
Jarang-jarang sekali kita mengetahui untuk menyediakan kek boleh rupanya tidak menggunakan tepung. Ini sebagaimana apa yang dikongsikan oleh Sara Vee dan ternyata Kek Milo yang dihasilkan ini, nampak begitu menyelerakan.
Buat yang ingin mencuba, disertakan resipinya disini. Selamat mencuba.
Testing kek milo viral tu dengan bahan :
4biji telur
2cawan milo
2sb susu pekat
Pukul (mixer) 3minit semuanya
Masuk dlm loyang, bakar 45min suhu 180’c
Maka jadilah seperti gambar. Lepas tu tak payah tepung memang wow lah!
Yang penting husband mak suko kemain. Chewwy gowwy brownies milo. Sedappp!
Sumber : Sara Vee via MAHN
Resipi Puding Biskut 3 Bahan Ni Dapat Share Hampir 5k Di FB. Terlajak Mudah & Sedap Pula tu. Patut Ramai Cuba!

Bagi ibu-ibu yang suka memasak, memang akan memilih resipi yang menjimatkan masa serta digemari oleh sekeluarga. Bukan itu sahaja, bahannya, cara penyediaannya dan cara masaknya mesti nak yang senang kan. lagi-lagi bagi ibu yang bekerjaya.
Wow! Hanya guna 3 bahan ringkas sahaja, ibu-ibu dah boleh hasilkan puding biskut yang lembut dan sedap. Ramai yang dah cuba tau. Hampir 5 ribu perkongsian di Facebook. Ha..Jangan tak percaya.
Perkongsian viral oleh puan Rania Amira memang superb! Paling mengkagumkan, hanya guna blender dan siap! Mudah sangat kan. Boleh jadi menu express jika tekak nak ‘mengidam’ nak makan desert.
Ikut resepi berikut:
Puding biskut 3 bahan siap…
Bahan-bahan
23 keping biskut
4 bji telur
1/ 2 cawan Susu pekat manis (nk manis blh isi lebih…tu je)
Cara membuat:
- Rendam biskut dan tos kan
- Blend semua bahan di atas
- Bahagi 2 bahagian…1 tu saya isi serbuk coco
- Dah boleh kukus…1 lapisan dalam 5 minit
- Kukus yang last tu dalam 20 minit…
- Sejuk baru boleh potong…
- #DAHSIAP
Nasi Goreng Ni Pernah Viral, Buat Orang Terliur. Ni Resipi Simple Nak Buatnya!

Kalau buntu sangat dalam membuat pilihan menu sarapan untuk disediakan kepada anak-anak dan keluarga, maka sediakan sahaja menu Nasi Goreng.
Ini kerana dengan menyajikan nasi goreng, cukup sekali masak dan sudah lengkap menu yang terhidang tanpa perlu lagi kita memikirkan lauk sampingan. Hidangkan sahaja nasi goreng sudah mampu memancing selera seisi keluarga.
Menyentuh tentang menu nasi goreng ini, diakui terdapat pelbagai jenis dan versi memasaknya. Meskipun menggunakan bahan-bahan yang ringkas namun mampu menghasilkan masakan yang enak. Ini sepertimana resipi yang dikongsikan oleh Har Ryea yang pernah viral di media sosial sebelum ini.
ARTIKEL BERKAITAN :Nasi Goreng Tak Guna Perencah Pun Sedap, Ni Caranya Mak-mak Kita Dulu Buat. Memang Legend!
BAHAN-BAHAN:
Nasi
Bawang merah
Bawang putih
Cili merah
Cili padi hijau
Ikan bilis
Telur
Sotong
Garam, kunyit dan serbuk perasa
CARA PENYEDIAAN :
1.Tumbuk bawang merah, bawang putih, lada merah dan sedikit cili padi hijau.
2.Panaskn minyak, kemudian goreng ikan bilis sampai garing.
3.Kemudian ketepikan, dan masukkkan masukkan telur.
4.Apabila telah masak sedikit, hancur-hamcurkan telur tersebut.
5.Ketepikan di dalam kuali.
6.Kemudian masukkan bahan-bahan yang sudah ditumbuk dan tumis hingga wangi dan sdikit garing.
- Kemudian masukkan garam, ajinomoto & sedikit serbuk kunyit.
8.Masukkan sotong yang dah dikeringkn airnya terlebih dahulu dan gaul rata sumua bahan-bahan.
9.Setelah itu barulah masukkan nasi, kacau rata sehingga ianya berwap.
- Siap dan sedia untuk dimakan.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Jika Suami Pening Selepas Makan Daging Kambing, Ini Sebabnya Yang Isteri Kena Tahu.

Ramai yang mengadu sakit kepala apabila makan beberapa jenis daging terutamanya daging kambing. Kenapa ini boleh terjadi? Inilah sebabnya yang ramai yang tidak tahu. Kerana daging kambing pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti
Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat.
Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening. Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi.
Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.
Lemak dibawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing.
Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.
Khasiat dan kelebihan daging kambing:
• Mencantikkan Kulit
Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin ini untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Selain itu, ia menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.
Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari.
Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari. Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.
Sumber: Sempoimedia.blogspot.com