Kek Batik Indulgence Cadbury Kurang Manis Mudah Buat Tanpa Oven.Hanya Sejukkan Dan Garenti Jadi!

Share

Kadang kala, bila datang mood teringin nak makan kek, tentu kita mencari resipi yang mudah nak buat. Bukan tak nak beli kek, tapi ada antara kita suka buat sendiri. Lebih mudah untuk adjust untuk kurangkan rasa manis kek.

Bukan itu aje, cara penyediaan kek yang mudah tentu jadi pilihan. Nak buat kek macam tu, apa kata ikut resipi ini. Rasa pun mewah macam kat kedai. Ikut resipi oleh Muhammad Ali hanya menggunakan peti ais untuk sejukkan kek tanpa perlu guna oven. Lebih menarik, kek batik juga tidak menggunakan milo sebagai antara bahannya. Tentu kurang manis. Menarik resipi ni! 

IKUTI PERKONGSIAN INI.

Atas permintaan ramai sgt yg nk resepi jadi sy kongsikan resepi dari ibu saya. Dia izinkan sy share kepada semua yg nk try buat kek batik ni. Ini CARA IBU SAYA yang tak nak manis manis sgt. Milo pum kita tak letak tau..pasainya dan pakai cadbury dah as topping. Zaman skrg ni tak helok manis2 sangat. Janji rasa dia balance kita makan pun rasa semua bahan2 nya. Serious tak menyesal . Lepas makan pun takde rasa sakit gigi sebab manis..just nice. Tapi perlukan

kesabaran yg tinggi sikit ja..tak banyak sikit je .
So sy share resepinya ya

Resepi Kek Batik Indulgence Cadbury inspirasi dari ibu Mr.Ali

Ada 3 lapisan
1- Kek batik
2- Cream Cheese
3- Toping Cadbury
.
1- Bahan-Bahan Kek Batik :
4 telur
200g buttercup/
kalau pakai marjerin jadikan 140 gram. Dia x sama dgn buttercup


300 g biskut merry
3 sudu serbuk coklat bancuh dengan air panas
2 sudu gula
4 sudu susu pekat
Secubit garam ( kalau pakai merjerin JANGAN TAMBAH GARAM)

Caranya:
Panaskan buttercup sampai cair, then masukkan semua bahan kecuali biskut…
Telur tu masukkan sambil gaul, dan gaul sampai pekat

Dah agak2 pekat, tutup api, baru masukkan biskut supaya rasa crunchy n x lemau

Gaulkan dan isi dalam bekas
Mampatkan. Dan isi dalam peti sejuk dalam 40 minit
.
2- Cheese cream
120g whipping cream
40 gram gula kastor
Setengah sudu essen vanilla
250g cream cheese

Masukkan bahan2 diatas kecuali whiping cream.
Pukul sampai rata dan baru masukkan whiping cream.
Tuang atas kek batik tadi.
Masukkan dalam peti sejuk. Biarkan sejuk dalam sejam
.
3- Toping Cadbury
120 g whiping cream
3 bar cadbury coklat ( hat ni kalau nk masukkan yg coklat masakan pun boleh. Tapi letak dalam 4 or 5 cube je coklat cadbury tu sbb tak nak bagi manis sgt.)


Beza tau cube dengan bar. Bar coklat tu satu baris coklat cadbury. Cube ni satu petak coklat cadbury tu ya..jangan tertuko
ataupun
200 gram dark chocolae
200 gram whipping cream
Double boil kan semua bahan2 di atas
Tuang atas cream cheese tadi
. Tinggalkan semalaman or 12 jam then boleh makan.

Selamat mencuba!

Sumber: Muhammad Ali to Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)