Indahnya bulan Ramadan membuatkan kita tidak sabar menyambutnya esok. Begitu juga dengan penceramah terkenal,Ebit Lew menerusi perkongsian beliau terbarunya di instagram, melahirkan rasa syukur dapat menyambut Ramadan bersama keluarganya.
Lebih manis apabila, rakaman video ini beliau turut menitipkank kata-kata inspirasi buat pedoman kita meraikan bulan Ramadan.
“Saya bisik pada bidadari saya sambil pegang tangannya.. Selamat menyambut Ramadhan bidadari sayangku. Terima kaseh tau sebab sentiasa doakan abang. Syukur tak sabar malam ni dah tarawih.
“Tibalah saat Allah nak beri kita hadiah tak berhenti-henti. Baiknya Allah..maha baik.. Dah terasa sejuk dan tenang Ramadhan. Ya Allah terima kaseh.
“Bidadari saya sebak..dia kata terima kaseh abang sayang dan bimbing saya selama ini…dia cium tangan..sebak rasa..kita cuma orang biasa dan bukan sesiapa tapi dia pilih kita lagi..untuk bersama dalam bulan Ramadhan. Kenal dan sebut namaNya
“Peluk cium anak-anak. Selamat menyambut bulan yang dinantikan anak-anak ayah..anak mencelah ayah. Bestnya kalau kita lapar kerana Allah. Sebab Allah sangat baikkan ayah? Dia bagi semua. Bestnya kita dapat belajar sayang pada orang miskin dan anak yatim
“Teringat Nabi saw lapar dan susah demi agama sampai pada kita..bestnya dapat buka puasa ramai-ramai.. Ya Allah….Malam Ramadhan saat pintu langit dibuka. Doa dimakbulkan oleh Allah. Pintu syurga dibuka. Pintu neraka ditutup. Syaitan diikat. Kita semua ingin diampunkan oleh Allah. Rezeki orang beriman bertambah.terimaKasehAllah
“Doa kita makbul…Doa itu ajaib.. 2 waktu jangan terlepas berdoa.
Kejut isteri dan anak-anak bersahur. Kerana sahur itu berkat,” tulisnya.
Moga perkongsian ini menjadi panduan bersama untuk mendapat berkat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Membesarkan anak di zaman moden masa kini banyak cabarannya termasuk bab keselamatan anak.
Terlalu banyak berita yang kita dengar melibatkan keselamatan anak seperti penculikan dan gangguan seksual. Sebagai ibu bapa sudah tentu rasa bimbang sentiasa menghantui diri memikirkan keselamatan anak-anak.
Usahawan butik muslimah, Aisyah Hijanah berkongsi satu video gelagat anak sulungnya, Khadeejah yang diajar tentang cara untuk mempertahankan diri sekiranya ada orang asing cuba menyentuh bahagian sulitnya.
Menurut ibu kepada sepasang cahaya mata ini disebabkan situasi zaman sekarang yang banyak mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai risiko penjenayah seperti penculikan maka wajib ibu bapa untuk melatih anak-anak untuk tahu bercakap “TIDAK” dan pertahanan diri pada situasi yang bahaya.
“Kita kena ajar mana bahagian sulit anak, mana yang boleh pegang dan tak boleh pegang dan siapa orang yang dibenarkan pegang mana-mana bahagian sensitif di tubuh anak.”
Since sekarang ni musim orang culik budak, that’s why kita kena train kids to be stern saying “NO” & self defense. Ajar mana private part, mana yang boleh pegang & tak boleh pegang
Walaupun anak masih kecil, ibu bapa kena sentiasa ingatkan dan bercakap tegas dengan anak supaya mereka faham sentuhan selamat dan tidak selamat itu perkara yang serius supaya mereka sentiasa berhati-hati sampailah mereka dewasa.
Eventhough pak cik atau family sekalipun, they have to know which part is sensitive. Bukan semua part boleh di sentuh. Ajar anak tegas daripada kecik supaya bila besar tak mudah orang boleh sentuh dia
“Luculah Jawapan Khadeejah”
Bagaimanapun gelagat Khadeejah yang memberikan jawapan “acehh” (terima kasih) apabila Aisyah bertanyakan soalan jika ada orang nak pegang bahagian sulitnya menarik perhatian wargamaya yang menonton video tersebut.
Lumrah gelagat kanak-kanak yang suka bermain dalam semua hal, jawapan Khadeejah sememangnya membuatkan ramai terhibur.
Bagaimanapun walau kelihatan seperti tidak faham dan ‘main-main’ tetapi jangan memandang remeh pada apa yang diajari oleh ibunya dan kesan jangka masa panjang pada si kecil.
Mengikut pakar perkembangan kanak-kanak, biasanya kanak-kanak mudah menyerap apa sahaja yang selalu diajar dan diperhatikan walaupun secara semula jadi mereka gemar bermain.
Maka menjadi kewajipan ibu bapa untuk sentiasa berpesan dan mengajar anak tentang kepentingan menjaga keselamatan diri sejak mereka kecil lagi.
Ramai yang tak sedar akan kurniaan rezeki dari Allah melalui rezeki isteri dan anak-anak. Alhamdulillah, syukur tapi yang sedihnya bila sudah dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, dah senang kata orang ada suami yang lupa diri, rasa bangga, rasa hebat dan rasa yang macam-macam.
Hingga lupa isteri dan anak-anak yang selama ini, yang menjadi pemangkin rezeki. Mula pasang angan-angan tinggi, akhirnya kecundang di tengah jalan. Keluarga yang bahagia jadi huru hara, bisness makin tak menjadi, hidup yang bercelaru, silaturrahim putus. Semuanya gara-gara sikap suami itu sendiri.
Hadamkan perkongsian dari saudara Firdaus Shakirin buat pedoman dalam melayari alam rumah tangga. Buat suami di luar sana, semoga tidak berkira dengan anak isteri. Kerana merekalah punca rezeki kita.
Gambar sekadar hiasan
Tak ramai suami yang sedar…
Hidup kita jadi senang sebab kita menumpang rezeki isteri dan anak-anak…
Benda ni terjadi kat diri sendiri, kisah benar…waktu isteri nak bersalin anak sulung, saya skip ansuran kereta sebulan sbb duit tu nak guna untuk bayaran bil hospital, keperluan berpantang, duit orang mengurut dan beli barang2 untuk anak…bulan kedua, saya call bank tanya berapa saya perlu bayar sebab saya dah miss 1 bulan punya payment…bank kata, akaun pinjaman saya dah ada advance 3 bulan, dibayar melalui CDM di Selangor…
Gambar sekadar hiasan
Saya cakap, saya takde adik beradik atau kawan yang tinggal di Selangor dan saya tak pulak suruh sapa2 di Selangor bayar…pegawai tu cakap, dibayar secara deposit ke akaun pinjaman saya, dan dia kata sukar nak trace sapa yang buat pembayaran sebab bayar di mesin…
Saya keluarkan sebulan nilai pinjaman ansuran kereta untuk kegunaan isteri bersalin, berpantang, Allah s.w.t balas 3 kali ganda nilai tu dari unknown hamba-Nya…smpai sekarang saya masih tak tahu, siapa yang bankin duit tu dalam akaun pinjaman saya dan takde orang pun yang datang tuntut kat bank jika dia tersilap bankin…
Itu rezeki isteri…
Manakala rezeki anak2 pulak, masa anak sulung, dapat tukar keje dengan kenaikan gaji 400…anak kedua, kenaikan gaji 550…dan anak ketiga, kenaikan gaji 800…benda yang kita tak sangka, kita cuma usaha dan tawakal…kemudian Allah bagi…saya tak cari keje masa tu, tapi keje yanag cari saya…satu2 perkara yang boleh dikatakan ‘ajaib’ terjadi kat saya…daripada pening memikirkan macam mana nak hidup dengan gaji yang sama tapi bilangan anak semakin bertambah, namun Allah s.w.t menjawabnya dengan cara yang lain…DIA bagi rezeki kepada saya untuk setiap anak yang dilahirkan…
Gambar sekadar hiasan
Bila dah dimurahkan rezeki macam ni, bila dah dipermudahkan urusan macam ni, maka kena pulangkan atau ‘membayar’ semula kepada mereka…guna apa yang Allah dah bagi kat kita tu, kepada isteri dan anak2 sebab tanpa mereka, mungkin kita takkan ada apa yang kita dah ada hari ini…
Nota kaki : Mungkin ada juga kisah-kisah ‘ajaib’ yang lain yang terjadi apad para suami diluar sana asbab baik terhadap isteri dan anak-anak…
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Risaukan apabila anak demam lebih tiga hari. Apabila bagi ubat demam, masih tidak kebah demamnya. Jangan ambil mudah mengenai ini, hanya dengan memberi ubat demam sahaja. Sebagai ibu bapa, kita mahukan yang terbaik untuk setiap anak–anak terutamanya kesihatan mereka. Jalan terbaik adalah segera membawa anaka berjumpa doktor.
Ikuti nasihat Dr Ezairy M.Sallih, Doktor Otorinolaringologi (ENT) moga menjadi panduan bersama supaya ibu bapa memantau kesihatan anak-anak.
📍Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa. Ada pelbagai hadiah menarik yang menanti para pemenang, jangan tunggu lagi. Jom daftar sekarang di sini 👇🏼 https://kliik.je/product-details/111?title=baby-merangkak-race
KENAPA PESAKIT PERLU BERJUMPA DOKTOR?
“Doktor, anak saya sudah tiga hari demam, sakit tekak dan hari ini tak boleh makan, bahaya tak doktor?”
“Ibu saya dah dua bulan ada ketulan kat leher dia, tekan tak sakit, kena buang tak, doktor?”
Soalan-soalan seperti ini bukanlah jarang untuk saya temui. Setiap hari saya terima puluhan mesej di sini dan di emel berkenaan soalan-soalan seumpama ini. Saya akan jawab secara ‘general’ segala masalah yang dialami.
Perlu diingatkan, semua diagnosis secara tepat perlu kepada beberapa langkah yang mesti dilakukan. Kemudian, diagnosis tepat kepada pesakit dapat dikenalpasti.
Doktor perlu menjalankan langkah seperti berikut
1. History taking
Sejarah lampau pesakit perlu diketahui. Apa pesakit ada? Kencing manis, darah tinggi, serangan strok beberapa tahun lepas dan lain-lain. Ini semua penting supaya dokor dapat melakukan rawatan yang tepat dan wajar kepada pesakit.
Gejala dan simptom terkini pesakit juga perlu diketahui secara terperinci. Ini perlu supaya kami mampu mendapatkan diagnosis tepat kepada pesakit.
2. General examination
Doktor perlu melakukan pemeriksaan menyeluruh kepada pesakit. Ini termasuk keadaan keseluruhan pesakit seperti bagaimana pesakit mampu berjalan, menggunakan kerusi roda, cara pesakit bernafas, dan banyak lagi. Tanpa melihat sendiri keadaan pesakit, doktor tidak mampu melakukan kesemua ini.
3. Local examination
Apabila pesakit mengadu mengenai masalah telinga, tekak atau hidung contohnya. Doktor akan memeriksa lebih terperinci bahagian ini. ‘Local examination’ perlu dilakukan selepas doktor melakukan ‘general examination’ kepada pesakit. Pemeriksaan pada tekak contohnya, doktor perlu melihat warna tekak, apa-apa pembengkakan pada kawasan tekak, sekitar gigi, bagaimana pula struktur sekitar tonsil dan banyak lagi.
Doktor juga perlu melakukan ‘palpation’ untuk mengenalpasti lebih terperinci ciri-ciri sesuatu penyakit. Pembengkakan pada leher contohnya boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, kebarangkalian kanser, ketumbuhan benign dan berbagai-bagai lagi. Kesemua ini memerlukan pemeriksaan secara dekat oleh doktor.
4. Keputusan ujian darah dan lain-lain
Selepas memeriksa keadaan fizikal pesakit, seterusnya doktor akan mendapat idea tentang penyakit yang dialami oleh pesakit. Dari sini, kami akan melakukan beberapa ujian yang perlu. Ini seperti ujian darah, x-ray, skan dan lain-lain jika perlu. Namun, ada sesetengah kes hanya memerlukan diagnosis secara klinikal terhadap pesakit.
Oleh itu, jika anda ada sebarang masalah, jangan ragu-ragu mendapatkan pemeriksaan doktor. Tidak semua persoalan saya mampu jawab secara terperinci. Menjadi kesalahan bagi mana-mana petugas kesihatan melakukan konsultasi dan memberi diagnosis di media sosial tanpa melakukan pemeriksaan.
Moga tulisan saya ini bermanfaat. Sebarkan info ini semoga lebih ramai mereka yang kita sayang dapat berjumpa doktor selepas ini. Jom!
Dr Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak
Minta maaf jika soalan anda tidak berjawab di ruangan mesej. Anda boleh terus tulis pada ruangan setiap artikel. Saya akan jawab mana yang boleh.
*Gambar menunjukkan beberapa jenis pembengkakan pada leher. Ia memerlukan pemeriksaan oleh doktor di klinik atau hospital.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.