Kek batik adalah salah satu menu pencuci mulut yang cukup mudah disediakan. Tidak perlu dibakar. Kek ini dibuat dengans tep yang cukup simple.
Tak perlu ada alatan khusus seperti kek lain yang menggunakan mixer dan sebagainya. Semua bahan yang mudah dan ada di dapur ibu-ibu. Yang penting, rasanya pula penuh coklat, lemak dan lazat.
Bagi yang inginkan sedikit kelainan, bolehlah mencuba resepi daripada Puan Zaimah Zakaria
ini. Memang cukup menarik kerana menggunakan biskut jejari yang disusun rapi.Bahan-bahan yang diperlukan tak banyak berbeza dengan bahan untuk membuat kek batik biasa. Cuma, biskut Marie atau biskut keping ditukarkan dengan biskut jejari.
Jom cuba buat sendiri:
Sy buat kek batik guna biskut jejari tu.. ??
Bahan
1/2 tin susu pekat manis
2 cwn milo
1 ketul butter(250 gm)
2 bungkus biskut jejari
Cara membuat:
1. Pertama sekali, cairkan butter di dalam periuk.
2. Apabila dah cair, masukkan 1/2 tin susu pekat manis. Kacau sebati. Seterusnya, masukkan pula 2 cawan milo. Adunan ini akan dilapis-lapiskan pada biskut nanti.
3. Mula-mula, lapikkan plastik pada loyang. Kemudian, susun biskut selapis demi selapis. Ambil lebih kurang 1 senduk coklat dan lapiskan di antara lapisan biskut tersebut.
4. Apabila dah siap lapisan paling atas, taburkan apa-apa topping yang anda suka.
Saya gunakan almond nib. Kalau nak tabur lain-lain pun boleh, badam cincang, parutan keju, nestum, atau apa saja mengikut kreativiti.
5. Akhir sekali, sejukkan selama lebih kurang 4-5 jam sebelum dipotong.
Beginilah hasilnya apabila disusun dengan biskut jejari tadi. Memang cantik kejadiannya dan lain daripada yang kita biasa tengok.
Bagi yang tertanya-tanya macam mana rupa biskut jejari, boleh rujuk pada gambar di atas, (ada 2-4 batang yang disusun dalam pinggan bersama potongan kek batik.) Biskut jejari ini boleh dibeli secara timbang di kedai runcit atau ada juga yang dah siap dalam paket di pasaraya.
Selamat mencuba!
Sumber: Sirap Limau via Puan Zaimah Zakaria