

Artikel Trending:

Layari portal Keluarga.my untuk info terkini dan bermanfaat seisi keluarga!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan event sepanjang tahun 2024!
“Masih Bertatih & Belajar, Yang Terdedah Tutup Sikit Demi Sedikit.” Pulang Dari Umrah, Nelydia Berhijab, Mohon Titip Doa!

Pelakon cantik manis, Nelydia Senrose kini kelihatan sudah berhijab usai pulang daripada menunaikan ibadah umrah.
Penampilan terbarunya itu membuatkan ramai peminatnya memuji dan mendoakan semoga dia Istiqomah dalam berhijab.
Adik kepada pelakon Uqasha Senrose itu memberitahu dia kini sedang dalam proses pembelajaran berhijrah.
Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi Berita Harian Online. Dia bagaimana pun tidak berani mengulas berlebihan mengenai imejnya itu memandangkan masih dalam proses pembelajaran.
“Saya masih bertatih juga dalam proses belajar, mencuba, mencari dan mengenal lebih soal diri dan agama Islam.
“Kebetulan kita hendak sambut Ramadan, ini salah satu cara untuk menghormati bulan itu,” ungkapnya.
Isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid itu juga menerangkan dia kini perlahan-lahan bertudung.
“Sekembali dari umrah, saya perlahan-lahan bertudung. Dapat berkunjung ke Arab Saudi, dikira lokasi itu sesuai untuk kita berhijab.
“Saya mula belajar, apa yang terdedah ditutup sedikit demi sedikit. Aturan itu sangat cantik,” luahnya.
Nelydia akui dirinya takut jika hati berbolak balik. Namun sentiasa berdoa agar Allah tetapkan hatinya dan terus istiqamah.
“Saya mengharapkan pengakhiran yang baik dalam hidup ini. Jujur takut andai tersilap percaturan, hati boleh berubah.
“Namun saya tidak bermaksud menidakkan apa yang salah tetap salah. Hati kita Tuhan yang pegang dan bila-bila masa boleh tersasar. Namun, saya tidak lupa berdoa memohon diri terus istiqamah.
“Doa baik-baik untuk sesuatu yang lebih manis itu tentunya jadi azimat,” sambungnya.
ARTIKEL MENARIK: “Allah Sangat Baik Dengan El, Allah Izinkan. Syukur Alhamdulillah.” Elfira Dedah Jantina Anak, Bakal Timang Bayi Perempuan!
ARTIKEL POPULAR: “Babah Cakap Rupa Ayyash Macam Ibu.” Kandungan 29 Minggu Terpaksa Czer Air Ketuban Kering, Ibu Ni Reda Anak ‘Pergi’
BACA INI JUGA : ”Lawanya Adik. Anak Ramai, Badan Maintain Je.” Che Ta Kongsi Gambar Keluarga, Warganet Puji Nampak Sebaya Tak Makan Usia!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Pernah Viral Surprise Isteri Naik Kereta Mewah, Kini Coretan Cara Memahami Wanita Tarik Perhatian Warganet. Deep!

Memahami dan menghargai isteri adalah salah satu tanda suami yang penyayang. pasangan suami isteri itu mendapat kebahagiaan bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh pasangan tersebut dalam mengatur urusan rumah tangganya.
Keharmonian dan kemesraan sesama suami isteri adalah lambang kebahagiaan yang diharapkan. Berbahagialah kepada pasangan suami isteri yang cuba membahagiakan sesama mereka.
Untuk itu ada beberapa perkara yang jika diamalkan barangkali boleh membantu pasangan suami isteri mencapai atau menciptakan suasana yang menyenangkan dalam rumah tangga till jannah.
Menarik coretan saudara Eddie Dieana di facebook miliknya mengenai cara memahami wanita. Biarpun perkongsian nampak biasa-biasa aje tetapi itulah perlu ada dalam rumahtangga kekal harmoni.
Ikuti perkongsian ini.
Haritu masa video saya viral saya suprisekan wife bawak naik Mustang dan bawak dia pergi candle light dinner. Banyak jugak komen-komen yg saya terbaca di Metro Online & page² lain.
Mereka cakap. “Alah, baru kahwin boleh la.
Cuba dah lama kahwin. Cuba dah ada anak.” *Dari sewa Mustang baik beli emas”
“Bazir duit je buat macamtu dekat bini” Ternyata mereka silap.
Saya dah pun hampir 10 tahun kahwin. Dan dah ada 2 orang anak. Tetap sama je layanan saya terhadap isteri saya. Dan takkan lah saya nak post saya beli pulut dakap,pulut serunding pulut durian apa semua. Kang orang cakap riak dan menunjuk² pulak. Biarlah saya bahagiakan isteri saya dengan cara saya sendiri.
WANITA INGINKAN PERHATIAN
Ni saya nak share sedikit pengalaman saya sepanjang 10 tahun kahwin. Apa yg saya pelajari tentang perempuan ni terutama sikap isteri saya. Mereka bersikap inginkan perhatian. Terkadang apa yg saya perasan. Saat saya tiada di rumah.
Isteri saya mampu lakukan semua kerja A to Z.
Tapi bila saya ada di rumah je. Automatik dia jadi tak pandai semua perkara.
Dan dia akan meminta saya membantunya. Tapi takpelah. Isteri sendiri kan.
So tolonglah, bukan isteri orang lain. Bila dah tolong ni.
Dia punya happy tu kita akan nampak, dia akan beriya buat sesuatu atau bersungguh² buat sesuatu.
Contohnya bila masak. Tetiba datang ke depan cium pipi kita then akan tanya siap² kita nak air apa dan dia akan hidang dulu supaya kita boleh minum masa menunggu dia masak.
Antara lain, apa yg saya dapat belajar dan fahami tentang perempuan ni.
SUKA KEJUTAN
Mereka suka akan suprise. Bila balik ke rumah bawak bunga RM 10 bagi dekat dia pun.
Dia punya happy tu. Dia akan cepat² peluk dan cium kita. Kita akan nampak yg dia hargai apa yg cuba kita buat. Inikan pulak bila kita suprise dia yg lagi besar macam bawak pergi candle light dinner naik kereta mustang tu. Lagilah berdouble² happy dia.
Terkadang, 10 minit dah nak sampai rumah. Saya sengaja call wife, tanya apa yg dia teringin nak beli dan kirim. Benda ni nampak remeh sebenarnya. Tapi benda ni lah yg buat mereka rasa happy.
Menandakan kita ingat kepada mereka. membuatkan mereka rasa di hargai. perkara ni keluar dari mulut wife saya sendiri. Sebab saya suka bertanya apa perkara yg dia suka dan tidak suka dalam hubungan.
MUDAH TERASA HATI
Wife saya ni, dia sangat expert memasak bila dalam rumah sendiri. Tapi, bila datang rumah mak saya. Automatik saya akan dengar dia tanya A sampai Z.
“Mak, bawang ni nak potong macamne?” “Sambal ni nk tunggu kering dulu ke?”
“Ayam ni nk kena tunggu lama lagi ke?” antara ayat2 yg akan keluar bila tiba rumah mak saya. Automatik dia jadi kelu dan kaku. Walaupun dah hampir 10 tahun jadi menantu dalam umah mak saya. Rasa malu dia masih tinggi. Kalau dia marah anak sampai tepuk kaki tangan tu semua tak apa. Tapi kalau kita naik suara dengan anak je.
Automatik dia akan terasa hati dan mula masam muka dengan kita.
Hahahaha..
Ini tidak adil. Bila mereka marah anak. dengan kita yg tengah duduk diam ni tak pasal
kena bising skali. Terpinga² jap. hahaha. Dan apa yg saya lihat.
SUKA JIKA SUAMI TEMAN
Perempuan atau isteri ni. Mereka suka di teman dalam setiap perkara.
Contoh di dapur, walaupun kita tak buat apa-apa.
Cukuplah kita ada dekat situ supaya teman dia membawang dan berbual.
Mereka dah appreciate. Belum anda tolong lagi.
Kalau anda semua tolong lagi lh double rasa happy tu. Bila jaga anak pulak, mereka tak kesah mereka lebih penat jaga anak. Asalkan bila kita ada sekali dirumah. Kita layan anak², biar dia berlari sana sini urus susu dan keperluan anak pun takpe.
Asalkan kita bantu pegang anak. Tapi kalau kita bantu benda lain lagilah dia akan bertambah happy.
SUKA MENGADU
Bila isteri mengadu dia penat tu. Bukanlah dia tak bersyukur dikurniakan anak.
bukanlah tanda dia mengeluh. Cuma dia nak kita dengar apa sahaja luahan hati dia. Biar dia rasa puas dan lepastu dia akan kembali normal.
SUKA PUJIAN
Antara perkara lain yg saya perasan. Perempuan ni suka kan pujian dari suami.
Contoh bila makan masakan isteri. Pujilah apa ayat sekali pun. Mesti mereka akan happy.
Bila mereka bersiap². Pujilah yg mereka tak perlu cantik².
Sebab azalinya mereka memang dah cantik. Korang akan nampak wife korang akan bersiap lebih cepat dari biasa. Silap² tak sampai 5 minit dah siap.
Kalau tak, tunggulah 45minit dalam kereta kalu korang tak puji apa².
WANITA NI SENSITIF
Perkara yg perempuan amat sensitif ialah jangan cakap pasal gemuk atau tak cantik.
Contoh bila wife dah semakin gemok.
Just cakap “awak mesti happy dengan saya kan. Awak yakin bila bersama dgn saya.
Sebab tu awak makan je tak berhenti.”
Jangan sesekali cakap yg kita suka perempuan kurus atau suruh mereka kurus.
Cukuplah bagi hint nanti kita² bersenam biar sama2 sihat dan cantik.
Perkara ni paling penting yg lelaki semua perlu tahu. Setiap apa yg ditanya oleh isteri tu.
90% dia dah tahu jawapan.
Cuma nak tengok kejujuran dari mulut suami. Jadi bila ada wanita lain yg cuba dekat atau kacau hubungan kita. Jangan lupa untuk berterus terang agar tiada rasa curiga dalam perhubungan. Letakkan kepercayaan 100% pada pasangan sebab kebanyakkan pasangan tak suka bila dituduh buat perkara yg bukan2. tapi dalam kepercayaan yg kita bagi mestilah kena ada sedikit keraguan kerana diluar dari rumah suami anda sentiasa menjadi perhatian wanita lain lagi² bila suami anda seorang yg berjaya dan handsome seperti saya.
RASA HARGAI BILA SUAMI UPDATE AKTIVTI
Perempuan jugak akan suka bila suami mereka tahu jaga diri dan dalam masa yg sama suka update apa yg mereka buat.
Contohnya.
“Honey, sekarang Hubby dah sampai tempat kerja.” *Honey, sekarang waktu rehat.
Hubby nk g makan dgn kawan² kerja sekejap.” “Honey, Hubby otw balik rumah.
Nak kirim apa² tak.”
Cukup dengan 3 mesej ringkas seperti ini pun. Mereka akan rasa dihargai.
Bukanlah mereka nak kongkong kita dan nak suruh kita update lokasi setiap masa.
Tapi bila berlaku apa2 kemalangan. Atleast isteri di rumah tahu cerita yg anda pergi kemana sebelum kemalangan terjadi. Antara perangai pelik perempuan.
Tak ada angin tak ada ribut dia tetiba diam.
Ah sudah. Kenapa pulak ni. Bila ditanya dia jawab “cuba fikir apa yg awak dah buat.”
Manalah kita tahu apa yg kita dah buat. Rupanya setelah dipujuk dan pujuk dan pujuk.. pun tak jalan. Peluk dia dari belakang. Dan cuba tanya kenapa.
Baru dia jawab. “U ingat tak bulan lepas u dah janji, gaji nanti nak makan shellout”
Ah, parah. Bila pulak kita janji. Memang langsung tak ingat tapi nak taknak.
Kena bawak jugak sampai ke kedai tu. Dan perkara yg paling menyedihkan.
Setibanya di kedai makan tu. Kedai tu tak bukak. Kita jugak yg dipersalahkan sebab punca kedai tak bukak. hahahahahahaha
WALAUPUN DAH LAMA KAHWIN KENA SENTIASA FAHAMI PASANGAN
Walaupun saya dah hampir 10tahun menjalinkan hubungan rumah tangga.
Masih banyak perkara tentang perempuan/isteri yg masih belum dapat saya fahami.
Hanya sekadar 25-30% je tahap kefahaman saya tu. Betullah seperti yg tertera di gambar bawah. Buku setebal tu hanya baru untuk Bahagian 1.
Yang paling penting. Tolak ansur dalam hubungan dan cuba memahami pasangan.
Bila ada benda ni dalam hubungan, inshaAllah. Saya yakin anda akan kekal bahagia.
Saya share ni bukanlah saya bijak pandai dalam membahagiakan isteri.
Tapi hanya berkongsi cerita. Saya juga manusia biasa yg tak pernah lari dari melakukan kesilapan.
Sumber: Eddie Dieana
Makan Roti Berkulat, Tiga Hari Anak Lembik’ Hingga Masuk Hospital. Memang Bahaya, Dr Ini Jelaskan!

Tentunya ramai yang mengemari roti. Kalau tak ada roti di rumah tu rasa tak lengkap aje.
Sehinggakan roti yang ada nampak kulat tetap digunakan untuk dijamah dengan beranggapan jika dibakar ia selamat dimakan.
Hakikatnya tidak! Sebagaimana perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan yang mendedahkan bagaimana seorang pesakit telah mengalami keracunan akibat makan roti berkulat walaupun belum tarikh luput.
Jadi jangan buat main-main hal ni. Ikuti perkongsian ini. Moga jadi iktibar.
“Sampai masuk hospital anak saya, doktor! 3 hari lembik, macam tuala buruk!”
OK, walaupun dah banyak kali pesan, kita pesan lagi. Kalau nampak roti yang belum luput tarikh, tapi dah ada tanda-tanda nak berkulat, maka jangan makan. Buang terus!
Ada orang, dia rasa sayang nak buang sebab kulatnya tompok kecil sahaja. Jadi dia cuil bahagian yang berkulat tu dan buang. Bahagian yang nampak elok tu dia makan.
Jangan buat macam tu.
Tompok kecil yang kita nampak atas permukaan roti tu adalah putik spora kulat. Namoak kecil di luar, tapi mungkin jaringan akar kulat dah jauh menjalar ke dalam ruang roti.
Jadi, kita tak boleh nak anggarkan di mana sebenarnya sempadan roti yang telah berkulat dan yang elok. Kalau kita termakan spora atau hyphae, sama sahaja bahayanya.
Ada juga orang, dia bersihkan bahagian berkulat dan kemudian masak atau panaskan roti dengan niat untuk membunuh kulat ni. Kemudian dia makan roti tu.
INI SEBABNYA

Jangan buat macam tu.
Benar, kebanyakan kulat akan mati jika dimasak dengan suhu yang tinggi, tetapi roti yang telah berkulat tetap tak selamat untuk dimakan. Tak kiralah digoreng, stim atau bakar.
Kulat menghasilkan sejenis toksin dinamakan mikotoksin(mycotoxin). Ia boleh menyebabkan gejala keracunan makanan. Ia tidak mudah dimusnahkan walaupun dimasak.
Keracunan makanan akibat kulat dan toksinnya boleh menyebabkan gejala muntah-muntah dan cirit-birit yang teruk, terutamanya untuk kanak-kanak dan warga emas.
Oleh itu, nampak ada perubahan warna pada roti, walaupun tompok kecil, walaupun belum tarikh luput, terus buang. Jangan ambil risiko bahayakan kesihatan.
Makanan sihat, adalah makanan yang selamat.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan dan Perubatan
Gambar hiasan: habuk atas roti
Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan