Kek Milo Kukus 20 Minit Siap Masak. Tak Perlu Tunggu Lama & Hanya Guna 4 Bahan Je!

Share

Tercari-cari menu dengan menggunakan bahan yang sedia ada di dapur dan cepat pula dimasak, tentunya menu yang dikongsikan oleh Fatihatul Hakimah ini boleh dijadikan pilihan menarik. Apatah lagi jika anak-anak memang suka makan kek. Jadi tanpa membuang masa, jom semak 4 bahan yang diperlukan itu.

APAM MILO 4 BAHAN JERR.

“Nak buat kek pelangi tapi tak cukup bahan so terjadi la apam milo yang senang yakmat nie yang penting suami dan adik-adik kata sedap..Firstime buat tapi menjadi tu yang suka sangat tu nak share”-Fatihatul Hakimah

Bahan-bahannya :

Telur 6 biji
Tepung gandum 2 cawan
Gula pasir 2 cawan (kurangkan kalau tak suka manis)
Milo setengah cawan

Cara-cara buat:

1.Pukul telur dan gula sampai berbuih/putih/kembang jangan derhaka nanti apam tak naik( Tiha guna blander jer)

2. Masuk tepung gandum,blander lagi sampai sebati (rasa blander dah menjerit tu mohon stop kacau je guna senduk)

3. Adunan tadi bahagi kepada dua bekas ,satu bekas biar kosong atau boleh bubuh pewarna lain, dan 1 bekas lagi bubuh milo dan kacau-kacau sampai sebati.

4. Tuang selang seli dalam loyang kalau nak nampak menarik ,loret la guna lidi ke garfu ke untuk nampak berbunga-bunga (ikut suka tak ada paksaan)

5. Kukus 20 minit (air kukusan mesti dah mendidih dulu)

sumber : Fatihatul Hakimah via MAHN