Resipi air tangan usahawan kek viral yang dikenali sebagai Azlina Ina tidak pernah menghampakan para pengikutnya di media sosial.
Membahasakan dirinya dengan panggilan ‘Mak’ di facebook, beliau tidak kedekut berkongsi pelbagai resipi kek dan biskut jualannya untuk pengikut-pengikutnya mencuba sendiri.
Terkini, Azlina berkongsi resipi kek pandan coconut creamy yang diolah mengikut caranya bagi memudahkan para pengikutnya membuat sendiri resipi tersebut.
Dia turut menggalakkan sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadikan perkongsian resipinya sebagai bahan perniagaan mereka.
Pagi tadi di Red houze Bakery HQ- Bukit Raja 2 jam sold out semua. Esok mak buat lagi ye. Sapa nak buat silakan buat, Resepi ni mak dah olah supaya lebih moist dan lebih sedap garing di luar tapi lembab di dalam. Semoga menjadi punca rezeki kalian aminnnn
Resipi Kek Pandan Coconut Creamy
Bahan-bahan:
1/2 cawan whipping dairy
1 sudu besar cuka masakan
500 gram mentega atau marjerin
1 1/2 cawan gula halus
7 biji telur gred A atau B
3 cawan tepung gandum cap ros
1 sudu besar serbuk penaik
1/2 cawan susu tepung
1 sudu besar esen vanila
2 sudu besar coconut pandang
Sedikit pewarna epal hijau
Cara membuat:
1. Campur whipping dairy dan cuka masakan. Biarkan 5 minit.
Ads
2. Putar mentega dan gula halus sampai gebu.
3. Masukkan telur satu persatu.
4. Campur tepung gandum dan serbuk penaik, kemudian ayak dua kali.
Masukkan ke dalam adunan bila selesai masuk telur berselang dengan campuran whipping dairy+ cuka masakan.
Ads
5. Adunan yang telah siap kelihatan licin dan gebu.
6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
1 bahagian letak coconut pandan + pewarna epal hijau
1 bahagian tambah esen vanila
7. Isi adunan dalam bekas 4571-p. Kemudian bakar dengan suhu 180 selama 40-45 minit.
Ads
8. Masa dalam oven jangan risau kalau kek merekah sikit. Itu tanda kek gebu sangat dan ia naik dengan jayanya.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Bagi yang gemar makan ulam-ulaman, semestinya mengenali pucuk ubi kan? Ada nasi panas, sambal belacan, ikan masin memang gabungan menarik lah kalau makan dengan ulam ni!
Yang mana kat kawasan rumah mereka ada lebihan pucuk ubi ni, dari terbiar begitu sahaja baik buat pucuk ubi goreng cili api yang dikongsikan oleh Iskamaridzah Ismail ni. Katanya resipi ini diambil dari Dato Rizalman. Macam menarik kan? Jom cuba!
Resipi Pucuk Ubi Goreng Cili Api
Bahan-bahannya:
Pucuk ubi – basuh bersih dan keringkan
1 mangkuk kecik ikan bilis
2 biji bwg besar – hiris
1 keping asam gelugur
1 inci belacan
1 ekor sebesar tapak tgn ikan masin kurau – kisar
Segenggam cili kering – rebus, basuh, toskan n blender kering
Cara-caranya:
1. Panaskan kuali dan minyak masak. Goreng pucuk ubi sehingga ranggup toskan.
2. Goreng ikan bilis hingga rangup toskan.
3. Tumis bawang hingga garing. Masukkan cili kering, garam dan gula.
(gula kena letak lebih sikit) dikacau.
4. Masukkan belacan dan asam gelugur dan kacau.
5. Tumis smpai cili tu masak n kering sedikit.
6. Msukkn ikan kurau. Kemudian, masukkan ikan bilis. Boleh tutup api.
7. Masuk pucuk ubi dan gaul secara perlahan sebab taknak bagi pucuk ubi hancur.
8. Bila dah rata elok, angkat letak dlm besen dan biar ia sejuk ikut suhu bilik.
12. Bila dah sejuk, dah sedia untuk diletakkan dalam bekas kecil. Tahan 2 minggu.
Yang duduk kampung, mesti senang je nak dapat pucuk ubi ni. Apa tunggu lagi simpan resipi ni dan cuba sendiri di rumah. Semoga resipi pucuk ubi goreng cili api ini bermanfaat buat kita semua.
Sumber :
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...