Kek Nestum Gebu, Sesuai Sangat Dihidang Di Hari Raya Ni!
Memeriahkan lagi suasana Hari Raya pasti kita ingin menyajikan pelbagai jenis juadah kepada seisi keluarga untuk dinikmati bersama-sama. Apatah lagi jika ada tetamu yang bertandang ke rumah, mana mungkin sekadar menghidang rendang, lemang dan ketupat.
Mahu juga divariasikan dengan hidangan kek pelbagai rasa seperti Kek Nestum Gebu yang pernah viral di media sosial. Difahamkan bukan sahaja gebu malah rasanya memang sedap dan menepati selera ramai.
Jadi buat yang belum mencuba rasa, bolehlah sediakan sendiri memandangkan bahan-bahan yang digunakan tidaklah terlalu banyak dan mudah pula disediakan.
Jadi usah tunggu lagi, jom kita buat resipi yang dikongsikan oleh Lieyaa Homemade ini.
Ads
Kek Nestum Gebu viral
Bahan-bahan
200g majerin dalam secawan(tgk cawan jugak nak tepat pakai timbang)mak pakai cawan minum kopi je
150g gula perang dalam 1 cawan lebih sket
sedikit esen vanila
50g nestum original atau 2 peket yg mcm gambar tu
3sb susu pekat
160g tepung naik sendiri dalam 1 1/2 cawan
telur 5 biji
kacang pecan atau sukati ko nak letak ape atas die Cara membuat:
Ads
Ok majerin dengan gula perang mix dulu sampai kembang sebati.
Baru masukkan susu pekat 3 sb dan mix sebati
Masukkan satu2 telur total 5 biji ya
Slow kan mixer masukkan tepung tadi
Baru masukkan nestum tadi.
Lapik loyang pakai baking paper
Tuang adunan dan tabur kacang pecan.
Bakar suhu 170-170 masa 45-55 minit api atas bawah
Siap keluar kan dari oven dan tebalikkan pada board. Terbalikkan semula
dah siap memang gebu mmg sedap. Memang laku keras kalau buat jualan.
Dulu setiap kali pergi pasar malam mesti beli dadih. Anak-anak tentu suka makan sejuk-sejuk memang sedap. Tetapi sejak pandemik ini tentu susah untuk jumpa orang yang menjual dadih sebegini.
Bagi yang teringin nak makan dadih apa kata buat sendiri di rumah. Tengok bahan-bahan pun mudah aje. Sebagaimana perkongsian resipi oleh puan Niswah Hasina.
Jom lihat resipi ini.
Anak suka dadih susu kambing dekat pasar malam. Balik kita buat. Rasa lebih kurang ja. Makan sejuk-sejuk sat ja habis
Resepi:
Hanya dua bahan saja!
▪1 liter susu kotak. ▪Agar-agar tali yang rm2+ berat 20g. Ambik 1/3 ja: (Agar2 tu bahagi 3, ambik 1 bahagian ja) ▪Gula ikut suka tahap kemanisanmu ▪Garam secubit. ▪Air lebih kurang 1 liter.
Cara-cara: Letak agar-agar dalam periuk, masukkan ayaq (ayaq kosong tapis) bagi tenggelam. (Buka api) Dah larut agar-agar. Masukkan susu & gula garam. Bagi panas smpai naik wap panas. Tak perlu tunggu mendidih. Nanti tak cantik pulak susu tu, Sejuk kan sikit. Tapis dulu. Isi dalam bekas. Siap!
Saya ada update video dadih yang dah sejuk dalam peti. Boleh goyang-goyang dadih tu. Baru cair dalam mulut.
Keluarga: Tentu anak-anak suka. Kudapan sihat untuk anak-anak tiada bahan pengawet.
Sebagai anak kita tentu prihatin dengan kesihatan ibu dan ayah kita. Maklumlah orang tua ini, kesihatan mereka sering juga terganggu dek kerana faktor usia dan sebagainya. Biasanya antara yang sering diadukan tentang tahap kesihatan mereka adalah badan asyik rasa lenguh-lenguh dan terasa berangin satu badan. Kalau kita ada disisi ibu ayah ketika itu, bolehlah juga diurut mana termampu.
Namun tahukah anda, sebenarnya ada petua yang boleh melegakan lenguh-lenguh tubuh dan sekali gus meredakan angin dalam badan ini. Ini sebagaimana yang sering dilakukan oleh seorang anak bernama Fandy Mieyza kepada orang tuanya. Malah minuman jus yang sering dibuatnya itu juga elok untuk rendahkan kolestrol dalam badan dan sekali gus boleh juga jika diamalkan untuk tujuan menurunkan berat badan. Jadi jom semak apakah petuanya itu dan cara penyediaannya itu.
“Balik rumah mak sekejap tadi , sempat buatkan stok Jus Halia Bermadu untuk mak…Jus ni bagus , boleh keluarkan angin di dalam badan , boleh rendahkan paras kolesterol , turunkan berat badan dan lain2 lagi…”–Fandy Mieyza
JUS HALIA BERMADU
Bahan-bahan:
3 biji lemon
6 inci halia
3 cawan air
3 cawan madu
Langkah demi langkah :
Potong lemon dan halia.
Rebus dalam periuk bersama 3 cawan air (750 ml)
Rebus hingga air tinggal separuh
Sejukkan kemudian kisar semuanya.
Campurkan bersama 3 cawan madu (lebih kurang 250ml).
Masuk botol dan simpan dalam peti sejuk.
Cara pengambilan :
Minum 1 sudu pagi dan 1 sudu malam sebelum tidur…
Ekstra Tip :
Kalau nak manis , tambah madu lagi.
sumber : Fandy Mieyza via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tiada idea untuk menu minum petang apa kata buat puding roti pelangi. Memang mudah nak buat. Rasa pun sedap.
Ikuti resipi ni
Puding Roti Pelangi
Bahan A
20gm agar agar tali..cuci
5 cawan air
3/4 cawan gula
## Masak agar2 dengan air hingga larut agar2
## Masukkan gula..kacau2 Bahan B
4 keping roti gardenia..buang kulit tepi..carik kecil2
1 tin susu cair/susu segar
1 biji telur
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar tepung jagung
1 penutup botol esen vanilla (star brand)
Secubit garam
Pewarna ikut suka Cara menyediakan:
1) Blender semua bahan di atas kecuali pewarna hingga hancur halus
2) Tuang dalam periuk agar2 tadi..sentiasa di kacau rata hingga nampak sedikit likat..tutup api
3) Bahagikan adunan agar2 tu kepada 3-4 bekas..setiap bekas..adunan tu dalam 1/2 cawan..warnakan ikut suka
4) Loyang/acuan basahkan dulu dengan sedikit air..kemudian ambil adunan berwarna tuang dalam loyang/acuan berselang seli warna dia hingga habis..biarkan beku sedikit..kemudian tuang baki adunan (kalau suam..panaskan sekejap atas api perlahan) tadi atas adunan berwarna perlahan2 kesemuanya..sejukkan
5) Boleh simpan dalam peti sejuk 2-3 jam keluarkan dan terbalikkan puding atas alas yang sesuai perlahan-perlahan potong ikut suka sedia untuk dimakan
Kredit : Zura zul via mahn
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.