Kek Pandan Coconut Creamy Air Tangan Azlina Ina Terpaling Sedap Untuk Hidangan Keluarga

Share

Resipi air tangan usahawan kek viral yang dikenali sebagai Azlina Ina tidak pernah menghampakan para pengikutnya di media sosial.

Membahasakan dirinya dengan panggilan ‘Mak’ di facebook, beliau tidak kedekut berkongsi pelbagai resipi kek dan biskut jualannya untuk pengikut-pengikutnya mencuba sendiri.

Terkini, Azlina berkongsi resipi kek pandan coconut creamy yang diolah mengikut caranya bagi memudahkan para pengikutnya membuat sendiri resipi tersebut.

Dia turut menggalakkan sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadikan perkongsian resipinya sebagai bahan perniagaan mereka.

Pagi tadi di Red houze Bakery HQ- Bukit Raja 2 jam sold out semua. Esok mak buat lagi ye.
Sapa nak buat silakan buat, Resepi ni mak dah olah supaya lebih moist dan lebih sedap garing di luar tapi lembab di dalam.
Semoga menjadi punca rezeki kalian aminnnn

Resipi Kek Pandan Coconut Creamy

Bahan-bahan:

1/2 cawan whipping dairy
1 sudu besar cuka masakan
500 gram mentega atau marjerin
1 1/2 cawan gula halus
7 biji telur gred A atau B
3 cawan tepung gandum cap ros
1 sudu besar serbuk penaik
1/2 cawan susu tepung
1 sudu besar esen vanila
2 sudu besar coconut pandang
Sedikit pewarna epal hijau

Cara membuat:

1. Campur whipping dairy dan cuka masakan. Biarkan 5 minit.

2. Putar mentega dan gula halus sampai gebu.

3. Masukkan telur satu persatu.

4. Campur tepung gandum dan serbuk penaik, kemudian ayak dua kali.
Masukkan ke dalam adunan bila selesai masuk telur berselang dengan campuran whipping dairy+ cuka masakan.

5. Adunan yang telah siap kelihatan licin dan gebu.

6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.

1 bahagian letak coconut pandan + pewarna epal hijau
1 bahagian tambah esen vanila

7. Isi adunan dalam bekas 4571-p. Kemudian bakar dengan suhu 180 selama 40-45 minit.

8. Masa dalam oven jangan risau kalau kek merekah sikit. Itu tanda kek gebu sangat dan ia naik dengan jayanya.

Siap untuk di makan panas-panas.

Sumber: Azlina Ina Fans

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom klik di SINI