Masihkah anda ingat dengan lagu Memori Berkasih, Mengusung Rindu dan banyak lagi. Lagu-lagu tersebut menjadi siulan peminat tahun 1990-an. Itu antara lagu hit dendangan arwah Achik Spin bersama kumpulan Spin.
Namun, peminat seni tanah air kehilangan penyanyi bersuara lunak ini apabila arwah terlibat dalam satu kemalangan dan meninggal dunia pada tahun 2010.
Kehilangan allahyarham meninggalkan kesan buat peminatnya apatah lagi ahli keluarganya terutama isteri dan anak-anak. Manakan tidak, tiga anak arwah masih kecil ketika itu.
Lama tidak mendengar berita mengenai keluarga arwah, baru-baru ini isteri Achik memuat naik beberapa keping gambar dan video sambutan hari jadi anak perempuan mereka. H.M Rose Suriani Wati Maarof yang mesra dengan panggilan Tasha, isteri arwah memuat naik gambar sambutan hari jadi puterinya Summaya yang ke 12 tahun.
Ads
Sambutan hari lahir diadakan sekali dengan majlis berbuka puasa bersama ahli keluarga yang lain.
Apa yang menarik mata wargamaya adalah wajah anaknya saling tak tumpah dengan arwah Achik.
Ads
Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari,bernikah dengan Tasha pada 18 November 2005. Pada 9 Januari 2007, Tasha selamat melahirkan Putri Rania di Hospital Tunku Jaafar, Seremban.
Namun, anak sulung pasangan ini meninggal dunia kerana dijangkiti penyakit derita demam panas selama seminggu dan disyaki mempunyai masalah dengan usus dalam perut.
Amalan kunjung berkunjung di Hari Raya selain mengeratkan hubungan kekeluargaan, tidak dinafikan tradisi ini juga sebenarnya yang akan memeriahkan lagi suasana sambutan Hari Raya yang diraikan.
Hakikatnya, kunjungan tetamu dari jauh atau dekat amat-amat dinantikan. Pun begitu menurut seorang ibu ini yang mempunyai anak kecil ada baiknya juga agar kunjungan tersebut tidak dibuat secara mengejut.
Jujurnya, rumah orang yang ada anak kecil ni, bukanlah rumah yang bersedia untuk menerima kunjungan tetamu. Apatah lagi secara mengejut.
Bersepah, tunggang-langgang, lantai tercemar, baju tak berlipat, dinding comot.
Kalau kita tetamu, kalau hati bukan jenis memahami dan berbaik sangka, tak payah lah datang. Jenis membawang, lagi lah.
Di sebalik rumah yang macam kapal karam tu, ada seorang perempuan yang macam bela saka. Bila-bila masa boleh meletup.
Baru kemas, sudah sepah balik. Dah tu, dia seorang je yang kemas pulak tu. Yang tukang sepahnya ramai. Semua kerja, harapkan dia. Baru buka mulut, kena cop asyik membebel.
Sakitnya hati!
Dulu masa Kak MJ masih bujang, berazam la konon nak jadi lain dari yang lain. Akan usaha juga rumah kemas ala English Style. Anak taknak comot. Superwoman. Konon.Pada yang masih bujang tu, good luck lah ye
Indahnya perkongsian Abby Abadi! Keakraban hubungan Abby dan suami dengan Norman Hakim dan isteri Memey Suhaiza memang mencuri hati setiap yang bergelar wanita. Sehingga sering ditanya bagaimana boleh berbaik dengan mereka. Bukan calang-calang mampu berbuat demikian.
Hakikatnya setiap manusia tidak akan terlepas menghadapi ujian. Allah menguji setiap hambaNYA di muka bumi ini dengan pelbagai ujian. Adakalanya kita diuji dengan kemewahan, kemiskinan, kegembiraan, kesedihan, kebahagiaan atau penceraian. Namun setiap dugaan yang berlaku sebenarnya mengandungi banyak rahsia dan maksud. Yang pasti setiap Yang berlaku ada hikmahnya.
Sejujurnya, pengakuan Abby Abadi mengenai coretan hidupnya yang menemui kegagalan dalam perkahwinan bukan menjadi titik noktah dalam hidupnya. Malah dijadikan iktibar untuk merencana kehidupan lebih cakna dan maufakatan sebagai muslimah.
Nyata, wanita hebat ini tidak menoleh kebelakang lagi. Kisah silam ditutup rapat. Biar jodoh tiada lagi, namun hubungan sesama Islam tetap utuh demi anak-anak.
Ikuti pergakuan indah dan manis Abby Abadi Ini. Moga perkongsian ini menjadi manfaat bersama.
Saya simpati pada mereka yg pernah melalui ‘penceraian’ terutama sang isteri yang terpaksa hidup dengan anak-anak yang masih kecil
Cumanya, walaupun perceraian itu menyakitkan, Namun saya percaya, penceraian bukanlah perkara yang buruk, ia adalah salah satu ujian dari banyaknya ujian ALLAH yang lain. Tak lalui, kita takkan pernah tau betapa kuatnya kita. Dan yang lebih penting, sama ada kita perbaiki diri selepas di uji, atau terus merosakkan lagi keadaan, PILIHAN di tangan kita
Dan topik ni sangat berkait rapat dengan saya kannn. Saya tulis ni sebab ramai sangat yang bertanya pada saya, mcmana buleh ‘baik sangat’ dengan Oman & Memey. Macamana boleh lupakan apa yang terjadi. Macamana itu, mcmana ini. Saya jawab, Kehendak ALLAH
Masa akan mengubati segalanya. Jangan kalah dengan emosi.Sikit-sikit sudah melayan perasaan itu. Bila bersedih, syaitan lagi suka. Macam2-macam dihasutnya kita. Jadi yang sebaiknya, MOVE ON!
Yang berlalu biarkan berlalu. Kita bina hidup baru Akui kelemahan diri. Itu yg sebaiknya. Tiada yang sempurna diatas mukabumi ini. Yakin bila diuji dgn ujian berat sebegini, pasti ALLAH akan hadiahkan “pelangi” yang lebih indah nanti
Dah selesai episod sedih, jiwa bergelora & sbgnya.. Usahalah untuk jalinkan hubungan baik dengan bekas pasangan kita, demi anak-anak. Merendah diri. Tak rugi apapun. Paling utama, jangan burukkan pasangan baru nya.
Cukup ALLAH sebagai penolong kita. Janganlah asyik bercerita kita terseksa, kita teraniaya & sebagainya. Syaitan mmg seronok kalau kita bergaduh sampai bermasam muka. Kalau sampai berparang-parang, lagi dia suka. Jadi kawal. Jangan kalah dengan dia
Paling hebat, utk perbaiki segalanya.. wajib kenal ALLAH… & bawalah ISLAM bersama . InshaALLAH, bila kenal ALLAH, segan dah kita nak meraih simpati org & tak kan kita merasa kita je “sempurna”
INILAH KEHIDUPAN
Sementara itu, dalam perkongsian lain pula, Abby menambah bahawa inilah kehidupan yang membuat dirinya muhasabah diri. Ikuti coretan seterusnya.
Semakin kita mencari “kesempurnaan”, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya Kerana sejatinya “kesempurnaan” yang hakiki tidak pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita untuk menerima kekurangan Bila tak dapat memberi, jangan mengambil Bila mengasihi terlalu sulit, jangan membenci Bila tak mampu menghibur orang, jangan membuatnya sedih Bila tak mungkin meringankan beban orang lain, jangan mempersulit atau memberatkannya lagi Bila tak sanggup memuji, jangan mengeji Bila tak dapat menghargai, jangan menghina JANGAN MENCARI KESEMPURNAAN, tapi sempurnakanlah apa yang telah ada pada kita Kehidupan dunia bagaikan mimpi dan bayangan yang tidak akan kekal INGATLAH, Dunia boleh buat kita ketawa sesaat. Namun di akhirat, kerana dunia lah kita menangis tak berhenti Dunia boleh memberi kebahagiaan seketika. Namun di akhirat, kerana dunia lah kita sengsara di neraka Dunia boleh memberi pelbagai nikmat kehidupan. Namun di akhirat, kerana dunia lah kita diazab Muhasabah Diri. Perbaiki kelemahan supaya kita semua dpt merasa Syurga Milik ILAHI. Semoga ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala sentiasa melimpahi hidayah petunjukNYA pada kita semua. Aminnn
Dalam pada itu, netizen melahirkan rasa kekaguman atas perkongsian yang mengusik jiwa dan penuh inspirasi ini.
Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Itulah perumpamaan yang paling sesuai dalam menggambarkan jasa dan pengorbanan guru untuk memastikan pelajarnya berjaya.
Biarpun pandemik yang melanda, mereka tetap berusaha memberikan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) dengan sempurna. Bahkan begitu juga menjaga kebajikan pelajar-pelajar yang tinggal di asrama.
Terdapat pelajar yang tinggal di asrama menghadapi masalah kewangan setelah ayah dan ibu kehilangan pekerjaan.
Situasi itu turut dialami oleh seorang guru, Mohamad Yusof Sulehin dari Sekolah Menangah Kebangsaan (SMK) Taman Nusa Damai, Pasir Gudang, Johor yang sebak melihat sekumpulan pelajar berkongsi makanan.
Atas kesedaran itu, beliau mengambil inisiatif dengan mewujudkan tabung makanan atau Food Bank di asrama sekolah berkenaan bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan. Biarpun asrama menyediakan makanan mengikut jadual yang telah ditetapkan, namun bank makanan ini sebagai makanan tambahan buat pelajar yang kurang berkemampuan.
______________________________________
SEBAK LIHAT PELAJAR YANG SUSAH
Masa saya naik round asrama, saya tengok ada 4-5 orang budak tengah berkumpul dalam gelap. Saya ingat dorang tengah buat apa. Geram juga saya. Rupanya dorang tengah berkongsi makan maggi. Mula-mula saya nak marah juga sebab dah malam-malam tak tido lagi tapi kesian pulak saya tengok anak-anak murid saya ni. Kadang tak boleh nak salahkan dorang jugak. Yelah, budak nak membesar memang cepat lapar.
Budak asrama saya ni bukan semua datang daripada keluarga kayangan. Ada budak yang ayahnya kerja bawa teksi, ada budak yang mak ayah bercerai, ada budak yang ayahnya kena buang kerja.
Kadang bila ada budak yang kaya sikit bawak makanan sedap-sedap, terliur jugak anak-anak yang kurang berkemampuan ni. Dulu saya pun pernah melalui kenangan ni
Jadi, atas niat nak membantu tercetuslah idea ‘Food Bank’ ni. Tujuan saya ialah anak orang kaya ke, anak orang miskin ke, semua boleh makan makanan bersama-sama. Pada saya, sekolah/asrama bukanlah tempat untuk murid berlapar.
SEKOLAH ASRAMA BUKAN TEMPAT MURID BERLAPAR
Bila dah start projek ni, saya ada tanya respon anak murid saya. Dorang kata; ‘cikgu buat sama macam idola kami, Ebit Lew la cikgu..’. Bahkan ada budak yang berminat nak bincang dengan keluarga nak buat food bank kat rumah dorang.
Terharu juga saya Saya doakan semoga bila dorang dah besar nanti tak kisahlah dorang kerja apa sekalipun, biar dorang jadi manusia yang menyumbang sesuatu untuk masyarakat. Tak banyak, sikit pun jadilah. Sebab mentaliti nak tolong sesama manusia ni kalau dipupuk daripada awal mungkin lepas ni susah dah kita nak jumpa orang susah. Sebab bila ada orang susah je semua pakat nak bantu. Biar semua orang ada mentaliti nak tolong orang lain macam Ustaz Ebit Lew. Ni yang saya cuba pupuk pada anak-anak murid saya.
Saat ada orang kondem cikgu-cikgu makan gaji buta, sebenarnya saya nak bagitau ramai je cikgu-cikgu yang bantu bagi makan budak-budak susah yang takde duit nak makan kat kantin, bayarkan yuran asrama budak-budak susah, belikan peralatan menulis percuma untuk budak SPM, bahkan ramai juga yang aktif bagi bantuan buat keluarga yang terkesan masa PKP ni. Contoh terbaik ialah Cikgu Mohd Fadli Salleh.
Hanya yang kenal siapa ‘cikgu’ sahaja tahu macamana baiknya ‘cikgu-cikgu’ kat Malaysia ni. Kalau betul dorang kenal cikgu, takkan ada yang sampai hati nak ketawakan cikgu dia
Nak minta rakan-rakan bantu saya share status ni supaya lebih ramai orang sedar apa sebenarnya yang cikgu buat masa PKP ni bukan just makan gaji buta. Dan, semoga lebih banyak sekolah/asrama boleh laksanakan idea ‘Food Bank’. Saya ulang sekali lagi; ‘sekolah/asrama bukanlah tempat untuk murid berlapar!’.
WARGANET SEBAK
Dalam pada itu, warganet meluahkan rasa sebak dan menyokong usaha murni guru berkenaan.
“Terharunya..kalau lh pd zaman sy ada mcm ni kn best..pernah merasa ikat perut zaman asrama dulu..duitpun cukup2 je nenek bekalkn utk tambang pergibalik dgn keretapi.
“Saya pun baru tahu..cikgu kelas anak saya share2 bayar prepaid untuk pelajar yang tak berkemampuan untuk online.
“Teringat duduk asrama..malam memey lapar..biskut kering pun habis licin.
“Teringat zaman sek dok asrama. Bila kawan-kawan family datang bawak makann sedap kita yang tak da family ni rasa tepinggir sesangat. Faham sangat perasaan anak-anak ni.
Penyanyi Syura Badron berdepan detik cemas apabila suaminya, Muhammad Farizat, mengalami kecederaan melecur teruk akibat insiden letupan gas yang berlaku pada Jumaat lepas.Penyanyi lagu...