Gabungan parutan kulit lemon dan jus oren sunquikc ditambah pula rasa lemak cheese serta susu segar. Memang tak jemu bila dihidu dan amat lah nyaman bila di dalam mulut. . Maka terjadilah…
– KEK LEMON BUTTER CHEESE OREN EMULCO –
Bahan-bahan:
– 1 buku/ketul buttercup *
– 5 biji telur gred b
– 1 cawan gula kastor + setengah cwn klau nak manis lagi *
– 1/2 cawan susu segar (7 sudu besar)
– 1/2 cawan susu pekat manis
– 150 gram cheese tatura atau 100 gm pun boleh *
– 1 sudu teh esen vanila *
– 2 sudu besar pati oren emulco
– 1 sudu besar pati oren sunquikc
– 1 sudu besar parutan kulit luar lemon
– 1 cawan setengah tepung kek self rising diayak bersama 1 cawan tepung gandum.- (2 x diayak ya.)
Cara membuat:
- Mix bhn-bhn yg bertanda (*) sampai kembang dan gebu ya. Mula mix slow sterusnya laju sampai gebu.
- Kemudian masukkan 2 jenis susu tadi..sebatikan dan slow kan mix, masukkan telur satu demi satu selang 3-4 saat.
Masukkan separuh dulu tepung gandum berselang seli dengan parutan kulit lemon tadi dngan pukulan slow je…mati kan mix dan tambah tepung yg selebihnya tadi kaup balik dengan spatula/senduk sahaja. Sapu butter pada acuan loyang dan lapik dngan baking paper.
Tuang adunan ke dalam acuan tadi. Panaskan oven 5 minit dulu suhu 180c. Kemudian turun kan suhu 170c. Bakar selama 45 minit api atas bawah.
Sementara nk tunggu oven tu panas, bole deko atas kek tu dngan hirisan buah . Kalau suka ya.
kredit: ZeeBasir