Mungkin ada di antara kita tiba-tiba tekak ni teringin pula hendak merasa enaknya kek. Hendak dibeli, mana ada kedai kek dibuka pagi-pagi begini. Lagipun bukankah hari cuti sebegini, elok sangat kalau kita dapat sediakan sendiri.
Resipi Kek marble ini contohnya hanya menggunakan 5 bahan yang mudah dan pastinya ada ramuannya telah tersedia di dapur anda.
Nak tahu apa resipinya, ayuh semak satu persatu sebelum kita memulakan ‘aksi’ memasak di dapur. Resipi ini dikongsi oleh Nur Hidayah Dayah Via MAHN.
BAHAN-BAHAN:
1 cawan butter
1 cawan gula
3 biji telur
11/2 cawan tepung kek
Sedikit serbuk coklat
CARA BUAT:
1. Pukul butter dengan gula sampai kembang.
2. Masukan telur, pukul lagi.
3. Last sekali masukan tepung dan bahagi dua adunan. Satu dicampur coklat dan satu lagi asli. Lapiskan adunan dan bakar dalam suhu 190 selama 40 minit.