
Resepi Kek Butter Berkeju
Sllu npk Kek Butter lalu lrg … disbabkn tkak nak sgt mkn jdi ptg ni ada msa nak buat dan bhn pn smua ckp… asalNya rsepi ni tak ada prut cheddar cheese… ni sngja tmbah … msa bkar tu aduhhh btl2 wngi 1blik bking… rsa tak sbr tgu kek msak! Kek ni bkn kek butter yg jnis kering tu aaa … ni yg jnis lmbab… kmi sni pgil Kek B0doh klau Kek Butter yg kering tu mau ssah nak tlan hahaha… yg ni ckp lmbab dan snang nak tlan…
Nak try?










Selamat mencuba!
Sumber: Azie Kitchen via FransCisca FransCylia
Tak Perlu Masak Mahupun Bakar, Mudah Sangat Nak Buat Dessert Ni!

Tidak lengkap kiranya jika menikmati hidangan yang enak namun tidak disudahi dengan menu dessert atau menu pencuci mulut sebagai penutup.
Menyentuh tentang penyediaan menu pencuci mulut ini, diakui bukanlah juga sesuatu menu yang senang disediakan.
Pun begitu berbeza dengan menu yang satu ini. Walau tanpa perlu dimasak atau dibakar, menu yang enak akan tersedia untuk dinikmati.
Bolehlah disediakan selalu memandangkan sangat mudah disediakan malah bahan-bahan yang digunakan juga tidaklah rumit.
Jadi apa kata kita lihat dulu resipi yang dikongsikan oleh pemilik akaun facebook Harum Wangi ini.
Ujarnya, menu ini sangat mudah disediakan, tak perlu masak atau bakar. Tak terlalu manis.. Anak-anak pun mesti suka.
Jadi usah tunggu lagi jom sama-sama cuba sediakan menu ini untuk dinikmati bersama seisi keluarga.
Oreo Cream Cheese
Bahan:
250 gm cream cheese**
1/2 cawan Susu Segar**
1/2 cawan Susu pekat ( nak lagi Manis letak lebih)**
1½ pek Oreo ( keluarkan cream & blender halus)
½ pek lagi utk topping ( 1 keping saya ÷ 2)
Beberapa titia jus lemon @ esen lemon**
Cara:
1) Campurkan bahan bertanda ** & blender sebati.
2) Lapiskan cream cheese berselang seli dengan Oreo hancur tadi. Masing-masing 2 lapis.
Boleh letak topping Oreo keping Di atasnya. Simpan dlm peti sejuk. Lagi sejuk lagi sedap makan..jangan beku plak yew…
Selamat mencuba…
Sumber : Harum Wangi
Jom saksikan video menarik Cabaran Pegang Ular, Berani Ke? dari adik-adik BK kita ni.
Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?
ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!
LAGI ARTIKEL MENARIK :15 Minit Jaraknya, Anak Kembar Sepasang Ni Dilahirkan Lain Bulan & Lain Tahun!
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Lagi video menarik!
Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Bukan Je Mudah Buat, Rangup Dan Sedap Cekodok Manis Ni. Ini Resipinya

Sejak duduk di rumah, anak-anak tentu asyik ke dapur aje. Apa kata cuba resipi mudah ini iaitu cekodok manis.
Cara buat cepat dan bahan-bahan pun memang mudah.
Ikuti resipi cekodok manis ni.
bahan-bahan
1 pek mauripan
1 kg tepung gandum
5 cawan air
1 sudu teh garam
2 cwn gula
3 sudu susu pekat
1 biji telur
Cara-cara
Masukkan air dan mauripan kacau sebati.. Masukakn gula.. Kacau lg.. Msukkn susu, garam, telur n last tepung… Kacau adunan sehingga sebati.. (blh tmbh air jika kurang)
Rehatkan adunan 15minit…blh digoreng..
Tips: guna jari jemari untuk bulat-bulat jadi begini.
Sumber: Nurul Saadah Mustapha via Masak Apa Hari Ni
Nak cara mudah masak lihat di SINI
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
.
Mudahnya Nak Buat Jemput Jemput Nasi. Rangup Dan Sedap.

Apabila hari-hari menyediakan sarapan pagi untuk ahli keluarga tentu dah tak ada idea nak masak apa.
Namun, melalui perkongsian ni, boleh cuba resipi jemput-jemput berkhasiat ni. Menariknya salah satu bahanya menggunakan nasi. Patutlah rangup dan sedap. Boleh juga buat untuk minum petang.
JEMPUT-JEMPUT RANGUP LEMBUT
Bahan-bahan
Nasi
Ayam
Bawang besar( dipotong)
Daun sup( dipotong)
Cheese( diparut)
Minyak masak
Garam
Tepung gandum
Jika nak tambah benda lain macam kentang ke ikut suka pun boleh.
Cara membuatnya mudah jer
Ayam dan nasi dalam segenggam blend halus pastu campurkan sekali dengan bawang,carrot, cheese dan daun sup.Letak tepung gandum sikit. Masukkan garam gaul je macam nak buat cucur tu.
Panaskan minyak goreng bulat-bulat hingga garing.Dah garing toskan minyak dan siap untuk dimakan.Rangup diluar lembut didalam.
Selamat mencuba!
Kredit: kongsi rezeki masakan via pakar diari hati