Menyediakan Kek Marble selain memastikan mempunyai rasa yang enak, biasanya kita juga akan pastikan dapat menghasilkan corak belang yang cantik. Ini sekali gus menjadi tarikan kek marble.
Malah bukan suatu yang pelik di mana si pembuat akan berasa teruja untuk memotong kek tersebut untuk melihat sendiri corak yang dihasilkan.
Jadi buat yang belum pernah mencuba membuatnya, bolehlah hasilkan kek marble yang cantik dan enak seperti dikongsikan oleh Azlina Ina Fans. Nak tahu caranya, jom kita tengok ni.
Asaamualaikum anak2 mak.Korg semua syg mak kan? kite nak tolong ibu2 lain kan? tolong ka mak like komen dan share boleh? kita sama2 kongsi pahala ni kite sama2 gembirakan hati ibu2 yg tekurung xtau nak buat apa.Kdg resepi ade tp semua susah2.Resepi kalini pakai senduk boleh pakai garfu boleh pakai whisk pn boleh.Nak bakar boleh nak kukus boleh nak pakai periuk nasik boleh.Penting resepi ni jimat bahan dan sgt senang.
Bahan2 mudah
1 cawan 1/2 majerin.( pakai cawan minum kopi kontot tu je tp apa2 cawan sebenar nye xkisah janji korg gune satu cawan yg sama je tuk semua sukatan ok.)
1 cawan susu pekat( ni xmanis tawar sikit sebab mak memang tak suka manis sgt tp ikut korg kalau nak ngam2 rasa die 1 cawan 1/2 ye )
4 biji telur greed b kalau c 5 ye
2 cawan tepung self rising kalau xde pakai tepung gandum tambah 1 sk baking powder eh dan klau nak kukus tambah 1 sk soda bikarbonat( jgn lupe ayak)
2 sebab serbuk koko( kalau tak ada pakai milo 3 sb kalau tak ada pakai serbuk kopi halus 1/2 sb kalau tak ada juga pakai la sirap 1sb jadi jugak marble nye cuma warne lain)
Cara membuat:
Bakar suhu 170 masa 45-50 minit api atas bawah.Bila sudah masak terus keluakan terbalik kan atas board atau redai
Kalau dimasak cara kukus, 45 minit ye.
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club