Kek Marble Versi Marjerin. Rasa Pun Sedap, Kos Lagilah Murah!

Share

Kalau ditanya,  masih ingat lagikah rasa kek mak-mak kita masak dulu?

Lazimnya, kek orang dulu-dulu bahan-bahan yang digunakan cukup ringkas, dan marjerin adalah antara bahan yang biasa digunakan berbanding mentega.Pun begitu rasanya memang terbaik!

Dan ini satu lagi resipi kek marble ringkas yang menggunakan marjerin dikongsikan oleh Suraya .

Terlihat begitu enak dan buat kita tidak sabar pula mencuba untuk menyediakannya.


Tahun lepas saya ada share resepi kek marble versi span, guna ovallette dalam resepi tu. Harini saya nak share resepi kek marble versi marjerin @ butter pulak.

Resepi ni memang sedap, lemak, berminyak dan tinggi kolestrol haha, tu yang jadi sedap tu.

Customer pun ramai yang repeat order untuk kek marble ni. Saya ambik dalam group mahn tapi tak ingat siapa owner dia, apa pun terima kasih pada tuan punya resepi sebab kongsi kan resepi kek yang sedap ni, jadi sekarang saya plak nak panjangkan resepi ni pada orang lain.

1 adunan kek ni dapat 1 biji kek loyang 7 inci. Sukatan dia memang dalam gram, saya tak pandai nak tukarkan gram kepada cawan, jadi tolong jangan pm saya suruh saya tukarkan sukatan gram kepada cawan. Pandai pandai la pegi cari penimbang kat mana mana ye.

Saya jual kek ni rm10 sebiji tapi saiz kek 5 inci, iaitu saya guna loyang yang lebih kecik.

Lagipun saya guna marjerin pelangi, jadi boleh lah jual murah. Kalau ada yang nak jual kek ni, sila kira kos bahan mentah masing masing ye.

Ok jemput baca resepi dan sila la cuba lepas baca ye. Sedap sangat oiii

Sumber : Suraya Yaacob