Kek Oren Gebu Gebas Ala Orang Dulu-Dulu Buat. Hidang Bersama Kopi O Panas Memang Ngam, Menggamit Nostalgia!

Share

Ingat lagu tak, orang dulu-dulu suka buat kek yang mudah dan rasanya sangat sedap seperti kek butter atau kek oren. Ada kek tu dengan kopi o panas waktu petang pun dah terbaiklah minum petang sambil borak-borak.

Yang mana rindu nak makan kek simple macam dulu-dulu tu, apa kata jom jengah resipi kat bawah ni dari Rosliza Sabar Malisi iaitu kek oren yang mudah dan paling penting sedap! Jom cuba.

RESIPI KEK OREN 

ALHAMDULILLAH…
KEK OREN…

Ptg ni Maklong buat kek oren…Ada ke peminat kek oren ni…Dah lama nak buat…tp asyik tertangguh je dgn masaalah kesihatan…

Kat sini MakLong bg resepi ye…MakLong nak bg kek x dpt…dpt bg resepi je la…

Doakan MakLong terus sihat dan di murahkan rezeki yg x putus2 ye…

Bahan-bahannya :-

1 cwn gula aising
1 cwn butter atau majerin (maklong guna butter)
2 cwn tpg gandum
4 biji telur gred b
3 sudu mkn susu pekat manis
3 sudu mkn pati oren sunkis
stgh sudu kecil kulit oren sunkis yg diparut
stgh sudu kecil baking soda
stgh sudu kecil soda bikabornat
sedikit esen vanilla
sedikit pewarna kuning telur

Cara-caranya :-

1. Pukul butter dan gula hingga kembang, mskkan telur sebiji2 hingga habis, pukul lg hingga kembang dan masukkan susu, pati oren, esen vanilla, kulit oren,pewarna kuning dan pukul sebati…

2. Last sekali masukkan tepung yg dah diayak bersama dgn baking soda dan soda bikabonat…kacau sebati…

3. Panaskan oven api atas bawah 180° c…

4. Sapu loyang dgn butter dan lapik dgn kertas minyak…

5. Tuang adunan dan hentak sikit loyang supaya padat dan x de kelembung udara…

6. Bakar dlm 1jam…tengok keadaan oven masing2…bila dah nampak coklat2 tu cucuk dgn lidi atau pisau…klu x lekat tu…dah masak le tu….

slmt mencuba…