Kek Coklat Moist, Kacau-kacau Dengan Senduk Pun Jadi!

Share

Buat penggemar kek coklat pastinya bila terlihat kek coklat yang begitu lembut dan disalut pula dengan topping coklat, pasti tidak akan dilepaskan daripada menjamahnya.

Jadi tunggu apa lagi, apa kata kita sediakan kek coklat moist dengan cara yang cukup mudah yang dikongsikan oleh Nursyahirah Ibrahim ini. Bahan-bahan yang digunakan juga cukup ringkas.

Ini perkongsiannya.

Kami memang peminat kek coklat lebih dari kek jenis lain, jadinya bonda dah penah buat kek coklat moist banyak kali dan dah guna macam macam versi resepi.

Tapi resepi kali ni memang betul betul buat semua suka sangat sebab moist dia betul betul idaman, kami memang suka moist gini.

Dapat pula rasa koko yang betul koko bukan milo dan takde telur dalam ni. Tq kawan yang share resepi hehe Kawan tu sat g respon la tu.

Bahan pun senang je ni. Ira punya versi resepi ada edit sikit tak ikut sangat semua tapi memang menjadi.

Siapa sini peminat kek coklat juga?

Ok ira edit dah resepi sini ya.

Tak perlu guna mixer pun. Anak pun boleh buat ni kacau kacau dengan senduk je.

Moist Choc Cake Tanpa Telur

Bahan kering:
1 cawan tepung gandum ( ira ikut resepi kawan ni lebihkan dalam 1 sudu untuk tekstur yang tak over lembut, so bila potong tu lagi mudah cantik terbentuk tak pecah)
1/2 cawan serbuk koko
3/4 cawan gula halus
2 sb susu tepung
1 sk baking powder
1/2 sk sodium bikarbonat
1 sk garam

Bahan basah:
1 1/4 cawan air sejuk dari peti sejuk
1/2 cawan minyak masak
1 sk esen vanila
1 sk lemon atau cuka ( yang ni ira tak letak langsung)

Cara-cara:
1. Campur dan gaulkan semua bahan kering.
2. Masukkan bahan basah satu persatu dan gaul sebati.
3. Oles loyang dengan planta dan tuang adunan dalam loyang.
4. Bakar dalam oven pada suhu 170°c selama 50 minit. Siap!

Resepi credited to my friend bernama soul, souk, soil.

Topping atas tu campur 1/2 cawan susu pekat (room temperature) + 1/2 cawan minyak masak + 1/2 cawan serbuk koko. Kacau sebati dengan api kecil sampai likat and licin.

Selamat mencuba

Sumber : Nursyahirah Ibrahim Via MAHN