“Kejut Isteri Dan Anak-Anak Bersahur. Kerana Sahur Itu Berkat.”-Ustaz Ebit Lew

Share

Indahnya bulan Ramadan membuatkan kita tidak sabar menyambutnya esok. Begitu juga dengan penceramah terkenal,Ebit Lew menerusi perkongsian beliau terbarunya di instagram, melahirkan rasa syukur dapat menyambut Ramadan bersama keluarganya.

Lebih manis apabila, rakaman video ini beliau turut menitipkank kata-kata inspirasi buat pedoman kita meraikan bulan Ramadan.

“Saya bisik pada bidadari saya sambil pegang tangannya.. Selamat menyambut Ramadhan bidadari sayangku. Terima kaseh tau sebab sentiasa doakan abang. Syukur tak sabar malam ni dah tarawih.
“Tibalah saat Allah nak beri kita hadiah tak berhenti-henti. Baiknya Allah..maha baik.. Dah terasa sejuk dan tenang Ramadhan. Ya Allah terima kaseh.
“Bidadari saya sebak..dia kata terima kaseh abang sayang dan bimbing saya selama ini…dia cium tangan..sebak rasa..kita cuma orang biasa dan bukan sesiapa tapi dia pilih kita lagi..untuk bersama dalam bulan Ramadhan. Kenal dan sebut namaNya
“Peluk cium anak-anak. Selamat menyambut bulan yang dinantikan anak-anak ayah..anak mencelah ayah. Bestnya kalau kita lapar kerana Allah. Sebab Allah sangat baikkan ayah? Dia bagi semua. Bestnya kita dapat belajar sayang pada orang miskin dan anak yatim
“Teringat Nabi saw lapar dan susah demi agama sampai pada kita..bestnya dapat buka puasa ramai-ramai.. Ya Allah….Malam Ramadhan saat pintu langit dibuka. Doa dimakbulkan oleh Allah. Pintu syurga dibuka. Pintu neraka ditutup. Syaitan diikat. Kita semua ingin diampunkan oleh Allah. Rezeki orang beriman bertambah.terimaKasehAllah
“Doa kita makbul…Doa itu ajaib.. 2 waktu jangan terlepas berdoa.
Kejut isteri dan anak-anak bersahur. Kerana sahur itu berkat,” tulisnya.
Moga perkongsian ini menjadi panduan bersama untuk mendapat berkat.