
Bahagia dalam rumahtangga itu adalah idaman semua pasangan suami isteri. Jika suami tahu menghargai isteri, sudah tentu makin kukuh harmoni keluarga itu.
Pelbagai cara untuk menghargai pasangan. Salah satunya yang mencuit hati dan tular di media sosial gelagat sweet seorang suami yang membuat kejutan hadiah hari jadi buat isteri tersayang.
Suami bukan sahaja memasak hidangan istimewa , Shell out tetapi menyorok hadiah gelang emas dalam menu berkenaan.
Kreatif! Tapi sweet.
Ikuti perkongsian ini bagaimana idea ini tercetus.

ABAH: Acu… ibu mana?
ACU: Dalam bilik… sedapnya bau, Abah masak apa?
ABAH: Shell Out…
ACU: Tak bau macam yg Abah buat dulu…
ABAH: Ha ah… dulu perasa kari, yg ni perasa AGLIO OLIO tapi Abah tak tahu jadi ke edok…
ACU: Abah bersungguh- sunguh ni kenapa?
ABAH: Kan hari ni harijadi Ibu.
ACU: Tadikan Abah dah hantar bunga dgn kek kat sek. Terkejut Ibu.
ABAH: Ya ke Ibu terkejut? Malam ni Abah nak kejutkan lagi… Abah nak bagi hadiah ni kat Ibu.
ACU: Hu yoo… gelang emas!!! Abah letak je dlm shell out tu. Bila dah habis makan, mesti ibu jumpa…
ABAH: Pandai Acu…
ACU: Anak bapak…
ABAH: 😅😅
DOA DAN PUJIAN NETIZEN
Selain itu, turut di kongsi cara membuat shell out.
RESIPI SHELL OUT







Wow menarik menu shell ini. Ringkas dan mudah nak buat.
Selamat mencuba!
Sumber: Adnan Bin Mat Abu via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Rezeki Melimpah Ruah, Dapat Pergi Umrah. Bila Wanita Ini Bersedekah RM14 Tapi Dibalas RM14,290!

Rahsia sedekah, membawa rezeki melimpah ruah buat wanita ini. Nyata segalanya ketentuan Ilahi. Tidak menyangka niat ikhlas sedekah hanya RM14, telah menjemput rezeki berlipat kali ganda.
Nyata, rezeki tidak salah alamat buat wanita ini. Ikuti perkongsian Nurull Azliza Nordin ini. Moga kita pun dimurahkan rezeki sepertinya.







Niat Tambah Anak Tahun Ni, Fikirkan Lima Perkara Ni Dulu!

Mak ayah mana yang tidak mahu menambah zuriat. Seronok rasanya bila rumah meriah dengan anak-anak ditambah bila memikirkan anak-anak menjadi tiket pahala apabila besar nanti.
Soalkan adakah mak ayah sudah bersedia untuk menambah anak? Sebenarnya ada beberapa perkara perlu difikirkan sebelum membuat keputusan menambah jumlah anak.
Banyak perkara perlu dinilai sebelum sebarang keputusan diambil seperti usia anda dan anak sulung (jika merancang untuk anak kedua) dan keadaan kewangan.
1. Pendapat pasangan sebelum mengandung lagi
Anda dan pasangan perlu mempunyai pandangan yang sama mengenai isu menambah zuriat ini. Mungkin anda mahukan 2 orang anak, tetapi pasangan sebaliknya.
Sekiranya pasangan masih tidak bersedia, apa kata beri mereka sedikit masa.
2. Soal bajet dan kewangan
Menjadi kewajipan untuk setiap ibu bapa memberikan kehidupan yang stabil dan selamat kepada anak-anak.
Jika keadaan kewangan semasa tidak mengizinkan untuk menambah bilangan ahli keluarga, tahan keinginan anda buat sementara. Kos untuk membesarkan anak semakin meningkat saban tahun.
Anda perlu menilai kos dan sekiranya mampu untuk menyediakan kehidupan yang selesa dengan pertambahan anak lain, teruskanlah perancangan tersebut.
3. Anak sulung bersedia?
Sekiranya si sulung masih terlalu kecil serta memerlukan perhatian dan bantuan sepanjang masa, keadaan tersebut pastinya akan menimbulkan sedikit kesukaran untuk anda menguruskan anak yang lain.
Umumnya, jurang ideal antara dua orang anak adalah 3 tahun, tetapi dalam beberapa kes, walaupun jaraknya 7 tahun, ia masih tidak mencukupi.
Anak mungkin berasa teruja untuk mengetahui mereka bakal mempunyai adik atau rasa dikhianati. Jadi amat penting untuk memastikan anak sulung anda bersedia dengan kehadiran adiknya.
4. Kuantiti bilik dan rumah besar?
Menambah bilangan ahli keluarga bermakna anda perlu menyediakan ruang untuk mereka juga. Perhatikan jika keadaan rumah memerlukan sebarang perubahan atau perlu berpindah.
Sekiranya mempunyai bajet yang mencukupi untuk menyediakan ruang buat anak baharu, teruskan perancangan anak. Jangan dek kerana anak baharu, anak-anak yang semakin membesar hilang hak dan keperluan dalam rumah. Pastikan cukup bilik untuk anak-anak membesar dengan baik.
5. Bersedia rutin semula
Sekian lama ‘berehat’ paling penting pastikan anda bersedia dengan rutin menjaga bayi semula seperti berjaga malam, menyusukan anak dan menguruskan bayi sekali lagi. Jika anda bersedia dengan cabaran ini, teruskan sahaja niat anda dan suami!
“Jangan Salahkan Takdir Dan Guna Alasan Agama“ – Isteri Caprice ‘Sound’ Lelaki Curang

Isu poligami sememangnya adalah isu yang sangat sensitif dan objektif kerana lain orang, lain pandangannya dan penerimaan mengenai isu ini.
Namun sejak kebelakang ini, isu ini menjadi lebih sensitif apabila terpalit dengan isu yang tular membabitkan rumah tangga pengarah dan pelakon terkenal. Di media sosial, ramai yang menjadikan isu ini sebagai content.
Tidak terkecuali isteri kepada penyanyi rap Caprice, Farra Inalis turut memberi pendapat peribadinya di akaun Instagram miliknya baru-baru ini. Farra yang tenang menyuarakan pendapatnya mengenai perkara ini telah mendapat pelbagai komen yang menyokong pendapatnya.
Salah satu pendapat yang berani disuarakan adalah apabila Farra memohon kepada kaum lelaki yang bergelar suami untuk tidak menggunakan agama sebagai alasan untuk berpoligami jika hak isteri masih belum sempurna ditunaikan.
“Please, please, please wahai lelaki diluar sana, tolonglah sedar diri sikit. Jangan kau bagi alasan sebab kau nak ikut jejak Nabi sedangkan nafkah isteri kau tak ikut sunnah.
[TRENDING] ‘Dia Ditinggalkan Terkapai-kapai Menguruskan Anak-anak Yang Sedang Membesar. Adilkan Semua Ini?
[TIP MASAK] Hanya 15 Minit, Daging Liat Dapat Dilembutkan
“Kalau Nabi tu dia berlaku adil kepada isteri-isteri tak apa. Kalau kau betul-betul layak, kau mampu kau buatlah.
Tapi, kalau setakat nak bagitahu dekat bini pertama pun kau takut, kau tipu dia selama bertahun-tahun… agak-agaklah, bini mana yang tak gila, tak maki,” luahnya.
Tambahnya lagi, seseorang itu tidak perlu untuk menyalahkan takdir atas kesalahan diri kerana baginya berlaku curang itu adalah pilihan sendiri.
“Bagi aku, kau jangan salahkan takdir. Tak payah cakap ini takdir Allah kerana curang itu adalah pilihan. Engkau yang nak curang.
“Satu lagi, si penyondol kalau kau tak buka hati dekat si penyondol benda itu takkan jadi. So, masalah sekarang ini masalah lelaki dengan perempuan ini memang bermasalah. Memang dua-dua bodoh,” tutur Farra.
Tegasnya, dia bukanlah jenis seorang yang gemar untuk memberikan komen mengenai isu yang hangat berlaku tetapi berasa terpanggil apabila isu yang sama tular di semua laman sosial.
Ada betulnya pendapat Farra ini kerana memang ramai lelaki yang tidak mampu namun menjadikan pelbagai alasan berkaitan takdir dan agama sebagai alasan yang kuat untuk menyokong tindakan poligami mereka itu.
[MESTI BACA]
- Bantal Kepam Kini Seperti Baru. Guna 3 Bahan Ini Sahaja
- Berkat Kesabaran Berhadapan Dengan Suami Panas Baran, Lisdawati Kini Bersyukur Suami Lebih ‘Cool’
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club