Melihat kek marble yang gebu sepertinya ini boleh membuatkan sesiapa pun rasa teringin untuk mencuba rasa. Apatah lagi bila peniaga itu sendiri yang berkongsi resipinya, bertambah semangat pula untuk kita mencuba menyediakan resipi tersebut. Jadi usah tunggu lagi, jom kita sediakan kek marble ini untuk menu minum petang bersama keluarga.

"Ok arini mak ajar satu lagi kek mudah yang bagi mak sedap la dan bagi customer pun sedap la kalau tak diaorang tak beli ramai-ramai kat bakery mak kan..
adudu gebus kan.RM8 je perslice satu loyang dapat 6 slice kalau jual seloyang korang boleh jual RM25-30 tengok kekedekutan penduduk area korang. Takut ko jual mahal sangat dieorg rela makan roti sapu kaya je."

Kek Marble Double Coklat Viral
Bahan-bahan
Cair kan butter atau majerin timbang 150g (1 cawan 1/2)
5 biji telur gred B
1 cawan gula kastor/170g
1 sb ovalate
2 sb susu pekat
1 sk esen vanila
1 cawan 1/2 tepung selfrising 150g
1/4 cawan susu segar
mix semua sampai gebus

Cara penyediaan:

1. Mix semua sampai gebus


2. Masuk kan butter atau majerin cair tadi suam-suam ya, baru moist


3. ok kacau rata


4. Adunan tadi kalau nak kacau dalam mixer pun boleh. Nak kalih kan kat besen pun boleh senang kacau pas tu plus on 2 sebab serbuk koko dan 1 cawan milo


5. Ambik sebahagian dan plus add on 1 sudu kecil emolco coklat dan kacau


6. Lapik loyang 9×9 dengan baking paper dan letak adunan betindan macam tu. Bakar suhu oven 25-75 liter 130-140 darjah je masa 45-55 mnt oven 100 liter ke atas
140-150 darjah masa 55-1 jam bergantung kepanasan oven masing2 semua xsama api atas bawah guna rak no 1 ya.


7. Dah masak panas-panas tu sisip tepi-tepi dia tebalik kan atas redai.dah lepas 3-4 jam baru tanggal baking paper nya dan baru dapat ketak-ketak corak jaring tu.masa panas corak tu tak keluar sebab permukaan kek garing dan keras siket


8. Dah siap 1 loyang potong 6 so korang boleh jual 1 slice RM5 mak jual RM8 korang jangan jual mahal sangat nanti kene kecam dengan jiran ko masa beli sayur

Alhamdulillah mak harap semua paham step mudah mak bg ya.kalau korg buat jual mak halal kan dunia akhirat.Tp ustaz kata setiap benda baik yg kita buat jgn harap kan balasan.Nnt jd xikhlas.maka mak xnak mintak apa2 dr anak2 mak.cukup la korg pandai baking mak dah happy

sumber : Azlina Ina Fans