Kek Marble Nostalgia Dulu-dulu, Malam Raya Mesti Buat! Ni Resipinya.

Share

Selain merebus ketupat, biasanya malam raya juga mak-mak kita sibuk membakar kek untuk dijadikan hidangan istimewa kepada tetamu.

Paling lazim, kek  marble atau ada juga memanggilnya kek belang. Ni dikongsikan resipi untuk yang ingin mencuba menyediakannya malam ini. Jom semak.

RESEPI KEK PELANGI SESUCI LEBARAN

Jom sal kongsi resepi kek marble hidangan masa raya nanti. Bahan pun tak banyak nak buat pun senang.

Sal tahu korang mesti suka kan makan kek ni. Tak muak tau. Lagi kalau panas panas makan masha Allah tak benti tahu tahu abis sebekas kan hihi. Kalau buat malam raya pun onzz jee sekejap je sediakan bahan tu.

Jom cekidot bahan. Guna 4 bahan jee.

1 ketul butter 250gm
1 cawan gula
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
4 biji telur
Asen vanilla 1 sudu kecik
Pewarna

Cara buatnya,

1. Mixer kan gula dan butter sampai kembang.
2. Masukkan telur sebiji sebiji.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4. Last sekali masukkan asen vanilla.
5. Asingkan bekas untuk letak pewarna. Kalau nak 3 kaler buat 3bekas ye.
6. Satukan semua kaler dalam adunan. Ikut kreativiti nak buat cemana lakaran ye.
5. Masuk dalam loyang dan bakar dalam suhu 180°C selama 1jam.

* ikut kesesuaian oven memasing ye.

Siap. Boleh dimakan pepanas dengan kopi o pekat hehee. Kompom terangkat laaa. Opss makan masa berbuka nanti tau hehe.

Sumber.: Saleha Maarof