Kejutan Hadiah Hari Jadi Isteri, Suami Sorok Gelang Emas Dalam Shell Out. Sweet!

Share

Bahagia dalam rumahtangga itu adalah idaman semua pasangan suami isteri. Jika suami tahu menghargai isteri, sudah tentu makin kukuh harmoni keluarga itu.

Pelbagai cara untuk menghargai pasangan. Salah satunya yang mencuit hati dan tular di media sosial gelagat sweet seorang suami yang membuat kejutan hadiah hari jadi buat isteri tersayang.

Suami bukan sahaja memasak hidangan istimewa , Shell out tetapi menyorok hadiah gelang emas dalam menu berkenaan.

Kreatif! Tapi sweet.

Ikuti perkongsian ini bagaimana idea ini tercetus.

Utk insan yg tersayang Abah bagi PASIR je… PULUT DAKAP mahal sgt

ABAH: Acu… ibu mana?

ACU: Dalam bilik… sedapnya bau, Abah masak apa?
ABAH: Shell Out…
ACU: Tak bau macam yg Abah buat dulu…
ABAH: Ha ah… dulu perasa kari, yg ni perasa AGLIO OLIO tapi Abah tak tahu jadi ke edok…
ACU: Abah bersungguh- sunguh ni kenapa?
ABAH: Kan hari ni harijadi Ibu.
ACU: Tadikan Abah dah hantar bunga dgn kek kat sek. Terkejut Ibu.
ABAH: Ya ke Ibu terkejut? Malam ni Abah nak kejutkan lagi… Abah nak bagi hadiah ni kat Ibu.


ACU: Hu yoo… gelang emas!!! Abah letak je dlm shell out tu. Bila dah habis makan, mesti ibu jumpa…
ABAH: Pandai Acu…
ACU: Anak bapak…
ABAH: 😅😅

DOA DAN PUJIAN NETIZEN

Selain itu, turut di kongsi cara membuat shell out.

RESIPI SHELL OUT

Bahan mentah utk resepi Abah kali ni.
Ketam, udang dan fish ball Abah rebus dulu.
Tumis bawang putih dan bawang holland dulu baru masukkan sotong.
Bahan utama utk perasa.
Masukkan semua bahan yg direbus dan ditambah serbuk lada hitam.
Akhir sekali masukkan lada benggala.
Kali ni tak mkn dgn nasi. Makan dgn spaghetti

Wow menarik menu shell ini. Ringkas dan mudah nak buat.

Selamat mencuba!

Sumber: Adnan Bin Mat Abu via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club