Kek Batik White Coffee, Confirm Sedap Rugi Tak Cuba!

Share

Resepi kek yang dikongsi Ika Junaidi di laman twitternya ini pasti akan menjadi kegemaran seisi keluarga, terutama penggemar coffee.

Lihatlah menu ini cukup menyelerakan buat kita tidak sabar pula untuk mencubanya.

Kek Batik White Coffee ini agak lain dari yang lain, hanya perlu disejukkan, mudah dan tidak perlu risau keadaan kek. Pasti jadi!

Bahan-bahan yang diperlukan

– 500g marie biscuit

– 1 Cup butter

– 1 Cup fresh milk

– 2 TBSP condensed milk

– 6 Sachet coffee 3 in 1

Cara Penyediaan: 

1.Cairkan mentega.

2.Masukkan susu segar dan susu pekat dan tunggu sehingga mendidih. Tutup api.

3.Masukkan kopi 3 in 1. Kacau rata, pastikan kopi tidak berketul-ketul.

4.Masukkan biskut marie dan letakkan ke dalam loyang.

5.Simpan dalam peti ais semalaman.

Sumber : @_ikajunaidi