Kek Karamel Versi Kedai Eco, Cukup Mudah & jimat. Bajet Tak Sampai RM10

Share

Ini merupakan antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai.

Untuk minum petang hari ini, apa kata ibu-ibu cuba resipi kek Karamel ini untuk sajian bersama keluarga atau teman-teman.

Cara membuatnya cukup ringkas dengan bahan pun tak banyak dan palingppenting menjimatkan .Tunggu apa lagi, jom cuba petang ni.


Kek Caramel Coklat versi Kedai Eco. Teringinn nak mkn tgk org lain jual Rm35 sbijikk. So kiter cuba buat sndiri dgn bajet xsmpai Rm10. Versi palingg senang. Sy share resepi 👇🏻👇🏻

Mula2 buat gula hangus. Panaskan gula 2Sudu dlm loyang, guna api perlahan.

Next, buat lapisan caramel.

1. 3biji telur

2. 1 cawan susu cair

3. 1 cawan susu pekat ( kurangkan kalau x nak manis )

4. 1sk esen vanila

Campur semua bahan, sy blend je guna blender. Dah siap. Tuangkan ke dlm loyang yg ada gula hangus tadi. Kukus 20minit. Angkat dan sejukkan.

Sediakan lapisan kek coklat.

Yg ni versi derhaka sikit. Sbb malas nak buat kek coklat sndiri. Alang2 dah masuk eco, sy beli je tepung kek coklat segera kt eco . Letak 1plastik tepung je dah ckup utk dpt sbijik kek mcm dlm gmbr.

Cara senang jee ;

1. Masukkan tepung kek

2. Masukkan telur 1biji

3. 5sudu besar minyak masak

4. 3/4 cawan gula

5. 1/2 cawan air

Putar je semua sekali. Dah siap. Tuang dlm loyang yg ada karamel td. Kukus dlm 40-50minit ( sampai kek masak )

Done 😍