga, lebih baik dikeringkan dan dapat simpan berbulan-berbulan,’ kongsinya di Facebook.
Cara keringkannya
Suhu kurang dari 100
Masa kering kan 30> 40 minit, kalau rasa belum kering betul, tambah masa lagi.
Untuk lengkuas, kunyit hidup , serai dan halia kena potong-potong , perlu masa lebih lama.
Di UK ni ,sepanjang saya berada di sini saya nampak halia yang banyak, yang lain belum nampak lagi.
Meninjau di ruangan komen, ada juga yang berkongsi pengalaman dan ramai menyifatkan sebagai tuah sebenarnya. Ini kerana ada di antara mereka yang lepas dan ada juga yang tersangkut ketika melalui pemeriksaan kastam.
Pun begitu tidak dinafikan ramai juga yang mengucapkan terima kasih di atas perkongsian tersebut, sekurang-kurangnya dapatlah juga menggunakan tips tersebut untuk pastikan daun-daun herba tersebut dapat disimpan lama dan kekal elok untuk digunakan dalam masakan.
Sumber : Normah Bahari
ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!
Baca Ini Juga :Hidup Mewah, Rupanya Datuk Lee Chong Wei Buat Macam-macam. Bukan Main Badminton Je Dulu!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club