Bila dah meningkat dewasa ni, barulah kita sendiri tahu susahnya nak mencari duit. Waktu itulah baru kita terkenangkan bagaimana ibu bapa kita nak memenuhi segala kemahuan dan keperluan kita anak-anaknya ini sedari kecil.
Jadi, bila dah ada kerja, inilah masanya untuk kita membahagiakan mereka pula dengan menghulurkan sedikit dari gaji kita untuk menyenangkan mereka.
Misalnya seperti yang ingin dilakukan oleh seorang wanita ini yang berhasrat untuk memberikan sedikit dari gajinya untuk ibu tersayang. Tetapi hampa apabila niatnya itu tidak kesampaian gara-gara tersalah melakukan transaksi wang kepada orang lain.
Tersalah ‘transfer’ ke akaun orang lain
Kisah itu diceritakan sendiri oleh gadis tersebut dalam sebuah video di laman Tiktoknya, Fahadi Bistari. Menurutnya, dia berniat mahu membuat kejutan dengan berkongsi hasil gaji pertamanya bersama ibu tersayang. Namun siapa sangka, disebabkan tidak menyemak butiran penerima terlebih dahulu, dia akhirnya tersilap memindahkan wang tersebut ke akaun milik orang lain.
Hari ni dapat gaji pertama. Tak banyak mana lah kan, baru beberapa hari kerja. Lepas tu aku bank in lah dekat mak aku. Nak jadi cerita, tersalah bank in dekat orang lain.
Dia mula menyedari kesilapannya itu selepas menghantar resit pemindahan wang kepada ibunya. Si ibu mendakwa tidak menerima sebarang wang seperti yang diberitahu anaknya itu. Selepas menyemak butiran, ternyata dia tersalah memindahkan wang tersebut ke akaun bank orang lain, yang merupakan milik individu yang pernah berurusan dengan keluarganya sebelum ini.
Lepas tu mak pun bagi la nombor telefon pemilik akaun tu. Dah hubungi dia tapi tak dapat respon. Dia cakap, kak sedekah je lah dapat pahala. Aku bukan tak nak sedekah, tapi gaji aku sikit je dan memang niat nak bagi mak. Walaupun sikit, tapi banyak sebab aku percaya kalau bagi mak, nanti aku akan dapat lebih lagi.
Dalam kesempatan itu, Fahada berharap agar wang tersebut dapat dikembalikan semula. Fahada menganggap apa yang terjadi ini adalah ujian diberikan Allah SWT kepadanya. Bukan itu sahaja, ianya juga boleh dijadikan pengajaran kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati sewaktu membuat transaksi bank.
@fahadabistari Filter ni real kan #deechoqofahada #deechoqokedah #fahadabistari #fahadatalks #deechoqoshahalam #renfahada ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline
Meninjau di ruangan komen, ramai terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh individu yang Fahada tersilap transfer duit itu. Malah ada yang berhasrat untuk ganti semula duit yang gadis ini tersilap transfer ke akaunnya semula.
Sumber : @fahadabistari
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini