Penggemar kek gula hangus mesti teruja untuk menyediakan resipi yang dikongsikan ini. Bukan sahaja mudah disediakan, malah menurut pemilik resipi ini yang juga merupakan peniaga kek gula hangus turut memberi tip untuk menjadikan rasa kek ini lebih enak. Malah tidak dengan itu, kek ini juga dikatakan masih dalam keadaan baik selama 4 hari walapun tidak disimpan di dalam peti.
Jadi usah tunggu lagi, jom kita cuba sediakan menu nan satu ini. Bolehlah dijadikan hidangan untuk minum petang yang istimewa. Jom semak.
Diantara kek jualan sampingan saya yang paling mudah nak buat…banyak resepi saya pernah cuba,resepi ni yang paling mudah & rasa sedap yang penting gula jangan terlampau perang,,nanti kek pahit saya sertakan resepi di bawah,,,saya izinkn kalau ade yang nak share & yang nak guna resepi ni untuk berniaga..
.
Kek gula hangus
2 cawan gula
2 cawan air panas
3 sudu majerin
Ads
4 biji telor gred A
1/2 cawan susu pekat
2 cawan gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila
Cara Penyediaan:
1. Cairkan gula guna api perlahan..bila gula dah larut dan bertukar jadi warna perang masukkan air panas..masukkan majerin 3 sudu..kacau,,bila dah berbuih tutup api dan ketepikan.
.
Ads
2. Kacau telor dengan garfu,,,(kacau manja-manja je)…masukkan susu pekat dan esen vanilla,,,kacau biar sebati
.
3. Ayak tepung dan soda,,masukkan dalam adunan tadi,,,kacau adunan hingga tidak berketul.
.
Ads
4. Masukkan gula yang dicairkan tadi dalam adunan dan kacau perlahan hingga sebati
5. Sapu minyak loyang saiz 7 inci
6. Tapis adunan tadi dalam loyang dan bakar pada suhu 150~160 api bawah sahaja 35 minit & tambah 10 minit bakar guna api atas bawah..
**Kalau nak buat jual buat sehari awal,,,rasa lagi sedap,,,kek tahan 4 hari tanpa masuk peti.
Kuih tradisional yang diperbuat daripada beras pulut dan di lumuri dengan kelapa parut ini antara yang menjadi kegemaran ramai. Cukup enak dimakan bersama gula melaka yang sudah dicairkan.
Kalau ada ibu-ibu yang nak buat sendiri, Jom cuba resipi Kuih Lopes yang dikongsikan oleh puan Hidayah Jamaludin.
Caranya cukup mudah, guna rice cooker je tapi hasilnya tetap awesome dan yang penting sedap.
Pulut 4 cawan
Air masak 4 1/2 cawan + daun pandan (blend)
Garam skit
Pewarna hijau
Nyoq putih
Garam
Gula kabung 1 keping
Gula merah 1 1/2 cawan
Gula putih 1/2 cawan
Air sikit ikut kepekatan
Daun pandan
Kek pisang ni ramai yang suka makan. Rasanya yang sedap membuatkan ramai yang mengemarinya. Bukan sahaja orang dewasa, bahkan kanak-kanak juga.
Terbaharu, kek pisang diubah suai menjadi kek yang disalut dengan coklat yang pastinya membuatkan rasanya lebih sedap.
Selanjutnya ikuti perkongsian ini.
Rasanya dah ramai dah cuba resepi kek pisang ni,memang di akui sedap gilerr kan.ramai jugak dah guna resepi buat niaga sebab terbukti sedap.resepi ni dari sahabat kaksue tokey kukis theblackwhisk.Kek pisang letak cuka? ye letak cuka untuk buat buttermilk.sedapp kek ni tau,dia lembab dan mewah dengan coklat tuu haa.kaksue ikut resepi bawah ni jer.kaksue copy paste semula resepi ni.tak payah pakai blender or mixer.senang bukann
𝐑𝐄𝐒𝐈𝐏𝐈 𝐊𝐄𝐊 𝐏𝐈𝐒𝐀𝐍𝐆 𝐂𝐎𝐊𝐋𝐀𝐓 𝐊𝐋𝐔𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐊𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍. 𝐒𝐄𝐃𝐀𝐏!
Bahan-bahan:
.
4 biji pisang
1/2 cawan susu full cream/fresh
1/2 sudu makan cuka
120g soft brown sugar
115g mentega
160g tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
25g serbuk koko
1/2 sudu kecil garam
Bahan hiasan:
Walnut/badam yang dibakar
Chocolate chips
Cara-cara:
🌸Lenyekkan pisang.
🌸Campurkan susu dgn cuka utk jadikan ia buttermilk. Biarkan seketika dlm 10min
🌸Cairkan mentega
🌸Campurkan susu dgn gula. Godek2 dan masukkan mentega.
🌸Ayakkan tepung, soda bikarbonat dan koko. Masukkan ke dalam adunan tadi.
🌸Masukkan garam dan pisang.
🌸Masukkan 2 genggam coklat chips dan segenggam walnut *jika mahu kekacang
🌸Taburkan diatas kek tadi lebihan coklat dan kekacang
🌸Bakar pada suhu 150c, 45 min / sehingga kek masak. Saya guna loyang 7 inci.
*Sedap jika guna coklat belgium dan pure butter 🌸
Secara mudahnya, orang Islam berpuasa disebabkan suruhan atau perintah Allah yang terkandung dalam Al-Quran. Terdapat banyak manfaat dan faedah berpuasa Ramadan bagi umat Islam.Berpuasa...