Menghias kek sendiri untuk dijadikan hadiah istimewa di hari jadi anak-anak, mungkin ada antara kita kurang yakin untuk lakukannya. Apatah lagi jika tangan tidak berseni, lain hendak dihias lain pula jadinya.
Tetapi bila anda melihat perkongsian daripada Aleesya cakes ini, terasa begitu mudah pula untuk dibuat. Seakan sesiapa pun boleh lakukannya. Jom hadam teknik yang dipraktikkan ini.
Assalamualaikum dan selamat petang. Harini saya nak kongsi cara paling mudah nak sediakan kek harijadi untuk kesayangan awak. Cream atas kek guna teknik piping. Tak payah nak bagi rata sampai bucu tajam bagai.
Sebelum tu saya share resepi kek span vanilla dan buttercream yang paling mudah. Dan print siap-siap sekeping gambar kartun yang kita nak trace ikut saiz kek 8″.
Kek span vanilla ( loyang 8″)
Bahan A
150g gula custor
150g tepung kek(tepung superfine)
1sudu teh baking powder
1sudu besar ovellate
5bj telur grade A
80ml susu segar
Bahan B
80ml minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
Cara.
1. Panaskn oven 150°-180°C, ikut kebiasaan oven masing-masing.
2.Gris pada dasar loyang sahaja. Alas baking paper.
3.Pukul bahan A hingga kembang dan gebu. Matikan mixer. Masukkan minyak dan esen vanilla. Gaul secara kaup balik adunan menggunakan spatula.
4. Masukkan dalam loyang 8″ dan bakar selama 40-50minit bergantung pada oven masing-masing.
5. Untuk lebih mudah bahagikan adunan kepada 3 loyang saiz 8. Bakar selama 18-25minit.
Setelah masak keluarkan dari oven. Sisip tepi kek. Telangkupkan loyang pada redai kek. keluarkan kek dari loyang , dan terbalikkan semula kek dan biar sejuk.
Buttercream mudah
700g buttercup
300g shortening
370g gula icing
Bolehlah dihias mengikut gambar di bawah
step 1
Potong gambar ikut outline. Trace gambar atas kek.
Step 2 :
Gunting gambar ikut outline bahagian dalam dan trace atas kek. Tandakan kedudukan mata dan hidung.
Step 3 :
Bancuh buttercream dengan menggunakan pewarna oil based.
Step 4 :
Guna nozle bulat kecil untuk piping outline dengan buttercream warna hitam.
step 5
Saya suka guna nozzle star saiz kecil untuk piping keseluruhan kek.
Step 6
Boleh mulakan piping pada gambar dahulu. Mata dan hidung saya gunakan fondant. Boleh juga guna buttercream.
Step 7
Piping gambar yang ditrace mengikut warna yang sesuai.
Step 8
Setelah piping gambar. Piping outline luar gambar kemudian baru piping keseluruhan kek.
Step 9 :
Siap
sumber : Aleesya Cakes via MAHN