Kehilangan juruukur di Pelabuhan Johor yang dalam perjalanan dari kediamannya di Kemaman, Terengganu ke Pasir Gudang pada Ahad terjawab, selepas kenderaan yang dinaikinya ditemui dalam gaung.
Kenderaan yang dipandu mangsa, Zahari Zakaria, 62 ditemui di Kilometer 25 Jalan Kota Tinggi – Mersing pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edrward Nuing berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada pukul 9.10 pagi yang ternampak kereta Perodua Myvi berwarna biru itu di dalam gaung berkenaan.
“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Mersing telah terima makluman dari orang awam menyatakan terdapat sebuah kereta berwarna biru telah terbabas dan jatuh ke dalam gaung di laluan tersebut.
“Mangsa Zahari Zakaria, 62 telah dilaporkan hilang oleh anak mangsa sehari selepas pergerakan beliau dari Kemaman, Terengganu ke arah Pasir Gudang. Mangsa tidak dapat dihubungi setelah 24 jam dan anak mangsa telah membuat laporan polis.
“Dalam kejadian Ahad lalu mangsa dipercayai telah terbabas ketika melalui jalan jenis selekoh di laluan tersebut,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Jelas Edward Nuing, akibat kemalangan itu kenderaan mangsa telah terbalik di tempat kejadian dan mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pakar perubatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana cuai memandu dan menyebabkan kemalangan maut.
“Kes masih dalam siasatan polis. Pihak polis menasihatkan pemandu jalanraya lebih peka terhadap pemanduan ketika melalui jalan gelap, cuaca hujan dan berselekoh agar kemalangan dapat dielakan,” katanya.
Sebelum itu, Siti Nurfaezah Zahari dilihat memuat naik posting meminta bantuan untuk kesan si ayah yang tidak dapat dihubungi selepas bergerak dari Kemaman ke Johor Bahru semalam dengan kereta.
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Nak Halau Monyet Masuk Kebun, Ular Sawa Nampak ‘Real’ Hanya Guna Tayar Terpakai, Netizen Kagum!
Tular di media sosial beberapa keping gambar seakan ular sawa yang besar. Ia membuatkan ramai netizen terkejut!
Sekali pandang memang nampak real! Namun hakikatnya ia adalah ular sawa buatan yang hanya mengunakan tayar terpakai.
Begitulah perkongsian oleh saudara Saudara Ahmad menerusi grup Tukang Apa Hari Ini yang mengunakan ular sawa buatan itu menghalau monyet daripada menyerang kebunnya. Ekoran tular mengenai hasil kerja tangannya, ramai yang berminat untuk membuat tempahan.
Namun ekoran tidak mempunyai luang masa untuk membuatnya, dia telah berkongsi cara membuat ular sawa buatan itu. Jom lihat caranya!
Salam. Saya mohon maaf bagi sesiapa yg ade pm saya nak order ular, bkan saya tak mahu terima tpi saya tidak cukup tangan hendak membuatnya kerana nak kena bgi masa siram pokok, tabur baja (pokok durian sedang dlm proses pembungaan skrg ni).
Jadi saya kongsikan lah sedikit cara2 dan brg yg saya gunakan buat ular tedung ni bgi sesiapa yg ingin cuba membuatnya.
Bahan-bahan
-2 biji tayar motor
-Alatan memotong yg saya gunakan hanyalah grinder mata fiber biasa. Tpi penggunaan grinder perlu hati2 dan kelengkapan safety mesti pakai seperti glove, boots, safety spec, dan mask. Kebiasaannya, semasa memotong serpihan tayar akan panas dan mencair serta mengeluarkan asap. Jadi keutamaan safety pada glove, spec, dan mask.
-Cordless untuk kerja2 menyekru dan menebuk lubang.
-Batang rod
-Cat (warna pilihan sendiri). Saya hanya pakai lebihan cat varnish pintu je. Cuma cat warna je beli sendiri.. Kalo modal besar, nak pakai spray pon boleh.
Langkah penyediaan:
1) hanya 1 tayar saja di potong bgi memutuskan gelungan bentuk tayar.
2) tayar yg diputuskan gelungan bentuk tayar, keluarkan bahagian dalam tayar keluar dan akan menjadi lipatan dan bentuk seperti ular dah.
3) tayar yg satu lagi hanya perlu dibuat lubang pada bahagian tayar yg menyentuh permukaan lantai atau tanah (ikut suka nk berapa banyak lubang) untuk nk elakkan air bertakung dalam tayar ketika hujan.
4) selitkan tayar yg membentuk ular kedalam bahagian tayar yg satu lagi.
5) gunakan rod sebagai penongkat untuk menampakkn seperti ular berdiri.
6) penambahan sendiri untuk bhagian mata, lidah, mulut dan taring.. (ikot citarasa masing2). Nak pakai penutup botol pon boleh, nak pakai serpihan kayu pon boleh.
7) saya basuh dan sental dengan berus sabut untuk hilangkan kotoran yg melekat pada tayar.
8.Saya sapukan layer lebihan cat varnish pintu saya pada ular( nmpk agak berkilat)
9) selepas kering, saya tacap cat warna dan jemur.. Haa, kn dah siap tu..
Ular sawa saya dah tempatkan kt kawasan yg selalu monyet bertenggek, tinggal nk beli patung monyet je nk selit2kn kt ular sawa tu..
Insyaallah kalo ade masa saya kongsikan cara buat itik pulak yee..Semoga bermanfaat dan Selamat mencuba bgi sesiapa yg ingin cuba membuatnya sendiri.
Sumber: Saudara Ahmad
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Usah Takut Serah Kad Debit Buat Isteri Berbelanja. Percayalah, Dalam Setiap Rezeki Suami, Ada Bahagian Isteri Juga
Kebahagiaan sesebuah keluarga bukan terletak pada wang ringgit dan harta yang menimbun, namun ada isteri yang sudah cukup bahagia apabila memperoleh pasangan yang memahami dan mengambil berat tentang hidup dan kebajikannya.
Apa lagi, tahu menghargai dan membalas segala pengorbanan si isteri. Itu yang ditunjukkan oleh saudara Akhtar Syamir yang memilih cara berbeza dalam berkongsi rezeki sekali gus menghargai pasangan hidupnya.
Memberikan kad debit kepada isteri untuk berbelanja, membeli barangan yang diperlukan. Itu sudah mampu menggembirakan isterinya.
Semoga kisah keluarga ini menjadi panduan buat semua lelaki bergelar suami dalam menghargai pasangan masing-masing.
“Apa juga yang dibuat secara berlebihan akan jadi kurang baik. Samalah dengan kad debit I ni, jika digunakan berlebihan, pasti akan mendatangkan kemudharatan”. Kata saya sambil berseloroh. Tersengih-sengih manis isteri saya dalam kereta depan Watsons tadi.
Sambil memegang Daisy dalam kereta, saya perhatikan dia berlalu masuk ke dalam Watsons. Gembiranya saya kerana mampu menggembirakan dia. Saya tahu, tak banyak mana pun dia belanja dalam tu.
Cukup pencuci muka dan bende alah lain yang saya tak faham atau tak tahu apa fungsi dia pun. Itu tak penting bagi saya asalkan ianya penting bagi dia. Biarlah dia bebas dalam tu pilih apa yang dia rasa perlu tanpa ada sebarang gangguan.
Saya sentiasa berterus-terang mengenai tahap kewangan saya. Jadi, dia sedia maklum kemampuan saya. Bekerja seorang dan menanggung isteri serta 3 orang anak di bandar bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi Alhamdulillah, apabila kita letak isteri kita di tempat yang paling utama, pasti ada bahagian untuk dia. Saya juga percaya, di dalam setiap inci rezeki yang saya terima, ada rezeki isteri juga.
Kerap kali para suami merasakan tidak mampu untuk buat sebegini. Ini kerana ianya tidak dianggap penting dan kedudukan kepentingan itu ditolak ke bawah. Sudah pastilah perkara lain akan diselesaikan dahulu sebelum sampai ke keperluan kegembiraan isteri ini.
Mula letakkan isteri dan keperluan kegembiraannya di tempat tertinggi. Ini kerana, isteri pasti sentiasa meletakkan kegembiraan suaminya di tempat yang teratas juga.
Hasilnya, yang suami gembirakan isteri, yang isteri pun gembirakan suami. Bukankah ini yang kita semua mahukan?
Kongsikan penulisan ini. Buat inspirasi kepada semua. Semoga lebih ramai suami mencari alasan untuk menggembirakan isteri. Alasan saya pada kali ini ialah 11.11.
Carilah alasan-alasan seperti ini.
Jemput follow saya 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
▶️ http://t.me/broohsemfans ◀️
Sedangkan Lidah Lagi Tergigit. Ini Perkara Kena Elak Ketika Bertengkar. Deep!
Pernah dengar kan lagu ni, Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, nyanyian P. Ramlee & Saloma.
Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi
Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar
Kasih sayang rukun dan damai…
Malah, Pepatah Melayu ini menggambarkan kehidupan alam rumah tangga tak semuanya indah. Sebab itu, kena ada sikap tolak ansur dalam rumah tangga.
Namun perkongsian oleh saudara Akhtar Syamir boleh dijadikan jika ia berlaku. Moga bermanfaat bersama.
Perkara yang perlu dielakkan ketika bertengkar.
Amarah itu sangat membinasakan. Selisih faham, perbalahan dan pertengkaran adalah lumrah di dalam kehidupan.
Ada dua kesudahan akibat dari pertengkaran. Kesudahan yang baik atau yang buruk sebenarnya bergantung kepada perkataan, ayat dan kelakuan kita sesama ianya berlaku.
Kesudahan yang pertama amat positif. Pertengkaran membuatkan perhubungan menjadi semakin rapat. Suami dan isteri tahu tahap mana yang membuatkan ianya menjadi terlampau. Ini bermakna suami atau isteri lebih mengenali diri pasangannya. Hasilnya, pasangan ini akan dapat mengelakkan pertengkaran di masa hadapan. Dengan erti kata lain, belajar dari kesilapan.
Kesudahan kedua menjadi topik penulisan kali ini. Hasil dari pertengkaran itu menjadi kebinasaan kepada perhubungan. Ianya menjadi lebih teruk dari sebelumnya. Jalan penyelesaian tidak dapat dicari kerana dikaburi amarah dan telinga seperti ditutup rapat.
Ini terjadi apabila perkataan, ayat dan kelakuan yang menghancurkan digunakan semasa bertengkar.
Apakah perkataan yang beracun, membinasakan dan menghancurkan apabila digunakan pada waktu itu? Apakah kelakuan yang jika dibuat, boleh merosakkan?
1. Talak dan cerai.
– Jangan jadi bodoh. Maaf saya terpaksa berkasar. Kadang-kala perkataan ini jadi terlalu murah sehingga digunakan berkali-kali sehingga ianya seperti tiada nilai. Gaduh yang biasa pun nak guna perkataan ni. Tersalah kata, cakap cerai. Terlambat balik, cakap pasal cerai. Masak tak sedap dah cakap pasal talak. Baju tak bergosok dah cerita pasal talak. Sedangkan perkataan ini sangat berat dan bahaya.
– Kenapa ianya berbahaya, kerana kesan perkataan itu. Cerai dan talak bukanlah satu permainan. Jika dilafazkan maknanya dilafazkan. Jika tersalah lafaz sehingga talak tiga, semuanya sudah terlambat. Fikir dahulu sebelum nak guna perkataan ini. Gunakan otak yang ada dan bukannya amarah semata-mata.
2. Mengungkit kesalahan lalu.
– ini antara perkara yang paling suka dilakukan. Ianya bakal menambahkan luka yang sedang berdarah. Walaupun tidak ada kena mengena, tetapi tetap mahu diungkit kerana marah yang lama itu tidak habis-habis lagi.
– Ianya membinasakan kerana perkara yang kecil boleh menjadi lebih besar tanpa kita sedari. Mungkin pada mulanya hanya pertengkaran kecil disebabkan lambat beri fokus kepada pasangan semasa menggunakan telefon. Tetapi apabila masalah lalu diungkit, ia merebak kepada pertengkaran lama mengenai kecurangan dan lain-lain. Perkara ini amat memenatkan kerana ianya tidak akan berakhir.
3. Menggunakan kekerasan.
– Bukan hanya lelaki, perempuan juga boleh menggunakan kekerasan semasa bertengkar. Dari cakar, tumbuk, sepak, hinggalah baling barang itu dan ini.
– Hanya lelaki dayus sahaja yang memukul isterinya dan hanya isteri derhaka sahaja yang memukul suami.
– Kepercayaan terhadap pasangan juga semakin berkurang dan mungkin akan hilang. Siapa yang sanggup dipukul dan disakiti? Jika yang dipukul itu lari, mulalah terhegeh-hegeh nak beri janji dan kata-kata manis. Mungkin ada yang boleh bersabar, tetapi percayalah yang ianya tidak akan dilupakan. Pasti akan diingati sampai bila-bila.
4. Cabar-mencabar.
– Ini tak lain tak bukan datang dari amarah dan ego. Kepada yang biasa cabar-mencabar ini, percayalah yang semasa marah memang rasa kuat, memang rasa boleh hidup sendiri, tetapi jangan ketar lutut bila cabaran itu dipenuhi.
– Jika cabaran untuk memukul, pastinya ia akan mendatangkan kesakitan. Jika cabar untuk bercerai, kalau ianya betul-betul terjadi, jangan menyesal. Fikir dulu berbaloi tak kehilangan semuanya? Betul ke boleh hidup tanpa pasangan? Mampu ke tak mampu? Anak-anak macam mana? Rumah, kereta macam mana? Fikir sedalam mungkin sebelum mencabar. Jika pertengkaran disebabkan hal yang kecil sahaja, sangatlah tidak berbaloi.
5. Menunjukkan kekurangan dan kelemahan pasangan.
– Perkataan seperti “muka hodoh macam ni pun nak perasan handsome”. “Dah la tak cantik, badan pun gemuk”.
– Merendahkan pasangan apabila bergaduh membuatkan yang menerimanya bukan hanya marah, tetapi lebih dari itu iaitu sangat kecil hati. Kecil hati ini kesannya mendalam. Ianya lebih dari marah dan mendatangkan kebencian. Bila sudah dibenci, memang sukar untuk kembali baik.
6. Mengutuk dan menyalahkan ahli keluarga.
– Memang mudah untuk menyalahkan orang lain. Tetapi jangan mula salahkan ibu dan bapa pasangan. Walaupun kadang-kala mereka mungkin menjadi penyumbang kepada pertengkaran, tetapi fokuslah pada orang yang di depan mata. Anasir luar itu ialah anasir luar. Jika suami dan isteri itu yang tidak kuat, memang mudah untuk dipengaruhi orang lain.
– Menyalahkan ahli keluarga pasangan tidak akan menyelesaikan masalah. Sampai bila-bila pun kita tidak akan mampu mengawal orang lain. Selesaikan masalah sendiri tanpa perlu libatkan orang lain. Jika kita tarik orang luar masuk, ianya akan menjadi lebih besar dan tidak terkawal.
– Menyamakan pasangan dengan ibu bapanya juga satu perkara yang tidak patut dilakukan. Kerana ini menunjukkan perasaan tidak hormat kepada mereka. Pastinya anak itu akan bercakap mengenai hal ini kepada ibu bapanya dan mereka pula tidak akan menghormati anda lagi.
7. Membandingkan perhubungan lalu.
– Ini sedikit terpencil kerana tidak semua orang ada lebih dari satu hubungan. Tetapi jika ada, jangan sesekali bangkitkan apabila bertengkar.
– Jika perhubungan lalu itu lebih baik, pastinya anda tidak akan berada di dalam perhubungan ini, betul tak? Jadi, berhentilah menipu diri sendiri dan membangkitkan lagi kemarahan pasangan dengan perbandingan itu.
8. Memaki hamun.
– Bodoh, bangsat dan lain-lain perkataan buruk sering digunakan oleh orang yang tidak dapat menahan kemarahannya. Lelaki dan perempuan sama sahaja dalam bab ni. Jika mulut jenis yang celupar, memang akan memaki hamun.
– Memaki hamun ini amat murah dan hina. Anda tidak akan dapat apa-apa pun dengan memaki hamun. Anda rasa puas, anda rasa macam menang, padahal semua itu perasaan untuk pujuk diri sendiri je. Sekali anda babikan pasangan, dia akan ingat sampai tua. Itu pun kalau masih bersama sampai ke tua.
9. Melepaskan kemarahan kepada anak.
– Ini tahap paling hina mengalahkan binatang. Binatang bergaduh pun tak pukul anak. Tetapi kita sering dengar anak menjadi tempat ibu bapanya melepaskan kemarahan dan menunjukkan kemarahan. Ada pasangan yang tahu, suami atau isterinya amat menyayangi anak dan mereka sengaja menyakiti anak supaya secara tidak langsung dapat meyakiti pasangan. Memang hina dan busuk orang sebegini.
10. Mengelak dan melarikan diri.
– Sudahlah buat salah, tak nak selesaikan pula. Hilangkan diri seperti keluar dari rumah atau buat tidak tahu seperti tidak ada apa yang berlaku. “Life goes on” katanya, “move on” katanya, “enough is enough” katanya. Hidup mesti terus dan sudah-sudahlah tu tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya membuatkan ianya terpendam dan menyakitkan hati.
– Segala masalah yang tidak diselesaikan, bakal meletup di lain hari. Hari ini mungkin anda boleh lari, esok lusa belum tentu. Akhirnya apabila ia meletup, tiada apa lagi yang tinggal.
11. Bergaduh besar depan anak dan orang ramai.
– Ini sangat memberi kesan yang buruk. Yang paling teruknya ialah aib keluarga tidak lagi dijaga. Jika bertengkar depan anak, ia bakal memberi tanggapan tidak baik oleh anak dan boleh mendatangkan tekanan kepada mereka.
– Pasangan juga akan rasa malu dengan anak atau sesiapa sahaja. Kesan dia akan berpanjangan, bukan pada waktu itu sahaja.
TINDAKAN LEPAS BERTENGKAR
Jadi, apa yang perlu dilakukan selepas bertengkar? Jika anda mahu menampal semula luka, dan menyembuhkan hati yang lara, buatlah perkara ini.
1. Ucapan maaf yang ikhlas.
2. Berikan ruang dan masa.
3. Jangan ulangi kesilapan yang sama.
4. Bersungguh-sungguh untuk berubah.
5. Cuba ambil semula hatinya.
Amarah itu memang bahaya. Sebenarnya satu penyelesaian yang paling baik ialah sabar dan tenang. Itu sahaja. Sabar dan tenang boleh membuatkan anda nampak dengan terang, dengar dengan jelas dan berfikir dengan lebih baik. Tidak kira lah anda di tempat yang betul atau salah. Sabar dan tenang sentiasa lebih baik dari amarah.
Semoga dapat memberi ilmu dan memberi manfaat. Silakan kongsi dengan menekan butang SHARE supaya lebih banyak pasangan yang tahu mengenai hal ini dan dapat mengelakkan dari memburukkan lagi keadaan.
Jika anda berjaya baca sampai habis, saya ucapkan ribuan terima kasih. Hanya insan terpilih sahaja yang boleh baca sampai habis.