Besar pengorbanan seseorang yang perlu berjauhan dengan ahli keluarga demi melanjutkan pelajaran atau bekerja. Kesayuan menanggung rindu di negara orang itu lebih terasa apabila menjelang hari perayaan atau hari-hari istimewa dalam hidup untuk disambut bersama.
Itulah yang dirasai oleh anak sulung pasangan selebriti, Johan dan Ozlynn yang duduk diperantauan demi melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Dublin, Ireland.
Namun siapa sangka, rindu yang mendalam itu terbalas apabila mama dan papa kepada Ahmad Ariq Hanania datang memberi kejutan kononnya terdapat rakan mereka ingin bertemu dengannya sebelum kedua-duanya muncul di depan mata anak sulung kesayangan mereka itu.
Kejutan yang dibuat itu dimuat naik di laman Instagram milik pasangan itu bertukar sebak di saat Ariq memeluk lama Johan melepaskan kerinduannya, kemudiannya memeluk mamanya pula.
“Selagi ada kita hargailah pinjaman paling berharga dariNya.. surprise utk abg Ariq menjadi… papa, mama n adik2 Hanania ❤️ u.. 🥹🥹😢😢😭😭😭😭😭” tulisnya di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata dari kalangan selebriti dan pengikutnya yang lain meluahkan rasa sebak menonton video yang dimuat naik pasangan ini. Malah, ada juga beranggapan inilah bukti kasih ayah dan ibunya yang sanggup berkorban apa sahaja.
Sumber : Instagram Jozlynnhanania