Hari raya bakal menjelang tiba, ramai yang tidak sabar meraikan Aidilfitri.
Kuih dan kek raya adalah antara yang wajib ada di pagi raya.
Lantaran itu ada yang membeli dan buat sendiri di rumah.
Bagi yang merancang membuat kek, apa kata cuba buat kek coklat Mosit. Resipi ini diberikan oleh seorang penjual kek
Jom ikuti resipi ni.
Petang ni sis nak share resepi kek coklat moist melting sis..kek paling laris sis pernah jual.
Ada yang Tanya resepi sis share sini ya
Korang boleh buat untuk makan keluarga lebaran nanti..haaa best kan.
Bahan A
Serbuk coklat 1 cawan
Gula 1 cawan
Susu pekat 3/4 cawan
Susu cair 1cawan
Minyak masak atau minyak jagung 1 cawan..
Satukan bahan A masak atas dapur dengan API kecil..bgi gula hancur Dan sekata semua je..then tutup API
Bahan ayak
1 1/4 tepung gandum
2sudu teh baking powder
1sudu teh soda bikarbonat
3bji telur
1sudu teh esen vanilla
Cara cara
Panaskan kukusan-pukul telur hingga kembang
Masukkan bahan A yang di masak gaul hingga sebati
Masukkan bahan yang di ayak sikit sedikit hingga habis Dan masukkan esen vanila.
Sediakan loyang size 7×7 lapiskan kertas dibahagian bawah Dan kukus 1jam.
Untuk topping
Cairkan coklat double boil ye..sehingga sekata masukkan whipping cream Dan minyak masak 2 sudu….terpulang nk letak xpe xletak pn ok je..fungsi whipping cream dia lagi sedap Dan pekat coklat toppingnya
Ok selamat mencuba semua untuk lebaran nanti
Sumber: Nadia Hanim Mohd Azimi
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Bintang Kecil:
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz