“Kejap Je Dah 7 Tahun, Nanti Besar Baca Tau. Mama Sayang Kakak.” Luahan Almy Nadia Buat Anak Sulung Bikin Sebak!

Share

Datin Almy Nadia menitipkan doa dan ucapan bersempena ulang tahun kelahiran anak pertamanya, Nur Afrina Arianna yang kini genap 7 tahun.

Ibu kepada   empat cahaya mata yang juga isteri kesayangan Dato Fizz Fairuz ini memuatnaik ucapan tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.

 

“Assalammualaikim good morning semua. Dear my twin nur afrina arianna Selamat hari jadi wahai anak mama, kejap ja rasanya dah 7 tahun.

“kakak nnt besar baca tau, mama sayang kakak sangat2 tau, mama sentiasa doakan kakak panjang umur,sentiasa dimurahkan rezeki.

“Menjadi anak yang solehah buat mama n papa dan menjadi kakak yang baik, menjadi contoh yang sempurna buat adik2 dan semua. Happy birthday nana mama very love u @fizzfairuzofficial,” ujar Almy lagi.

Sebagai ibu tiada doa lain selain berharap si anak Arianna atau lebih mesra dengan panggilan Nana itu menjadi seorang anak yang solehah dan kakak yang baik kepada adik-adiknya.

Sekadar makluman, Almy dan Fizz telah mendirikan rumah tangga bersama pada 26 April 2014.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini turut dikurniakan tiga orang cahaya mata yang lain bernama Nurr Afrina Aurora, 6, Nur Afrina Ayra, 4 dan Nur Afrina Aisyah yang baru sahaja dilahirkan pada Disember lalu.

Sumber:almynadiaofficial


ARTIKEL MENARIK: “Like Father Like Daughter. Mata & Senyum Tu Seiras Betul.” Wajah Anak Perempuan Copy Paste Arwah Hani Mohsin Raih Perhatian!

ARTIKEL POPULAR: “Dia Takkan Ganggu Anda Lagi.” Jiran Kurang Senang Anak Autisme Bising, Keluarga Adam Akur Kontrak Rumah Sewa Tak Diperbaharui!

“Percutian Singkat Tapi Bermakna, Peluk Cium Anak Sendiri.” 2 Biji Kek Jadi Perhatian, Ibu Dr Amalina Syukur Kejutan Menjadi!

BACA INI JUGA : “Patut Berseri Lain Macam, Tahniah Bonda. Allah Atur Elok.” Nampak Pregnancy Test, Warganet Teka Intan Saleh Hamil!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara