Kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India jadi ‘wake up call’ lelaki peluk Islam. Kejadian tanah jerlus berhampiran Masjid India, Jumaat lalu menjentik naluri seorang lelaki untuk memeluk Islam.
Kejadian Tanah Jerlus Di Jalan Masjid India Jadi ‘Wake Up Call’ Lelaki Peluk Islam
Lelaki berusia 48 tahun itu didakwa menemui pegawai Islamic Outreach ABIM (IOA), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di Masjid Negara untuk meluahkan hasratnya menjadi saudara baharu sebelum menitiskan air mata selepas mengucap syahadah.
Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, lelaki yang terselamat dari terjatuh dalam tanah jerlus menyifatkan kejadian terbabit mempunyai hikmah tersendiri yang membuka pintu hatinya memeluk Islam.
Katanya, lelaki itu hadir secara sukarela dengan ditemani dua kenalannya untuk menjadi saksi pengislamannya yang berlangsung di IOA Centre, Masjid Negara kira-kira 11 pagi, Isnin lalu.
“Sememangnya ABIM aktif menjalankan dakwah dan program untuk pengislaman, namun dalam kes lelaki ini agak unik kerana dia sendiri yang datang kepada pihak kami di Masjid Negara untuk menyatakan hasratnya berhijrah.
“Daripada maklumat diterima, lelaki itu memberitahu pegawai kami, dia sudah lama menyimpan hasrat memeluk Islam kerana sentiasa mengingati pesanan seorang imam yang ditemuinya semasa kecil iaitu jangan makan makanan haram dan tidak bersih serta jangan bercakap buruk tentang agama Islam.
“Namun, menurutnya tanah jerlus di Masjid India menjadi ‘wake up call’ (penyedaran) untuk dia memeluk Islam kerana dia percaya ada hikmahnya, menyebabkan baru kami sedar rupanya dia salah seorang individu yang berada di lokasi kejadian itu,” katanya.
Beliau mengulas mengenai perkongsian tular membabitkan pengislaman salah seorang mangsa kejadian tanah jerlus di Masjid India.
Menurut perkongsian itu, lelaki itu adalah pemuda yang terselamat dari terjatuh dalam tanah jerlus seperti video tular semasa kejadian itu.
Ads
Mengulas lanjut, Ahmad Fahmi berkata, pihaknya tidak dapat mendedahkan identiti sebenar lelaki itu atas permintaannya sendiri.
“ABIM memohon agar semua pihak memberi ruang kepada saudara baharu ini bertenang, menghormati privasi dan mendoakan kebaikan beliau.
“Dalam masa sama, ABIM juga mendoakan agar operasi pencarian mangsa tanah jerlus di Masjid India dipermudahkan dan menzahirkan rasa simpati buat keluarga mangsa.
“ABIM juga mengajak semua umat Islam untuk terus menyebarkan keindahan Islam, selanjutnya meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT,” katanya.
Dalam kejadian Jumaat lalu, sekumpulan individu dilihat sedang berjalan di kawasan Masjid India, sebelum salah seorang daripadanya terjatuh ke dalam lubang benam di kawasan itu.
Ads
Pihak berkuasa mengesahkan mengesahkan mangsa ialah seorang wanita warga India berusia 48 tahun.
Sehingga kini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang memasuki hari ketujuh hari ini masih diteruskan dengan menggunakan kaedah Ground Penetrating Radar (GPR).
Kalau dah jadi mak-mak ni, tanya la peralatan dapur jenis apa, petik jari je semuanya tahu! Baru-baru ini tular di media sosial set pinggan mangkuk ayan atau lebih dikenali sebagai enamelware yang terkenal dengan warna yang cantik dan gaya simple.
Kalau sebelum ini orang tergila-gilakan jenama tupperware, kemudian viral tentang mangkuk corning ware vintage yang dijual berpuluh hingga beratus ribu, sekarang ini menjadi hobi para isteri untuk mengumpul koleksi pinggan mangkuk ayan ni pula!
Tetapi awas ya semua! Tak semua yang dijual di pasaran tu elok barangannya. Lebih-lebih lagi yang dijual dengan harga yang murah. Ini kerana ada risiko yang korang perlu tahu sebab set ini diperbuat daripada keluli, besi atau aluminium dan disalut dengan porselin pada tahap suhu tertentu. Nak tahu lebih lanjut? Jom tengok perkongsian dari Public Health Malaysia ini.
Pinggan viral terkini adalah pinggan mangkuk ayan atau dikenali sbg enamelware. Ya, ia pinggan rekabentuk vintage yang kembali menjadi perhatian masyarakat.
Untuk menghasilkan pinggan mangkuk enamelware, asasnya adalah dari keluli, besi atau aluminium. Bahan tersebut akan disaluti dengan porselin pada tahap suhu tertentu.
Bagi produk berjenama seperti Le Creuset dan produk dari kilang yang diketahui, anda tidak perlu bimbang kerana penghasilan produk ini akan melalui pemeriksaan kualiti yang ketat. Ini penting untuk memastikan ia bebas dari bahan kimia berbahaya terutama logam berat.
Faktor keselamatan mungkin TIDAK terjamin jika produk ayan dari pengeluar yang tidak diketahui. Selain itu, penggunaan pinggan ayan antik juga tidak digalakkan kerana regulasi sebelum ini tidak ketat. Pinggan mangkuk ayan yang telah rosak seperti retak, kemek, bercalar dan berkarat juga perlu dielakkan penggunaannya.
Kebimbangan utama adalah pencemaran logam berat seperti plumbum, kadmium dan uranium. Bahan bahan ini biasanya digunakan untuk memberi warna menarik pada pinggan mangkuk ayan.
Kesan terdedah kepada bahan ini menyebabkan risiko masalah perkembangan otak kepada anak-anak. Untuk jangka masa panjang akan akibatkan kerosakan organ lain seperti buah pinggang, hati, tulang dan kanser.
Sekiranya anda ingin menggunakan produk ayan antik, gunakan sebagai hiasan, tempat letak bunga hiasan ataupun pelapik pinggan lain.
Jika anda baru berjinak jinak dengan produk ini, utamakan keselamatan dengan memilih produk yang telah disahkan selamat.
Bagi pengeluar produk seramik yang tidak mempunyai pengesahan kualiti produk, sila melakukan permohonan untuk mendapatkan pengiktirafan dari KKM (Bahagian Keselamatan Makanan) untuk mengesahkan bahawa produk anda bebas pencemaran logam berat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kebiasaannya ramai antara anak muda akan memilih kerja berdasarkan minat dan gaji yang lumayan, namun berbeza dengan anak muda ini tidak kisah melakukan kerja yang bergelumang dengan bau busuk dan berpanas setiap hari demi mendapatkan rezeki yang halal.
Bagi Wan Othman Wan Mohd Nor Hassyim kesempitan hidup yang dilaluinya memaksa remaja berusia 19 tahun ini berhenti sekolah ketika di Tingkatan Dua dan sejak itu dia melakukan pelbagai pekerjaan yang dapat membantu meringankan beban keluarga.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Difahamkan Wan Othman pernah menjadi kelindan lori dan pembantu kedai makan tetapi kisahnya yang kini mencari rezeki sebagai kru syarikat pengurusan sisa pepejal dan pembersihan semenjak hampir setahun yang lalu lebih mendapat perhatian.
Ini memandangkan remaja ini yang mesra di sapa Wan sering kali berkongsi video gelagatnya dan rakan-rakan sekerja memungut sampah di aplikasi TikTok.
Ini sepertimana memetik katanya ditemual bual pemberita Harian Metro.
“Saya saja kongsi video ketika bekerja di TikTok dan tidak sangka ia boleh tular.
“Alhamdulillah, ramai beri kata semangat, malah ada yang komen minta majikan naikkan gaji. Terima kasih saya ucapkan,” katanya ketika dihubungi.
Wan Othman tidak menafikan ada segelintir warganet memandang serong pekerjaannya dan meminta dia mencari kerja lain yang lebih baik.
“Bagi saya, biarlah cari rezeki sebagai pemungut sampah buat masa ini kerana bukan senang untuk dapat kerja, zaman sekarang ini.
“Waktu bekerja pula enam hari seminggu bermula 6.30 pagi hingga 3.30 petang,” katanya yang ada ketika dia bekerja lebih masa hingga 7 malam dan bercuti pada Ahad.
Menurutnya, dia sudah melakukan pekerjaan itu selama setahun dengan pendapatan kasar RM1,500 dan mencecah RM2,000 jika bekerja lebih masa.
Katanya, banyak pengalaman diperoleh sepanjang bertugas yang disifatkan asam garam kehidupan.
“Antaranya, dikejar anjing malah pernah juga lipas dan cicak masuk dalam baju, selain jumpa wang.
“Itu perkara biasa kerana persekitaran kerja terdedah dengan sampah sarap, namun setakat ini, tiada rakan terdekat atau orang sekeliling memperlekeh pekerjaan saya.
“Saya juga bersyukur dengan rezeki yang ada tetapi tetap menyimpan hasrat untuk lebih berjaya suatu hari nanti dan meningkatkan taraf hidup keluarga,” katanya yang juga menyimpan hasrat untuk menamatkan persekolahan hingga memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan seterusnya menyambung pengajian ke menara gading.
Melihat perbezaan api dapur gas yang telah lama digunakan, dulunya berwarna biru dan kini berwarna merah bahkan nyalaan juga kecil tentu tidak puas hati dibuatnya. Tak akan sebab ini hendak dibeli yang baharu.
Oleh itu, cubalah lakukan service yang dikongsikan oleh saudara Abdul Ghopar Zakaria Ansari.
Ini perkongsiannya.
Projek d.i.y menservis dapur gas isteri.Hari ni berjaya menyelamatkan dua dapur gas milik isteri.
Perkongsian ini pernah diviralkan. Hari ni diperincikan lagi step-stepnya.Semua orang boleh lakukannya.
Barang-barang yang diperlukan.
1.Playar.
2.Spray anti karat WD40.
3.Pemutar skru jenis bunga dan philips.
4.Klip kertas.
5.Surat khabar lama.
Step-stepnya ada setiap gambar ya.
STEP 1 : Tanggalkan tungku dari injap gas dengan mencabut pin di bahagian bawahnya.
STEP 2 : Selesai tanggalkan tungku dari injap gas.Cuba buka skru untuk pisahkan injap gas dan paip gas. Jika terlalu ketat tidak perlu dipisahkan.
Dalamnya ada getah seal dan akan nampak injap gas berlubang besar dan kecil bagi mengawal penggunaan gas.
Bagi golongan wanita yang ingin melakukannya sendiri tidak perlu keluarkan injap dan paip gas ini. Terus cucuk klip kertas ke saluran injap gas.
STEP 3 : Injap dan paip gas dikeluarkan sepenuhnya.
STEP 4 : Ambil spray anti karat dan semburkan ke dalam bahagian penyambung antara tungku dan injap gas. Kemudian gunakan klip kertas untuk mencucuk lubang halus di injap gas.
STEP 5 : Kesan lapisan minyak dari lubang injap gas. Lapisan minyak ini akan bertukar menjadi kerak minyak dan membuatkan saluran injap gas tersumbat.
EKSTRA INFO
Ini ada contoh retakan pda bahagian fire starter. pulas-pulas tetapi api tidak menyala dan perlu guna surat khabar atau external fire starter untuk hidupkan dapur gas.
Usah khuatir, ketuk sedikit bahagian besi supaya retakan menjadi rapat. Ianya tidak membahayakan.
Taraaaaaa..Sudah siap di servis.Dapur ini
telah dua tahun digunakan.
Dapur yang dijaga dengan baik mampu
bertahan lebih lama.
Jika perumahnya dan paip gas sudah
terlalu uzur dinasihatkan tukarlah yang
baru ya.
Selamat mencuba.
Sumber : Abdul Ghopar Zakaria Ansari
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...