Bangun awal pagi adalah sesuatu yang kadang-kadang ada yang merasakan terlalu susah sangat untuk dilakukan.
Bahkan bila dikejutkan pun berat sungguh untuk membuka mata. Bila diikutkan rasa malas, bimbang terlajak bangun dan terlepas pula untuk solat subuh.
Jadi sekiranya inilah yang sering terjadi pada pasangan, apa kata praktikan cara yang dikongsikan ini.
Yang paling susah di pagi hari, selain mengejutkan anak untuk ke sekolah, juga membangunkan pasangan untuk solat subuh.
Jadi, bagaimana kita nak kejutkan pasangan untuk supaya mudah bangun subuh?
Apa yang kita perlu buat jika pasangan tak nak bangun subuh?
Baik suami, atau isteri.
1. Ingatkan dan doakan pasangan masa nak tidur, yang kita nak bangun awal dan solat subuh berjemaah. Kalau suami lupa, isteri ingatkan. Kalau isteri lupa, suami juga ingatkan. Yang penting, niat pada diri masing-masing itu penting.
Ads
2. Jika kita bangun dulu, masa nak kejut pasangan baca bismillah. Sebutlah nama Allah supaya Allah bantu ringankan beban kita nak bangunkan pasangan.
Faham pasangan kita kadang letih, tidur lewat malam dan sebagainya. Jadi, bangun subuh juga perlu ada seribu satu kekuatan dan pastinya kekuatan itu juga dari Allah.
3. Jangan kejut pasangan dengan muka masam dan ayat-ayat sentap. “Awak ni suami apa yang tak reti bangun subuh!” Atau suami cakap dengan isteri “Bangunlah! Saya tak larat nak tanggung dosa awak!”.
Allahu. Tenang. Kalau pasangan tak nak juga bangun, kita bersiap dulu kemudian kejutkan lagi. Jangan putus asa nak bawa pasangan menuju Tuhan.
Ads
4. Sentuh kepala, kaki, tangan atau belai rambut pasangan masa kejut. Datangkan perasaan kasih dan sayangnya kita pada pasangan. Kita kejut subuh ni sebab kita tak nak Allah murka.
Kita tak nak pasangan kita masuk api neraka kerana tak solat. Sebab tu kita kesian dengan mereka. InsyaAllah, perasaan tu akan jatuh ke hati pasangan.
5. Sungguh, segala yang berlaku dalam rumahtangga adalah ujian buat kita. Kalau kita berjaya jadi orang yang baik, maka baikkan juga pasangan.
Bantu dia jadi baik macam kita. Doakan dia jadi baik juga macam kita. Jangan seorang menjadi baik, pasangan kita biar tunggang terbalik.
Ads
Buktikan cinta dalam rumahtangga bukan sekadar janji setia dan sehidup mati saja. Tapi dengan tangan dan hati yang takkan terlepas membawa dia menuju syurga.
Selamat berjuang buat suami isteri yang susah untuk bangun subuh.
Percayalah.
Kalau subuh pun susah untuk kita bangun, mampukah untuk menghadapi seribu satu ujian dalam mencari rezeki di pagi hari nanti?
Sumber : Abu Hurairah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Merebus telur umumnya semua antara kita tahu untuk memasaknya. Tidak ada apa pun yang susahnya, sekadar sediakan air seperiuk dan masukkan telur dan rebus hingga masak.
Pun begitu, dalam mudahnya merebus telur ini ada juga terasa lecehnya. Terutamanya bab perlu menunggu masa yang agak lama sehingga air mendidih. Lagi satu, masalahnya jika terlalu lama telur direbus, akan menyebabkan telur terlebih masak dan tidak cantik masaknya.
Malah lagi merisaukan, mungkin ada yang terlupa untuk memadam api dek kerana asyik pula membuat kerja lain di rumah hingga rebusan telur menjadi kering kontang pula. Mengundang bahaya pula!
Jadi ada baiknya kita ubah teknik merebus telur dari yang biasa-biasa kita buat tu dengan teknik yang lebih mudah dan selamat. Menariknya kaedah ini, telur dimasak menggunakan periuk nasi dan tanpa menggunakan air. Memang luar biasa!
Jom semak perkongsian daripada puan Su Ha ini.
CARA REBUS TELUR PALING MUDAH DAN HASILNYA CUKUP OHSEM
“Sejak pertama kali tengok orang post tentang masak telur guna periuk elektrik terus ummi su try..first time buat menjadi dan untuk hari-hari seterusnya memang tak pernah rebus telur guna air dah..guna cara ni lebih mudah dan periuk tak jadi hitam dan hasilnya dapat kuning telur yang wowww.. kuning yang cantik dan memang febret ummi su telur camni dan ada sedikit cair yang putih..tapi bukan masak separuh ok “
bahan-bahan yang diperlukan :
Tisu dapur
Telur
Periuk Nasi
Step 1 :
1# Ambik 1 helai tisu dapur untuk dapatkan telur seperti di atas or 2 tisu untuk telur rebus biasa..
Step 2
2# Basahkan tisu tadi dengan air dan letak di dalam periuk
Step 3
3# Basuh telur sebersih-bersihnya dan letak di atas tisu basah tadi
Step 4
4# Tekan suiz dan tunggu sehingga masak
Step 5
5# Tadaaa dah siap dan sedia untuk dimakan..ohsem ke sangat ohsem
Ps Telur ni ummi su nak wat sandwich round kedua.. Anak-anak suke sangat makan sandwich telur.
Nak cantik bukan mudah. Selain amalan gaya hidup sihat dan pengambilan makanan tambahan yang membantu untuk cantik, makananlah menjadi tunjang utama untuk kekal sihat sekaligus tampil cantik.
Sebagai wanita, memilih makanan yang tinggi khasiat amat membantu untuk kekal sihat sekaligus tampil cantik. Apa yang wanita perlu tahu, banyak makanan yang khusus untuk kecantikan dalaman wanita. Apakah jenis makanan itu?
Kapsikum Merah
Sebiji buah kapsikum merah mengandung 100 peratus keperluan vitamin C harian anda. Malah sayur ini juga mengandungi serat diet dan vitamin B6.
Coklat
Antioksidan dalam coklat menghilangkan masalah kulit kasar dan dikatakan mampu melindungi kulit daripada sinar matahari. Bukan itu sahaja, malahan koko dalam coklat juga buat arteri jadi lebih relaks.
Salmon
Bagi peminat ikan salmon, andalah wanita paling bertuah. Yang anda perlu tahu, ikan salmon kaya dengan lemak omega-3 yang membantu mengurangkan inflamasi, kedut dan juga masalah jerawat. Hebat bukan?
Minyak Kelapa
Minyak kelapa kaya dengan vitamin E yang dapat melembutkan kulit dan bebas jerawat. Jika anda penggemar minyak kelapa dara, cuba anda bayangkan kuasa hebatkan kepada kulit anda.
Teh Hijau
Teh hijau sememangnya sihat untuk tubuh. Mengapa? Kerana kandungan L-theanine yang terdapat di dalamnya membantu tubuh menjadi lebih relaks dan mengubati stress. Mulakan hari anda dengan secawan teh hijau panas sekarang.
Bayam
Sayur bayam memang banyak khasiatnya. Bagi aspek kecantikan, bayam yang tinggi antioksidan mampu melawan semua jenis masalah kulit. Jadi mengapa anda harus mengelakkan sayur ini? Menu bayam rebus atau ditumis dengan sedikit minyak sudah menjadikan ia berbaloi dan untuk nampak cantik.
Chia Seed
Chia seed mungkin baru diterima dalam masyarakat kita sedangkan makanan ini sudah lama diketahui akan khasiatnya. Lemak Omega-3 yang terdapat dalam flax seeds dan chia seeds sempurna untuk melawan kedutan dan jerawat.
Seleri
Seleri yang selalunya dimakan mentah bersama sos istimewa juga dijadikan bahan sampingan dalam sup sebenarnya banyak menfaat untuk kulit cantik. Ia mengandungi sodium dan potasium yang membantu kulit dari dehidrasi.
Betik
Buah tempatan ini usah dipandang remeh kerana fungsinya cukup besar untuk kulit yang cantik. Betik rendah fruktosa dan mengandung nutrisi antioksidan, kaya vitamin C dan E serta beta karoten, yang bagus untuk jerawat.
Lobak Merah
Selain baik untuk kesihatan mata, lobak yang kaya dengan vitamin A ini mampu mencegah produksi sel berlebihan dalam lapisan luar kulit. Mata cantik kulit pun tampil cantik. Jom amalkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Andai kita berbicara tentang wanita-wanita cantik dari pelbagai negara, tentunya salah satunya adalah wanita Korea. Ini memandangkan wanita Korea mempunyai kulit wajah yang putih, halus, bersih dan berseri, bentuk badan yang kurus dan sekali gus menampakkan kecantikan yang diimpikan oleh ramai wanita lain.
Agaknya apakah rutin penjagaan harian mereka hingga menjadikan majoriti wanita Korea sedemikian. Mengetahui hal ini, perkongsian di akaun fb milik Sakinah Omar sungguh bermanfaat memandangkan Sakinah pernah tinggal lama di negara itu.
Jom ketahui 10 rahsia itu dan ternyata kita boleh amalkan. Cuma yang terakhir dalam senarai tersebut, mungkin kita boleh tolak ketepi.
Cara-Cara Orang Korea Jaga Muka & Badan
Sepanjang menetap di Jeju, ada banyak perkara yg kina belajar dari orang korea. Antaranya ialah cara orang Korea jaga kulit & badan. Kalau anda dtg korea mesti perasan kulit diorang ni banyak yg putih, bersih, dan badan pun slim je kan?
Kina pernah tanya sendiri dengan kawan2 Korean cara diorg jaga kecantikan, so kat bawah ni kina list kan beberapa secret tips yg diorg bgtau dan hasil dari pemerhatian kina sendiri:
1) Penjagaan kulit yg wajib ada :
– pencuci muka (kina perasan ada yg cuci muka guna berus muka pobling tu, ni mmg sgt2 berkesan)
– toner
– moisturizer
Ketiga2 benda kat atas ni adalah benda asas yg setiap orang ada. Ada banyak lagi seperti serum, eye cream, night cream, essence etc.. tapi tiga2 di atas adalah yg paling basic. So kalau malas sangat nak ada cream banyak2, at least yg tiga tu mesti ada.
2) Peeling Gel
Ini roomate Korean kina sendiri yang bagitau. Peeling gel ni macam scrub yang exfoliate kulit2 mati & daki2. Wajib pakai sekurang2 nya seminggu sekali, paling afdhal 2 kali. Depends dengan jenis kulit juga, kalau jenis kulit kering pakai seminggu sekali je. Peeling gel untuk badan pun ada, sbb tu kalau tgk kulit badan diorg pun flawless dan licin. Dulu kina pernah jual peeling gel brand Nature Republic. Tapi sekarang dah stop sebab tak larat nak urus. Kalau anda nak cari boleh tengok kat setiap kedai cosmetic brand Korea, mesti ada Peeling gel ni. Kalau brand Nature Republic kina recommend Aqua Peeling.
3) Sunblock
Kalau kat Malaysia orang kita pakai time nak pergi tepi pantai je kan, tapi org Korea pakai HARI-HARI. Kina pernah berbual dengan beauty consultant yg bekerja dengan It’s Skin dan dia sangat menekankan pemakaian sunblock ni. Tak pakai makeup takpa, asalkan pakai Sunblock. Bukan setakat muka, tangan pun sapu. Bila tak pakai sunblock kulit akan mudah kadi kusam, tumbuh bintik2 jeragat, jerawat, sunburn etc. Bagi org Korea sunblock ni benda basic juga dan tersangat2 lah penting.
4) Tidak makan makanan yg berminyak, tidak bergula, dan jumlah garam yg minimum
Kalau tengok menu makanan Korea, sangat jarang jumpa yang berminyak & manis. Banyak yang dibakar atau direbus je. Sebab tu kulit diorang terjaga dari dalam lagi, dan ini juga rahsia kenapa orang korea slim2.
5) Banyak makan sayur
Kalau sesiapa yg pernah pergi Korea mesti tau pasal ni, menu makanan diorg biasanya 1 mangkuk nasi + 1 main dish (ikan/ayam/sotong) + 6 jenis sayur. Dah la main dish tak berminyak, sayur pula 6-8 jenis. Rasanya semua orang tahu pasal kelebihan2 sayur ni dan tak perlu explain lagi.
6) Banyak bersukan
Waktu kina masih tinggal di dorm universiti, dorm tersebut memang sediakan bilik gym. Dan setiap hari gym tu mesti penuh. Kina perhatikan dalam bilik gym tu bukannya diorang setakat main gym je, ada yang buat yoga, dan ada yg buat zumba. Yang ini kalau di universiti, kalau di luar pula lain ceritanya. Kina pernah jadi private tutor english kepada 2 org veteran korea (umur dh 50 ke atas). Diorg kata, setiap weekend diorg pergi hiking gunung Hallasan gunung tertinggi Korea tu. Umur dah 50+ ok dan badan diorg mmg slim, kulit pun tegang mcm baru 45+. Kina sendiri pernah panjat Hallasan tu sekali je ? So apa kata kita rakyat Malaysia ni dari spend weekend tengok wayang atau window shopping, cuba tukar aktiviti pergi bersukan pulak.. takkan nak kalah dengan makcik2 kat Korea ni kan.
7) Pakai Face Mask 2kali seminggu
Kawan2 Korean kina kat dorm dulu memang rajin sangat la pakai face mask ni, dan siapa yg pernah sampai korea mesti tau betapa banyaknya face mask dijual kat kedai sampai pening taktau nak beli yg mana. Mask ni sangatt membantu untuk lembutkan & buat kulit rasa refresh. Kina perhati kawan2 yg rajin pakai mask kan, kulit diorg licin jenis berkilat tu. Sangat glowing. Kalau anda tak mampu beli face mask Korea, buat face mask sendiri pun boleh. Kina selalu pakai telur je. Asingkan telur putih & telur kuning. Pakai telur putih dulu kat muka, lepas telur tu dah mengeras, bilas dengan air. Lepastu sapu telur kuning pulak. Paling best bila perah lemon / limau kat telur tu. Buat 2kali seminggu.
8) Makan seaweed
Seaweed dalam makanan Korea ni dah macam wajib ada. Ada seaweed yg dah diproses, ada juga seaweed fresh yg dimasak sup. Seaweed ni mengandungi banyak collagen yg sangat bagus untuk kulit. Dan org Korea selalu guna seaweed dalam masakan diorg. Siapa pernah makan seaweed sup? Sedap kan? Favourite kina tu.
9) Tauhu
Orang Korea juga sangat banyak makan tauhu, sama juga mcm seaweed, tauhu pun ada banyak khasiat untuk kulit. Kina pernah pergi visit rumah kawan Korea dan dia serve tauhu mentah + kimchi.. mula2 pelik tp bila makan sedap! Tauhu tu diorg makan colet dengan Kimchi mcm makan kopok lekor cicah sos hihihi
10) Kosmetik surgey
Of course, ni tak boleh disangkal lagi. Tapi surgery ni diorg buat untuk betulkan mata, hidung, rahang muka etc.. untuk penjagaan kulit & dalaman adalah semua yg dah disenaraikan kat atas tu
So boleh dirumuskan kat sini, orang Korea banyak jaga kesihatan dan kecantikan dari dalaman lagi, pemakanan, aktiviti sukan etc. Lupa nak mention, mereka sangat menjaga kesihatan sebab health care kat sini sangat2 la mahal. Jadi seboleh2 nya mereka elakkan dari jatuh sakit dan masuk hospital.. sebabtu kalau kat Jeju ni nenek2 umur 70-90 tahun masih boleh diving dalam laut sedalam 20meter. Dahsyat kan?
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...