Setiap kesukaran hidup, mengajar kita menjadi seorang yang matang dan berdikari untuk menhadapi cabaran yang mendatang. Sebagaimana keperitan hidup anak ini, yang kehilangan ayah tercinta kala usianya masih kanak-kanak, ibu pula pemegang kad, orang kelainan upaya sehinggakan pernah dikenali sebagai anak nakal pada usia 10 tahun sudah berani tak pulang ke rumah serta tidak hadir sekolah berbulan-bulan lamanya.
Setelah pemergian ayah, anak ini dan ibunya tinggal bersama datuk di kampung dengan menjalani kehidupan serba kekurangan. Namun, ia bukan alasan untuk anak muda ini patah semangat. Kini beliau mengorak langkah berjaya dalam bidang sukan. Sebagaimana perkongsian Puan Natipah Abu yang merupakan sukarelawan yang turut membantu menyediakan keperluan keluarga asnaf ini. Kisah ini sungguh inspirasi untuk menjadi kita ibu bapa yang cakna dalam mendidik anak.
Seperti yang selalu Kak Pah sebut di sini anak-anak kami datang dari berbagai latar-belakang. Pernah kandas sekolah sebelum diambil bersama kami itu bukanlah perkara asing lagi.
Justeru itu, kami tidak mengharap banyak dari mereka. Dapat ke sekolah tanpa melanggar disiplin pun sudah cukup membanggakan kami.
Ada pihak rumah anak yatim yang apabila kes dirujuk kepada mereka , akan bertanya pegawai JKM “ budak ni berapa A ? “ . Sedangkan kami pula , menerima seadanya selagi dia bergelar anak yatim atau asnaf.
Dulu anak nakal
Hafiz,
Arwah ayahnya pernah terlantar akibat angin ahmar sebelum pergi. Dia sudah menjadi anak nakal yang selalu ponteng sekolah bahkan kadang-kadang tak balik ke rumah sejak usia 10 tahun.
Apabila ayah meninggal .. dia pernah berhenti sekolah selama berbulan-bulan. Dia dan ibunya yang juga pemegang kad OKU itu, tinggal dengan arwah datuk dan nenek.
Kami menerima amanah menjaganya ketika dia berumur 11 tahun, tak lama selepas arwah ayah menghembuskan nafas terakhir.
“ Tok wan ni kalau nampak kereta masuk ke lorong rumah Tok Wan ni … kereta duk hujung sana lagi , tok wan di sini, ketaq nak pengsan dah. Takut cikgu mai cari Tok wan
nak habaq apa pulak tentang Hafiz ni … “
Begitulah fobianya arwah datuknya yang Kak Pah kunjungi beberapa ketika sebelum meninggal dunia tahun lepas akibat kanser .
Setelah empat tahun berlalu
Hafiz telah berjaya membuktikan bahawa setiap insan punya kelebihan. Andai diberi peluang dan tunjuk ajar dengan kasih-sayang .. masih punya masa depan yang gemilang.
Hafiz mampu menjadi seperti hari ini juga berkat sokongan teguh dari Mama Zaharah Mohamed Khir dan Abang Shah Akish Akasha , juga guru-guru dan mereka yang ada disekelilingnya.
Bakat sukannya mula menyerlah apabila dia melangkah ke sekolah menengah. Kini …. telah terpilih mewakili daerah setelah menang pingat emas dalam lari 200 meter dan 400 meter serta gangsa bagi 4X4.
Hafiz akan membawa nama SEK MEN KEB SG LAYAR dan DAERAH KUALA MUDA YAN dalam pertandingan peringkat negeri di Stadium Darulaman pada 11 Mac nanti.
Biarpun dalam kesibukan membuat persediaan ke Johor .. kami tidak lupa untuk menghargai kejayaannya. Semalam .. kami mencari kasut sukan yang dihajatkannya di beberapa buah kedai di Sg Petani malangnya tiada dan hari ini .. kami akan mencari lagi.
Moga kisah ini menjadi iktibar buat ibu bapa bahawa setiap anak itu, ada potensi diri yang harus digilap.