“Kejapnya Dah 12 Tahun, Sebiji Arwah. Copy Paste.” Isteri Kongsi Gambar Anak, Warganet Puji Seiras Arwah Achik Spin!

Share

Masihkah anda ingat dengan lagu Memori Berkasih, Mengusung Rindu dan banyak lagi. Lagu-lagu tersebut menjadi siulan peminat tahun 1990-an. Itu antara lagu hit dendangan arwah Achik Spin bersama kumpulan Spin.

Namun, peminat seni tanah air kehilangan penyanyi bersuara lunak ini apabila arwah terlibat dalam satu kemalangan dan meninggal dunia pada tahun 2010.

Kehilangan allahyarham meninggalkan kesan buat peminatnya apatah lagi ahli keluarganya terutama isteri dan anak-anak. Manakan tidak, tiga anak arwah masih kecil ketika itu.

Lama tidak mendengar berita mengenai keluarga arwah, baru-baru ini isteri Achik memuat naik beberapa keping gambar dan video sambutan hari jadi anak perempuan mereka. H.M Rose Suriani Wati Maarof yang mesra dengan panggilan Tasha, isteri arwah memuat naik gambar sambutan hari jadi puterinya Summaya yang ke 12 tahun.

Sambutan hari lahir diadakan sekali dengan majlis berbuka puasa bersama ahli keluarga yang lain.

Apa yang menarik mata wargamaya adalah wajah anaknya saling tak tumpah dengan arwah Achik.

Achik Spin atau nama sebenarnya  Abdillah Murad Md. Shari,bernikah dengan Tasha  pada 18 November 2005. Pada 9 Januari 2007, Tasha selamat melahirkan Putri Rania di Hospital Tunku Jaafar, Seremban.

Namun, anak sulung pasangan ini meninggal dunia kerana dijangkiti penyakit derita demam panas selama seminggu dan disyaki mempunyai masalah dengan usus dalam perut.

Bahkan sebelum itu, isteri Achik turut memuat naik perkongsian yang menunjukkan persamaan wajah suami dan anak-anaknya.

Selain Sumayya, seorang lagi anak pasangan ini iaitu Safiyya juga dikatakan copy paste wajah ayahnya.

puan_ieyna88 Seluar merah tu copy paste arwah achik
waa_daniaaa Same muke ayahnye😢
ikinnoordin98_ Copy paste 😍
nini_nazra yg kakak tu sebiji wajah arwah ayah dia. semoga Roh arwah achik dicucuri rahmat
1989_sakinahnur Happybirthday sumayyah..da besar cantik dah die 😍
coz_im_happy Hapy besday sumaya.sekejapanye dah 12tahun..mse dtg umah kecik je akk dgn adik
mawarnie1986 Selamat ulangtahun kelahiran @mayya_achikspin ..moga jadi anak yang solehah dan anak yang baik untuk ibu @hmrose_tasha2 .

Sumber: hmrose_tasha2

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club