Memang sedap dan mudah nak buat kek batik versi biskut ni. Patutlah ramai yang share.
Ikuti perkongsian puan Tuan Adriana Arissa cara membuat dan resepi kek batik viralnya ini. Selamat mencuba!
Ads
Ok ni resepi sekali lagi saya share mana yang baru nak buat or terlepas post sebelum ni.
Resepi Kek Batik Melting versi Biskut Lembut macam kek
Bahan kek batik
600g bskt marie (patah2kan)
200g butter
1 cawan milo
1 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan air masak
2 biji telur
Esen vanila
Ads
Bahan2 topping@ganache
100g milk compound
100g dark compound
(sis guna beryls)
200ml whipping cream
1 sdb butter
1 sudu besar golden syrup (optional)
1sdk hazelnut paste (tips nak bagi choc sedap mcm cadbury)
✅Double boil semua bahan topping atau nak senang masukkan dalam microwave. Ketepikan. Biarkan sejuk sekejap.
Ads
1. Masak butter smp cair, masak kek batik guna api kecik je ek. kemudian terus masukkan susu pekat. Kacau rata.
2. Masukkan pula milo dan serbuk koko. Kacau cepat2 tkt berketul.
3. Next masukkan telur, kacau dl bg rata dan baru masukkan air. Kacau sebati biar sekata.
4. Last skali masukkan biskut. Kacau rata bg smua bskt bersalut coklat.
Boleh tutup api.
5. Terus masukkan smua ke dalam loyang saiz 10inci (alas plastik bg bskt x melekat dan seng tarik keluar) dan tekan2 padat.
6. Tuang choc ganache melting dan simpan chiller selama 4jam atau lebih sebelum di potong.
7. Keluarkan kek dan biarkan suhu bilik sekejap bagi kek lembut sebelum senang untuk dipotong.
***Tips nak bagi potongan cantik. Pisau yang nak guna utk potong kek batik hendaklah dicelup air panas atau lap dengan tisu setiap kali nak potong. Barulah potongan cantik dan kemas. Tak comot. Nak makan pon sedap je kan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebut sahaja biskut kelapa tentu sudah ada yang mengimbau kenangan zaman kecil bila menikmati biskut yang enak ini di hari raya. Boleh dikatakan biskut kelapa menjadi antara menu biskut yang cukup digemari ramai. Lazimnya, biskut kelapa ini diterap dengan bentuk bulan sabit, bulat atau corak bunga sekali gus menjadikan biskut ini nampak unik dan tersendiri.
Pun begitu, biskut kelapa mungkin tidak lagi dikenali oleh generasi anak-anak masa kini dek kerana banyak pilihan biskut berasaskan coklat dan kekacang yang digemari oleh mereka.
Biar pun begitu, tidak dinafikan biskut kelapa ini masih ada peminatnya yang tersendiri dan untuk anda yang ingin mencuba untuk menyediakan sendiri boleh lah mencuba resipi yang dikongsikan oleh Yati Yati.
1. Gula + planta + telur kacau bagi sebati
2. Campurkan tepung gandum dan tepung jagung dan kelapa kering ..adun sampai sebati.. 3. Terap dengan bentuk yang disukai dan atasnya sapu kuning telur dan tabur kelapa kering yang diwarnakan.Bakar suhu 160 ikut oven masing2 ye.. Selama lebih kurang 20 minit
Cili kering dah belender dengan bawang putih dan bawang merah ambil dalam 2 senduk.
Tumiskan bersama minyak masukan garam,asam jawa,perasa dan gula dalam 2 senduk.
Tumis tumis sampai betul kering dan pekat. Baru masukn popia goreng. Kalau nak tahan lama lagu rangup masuk kan dalam oven bakar selama 20 minit suhu 170c
Selamat mencuba.
Kredit: Siti Mariam
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pastinya setiap ibu-ibu merancang menu harian untuk ahli keluarga. Selain membeli makanan, membuat sendiri makanan pastinya memberikan kepuasan kepada para ibu. Sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Nafsiah Sakmad cara membuat mee dengan cara yang mudah. Paling best,tak ada bahan pengawet. Jom ikuti cara membuatnya.
Teringin nak mkn mee goreng buat je lah, kedai jauh.Bahan-bahan ada dkt dapur. Bahan-bahan yang di gunakan. Semangkuk tepung gandum.Ikut berapa banyak yg kita nak.Semangkuk ni pun boleh dpt berat sekilo.sebiji telur.Garam untuk perasa.serbuk kunyit untuk pewarna.Naf tak gunakan air abu atau air kapur.Satu kan bahan2 tersebut lepas tu bancuh dgn air suam.Uli sampai jadi doh.Lepas tu bahagi2kan doh tu 5 atau 6 biji.Lepas tu canai guna mesin mee.Naf beli mesin kecik saja harga pun murah rm 40 beli 5 thn lepas.Rol kan sebiji2 doh tadi..klu koyak tabur kan tepung .Buat sampai tak koyak.Lepas tu rol bentuk mee.Bila dah siap semua…rebus mee dgn air panas.Bila dah timbul ertinya dah masak.Boleh angkat toskan.Basuh dengan air supaya kanji dkt mee tu hilang.Kemudian boleh goreng ikut citarasa kita semua.
Telur 1 biji, tepung semangkuk angaran 300 gm,air , kunyit sebagai pewarna dan garam.Satukan semua bahan2 di atasTuangkan air dan adun sampai jadi doh
Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.