Kek Hujan Panas Legend Yang Selalu Nenek Buat. Wangi, Gebu & Sedap. Wanita Ni Kongsikan Resipinya!

Share

Pelbagai versi kek yang ada di pasaran membuatkan kita terliur nak merasainya. Biarpun begitu, ada juga yang masih kekal dengan kek-kek dahulu yang dibuat oleh nenek atau ibu kita, terutama musim perayaan.

Salah satunya Kek Hujan Panas Legend ini. Kalau ada yang masih ingat, kek ini memang famous dulu. Kek ini juga dikenali sebagai Kek Kelapa.

Admin kongsikan resipi dari Azlina Ina Fans ini. Nampak sedap kan!
Asalamualaikum anak2 makwalau arini sibuk sgt2 tp xlupe pd anak2 mak yg suke simpan resepi buat nye hentahLike satu kali sape nak buat time nak raya nnt.Kek dulu2 kek lagend kek nenek2 kite selalu buat.Sape xtry sumpah rugi sebab kek ni wangi dan sedap sgt2.

Kek Hujan panas legend
Bahan utama
Kelapa parut (sangai kejap je bagi air kelapa dia kering sikit), kalau korg tak rajin beli je dekat bakery haiwaian flakes coconut tak mahal pun. Lepas itu bahagi 3 bekas satu bekas dalam setengah cawan. Macam saya tak pakai kelapa kering sebab kurang sedap.
Okay bahagikan 3 tadi letak colour apa-apa yang korang suka lah ya.


-2 cawan majerin pelangi
-1 sk esen vanila
-1 cawan setengah gula (kot korang tak nak manis kurangkan) tapi bagi mak dah ngam ni. Tentang cawan pulak jangan risau kalau tak ada cawan yang sama mak asal kan semua bahan sukat dengan cawan yang sama mesti jadi, so mix sampai kembang gebu elok.

Bahan-bahan lain:
-2 cawan 1/2 tepung gandum
-1sk baking powder
-1sk soda bikarbonat (kalau nak kukus)
Kemudian ayakkan.

Cara-caranya:
-Campurkan kelapa dekat dalam tepung tadi. Ni elakkan nanti masa masak semua turun ke bawah kek, nanti dah tak jadi kek hujan panas jadi hujan ribut pula. Gaul-gaulkan.
Seterusnya
-Majerin dah kembang masukkan telur semua 6 biji gred B masuk satu-satu ye sampai habis.
-Masukkan tepung sikit-sikit sampai habis juga.
-Akhir sekali masuk susu cair atau susu segar 1/4 cawan. Kaup balik je kalau nak mix sekali gunakan volume slow.
Bakar selama 45 hingga 50 minit
-Guna loyang 9×9 kalau 8×8 tinggi sikit.
-Panaskan oven dan bakar suhu 180 masa 45-50 minit tapi kalau kukus 45 minit ye.

Siap!