Meraikan lebaran tanpa orang tersayang tentunya berbeza suasana dan perasaannya pada tahun-tahun sebelumnya.

Ini dirasakan oleh keluarga ini bilamana ibu tersayang pergi bertemu kekasih abadi sehari sebelum kedatangan Syawal.

Berkongsi apa yang dirasai, Cikgu Zahran menitipkan rasa dan nasihat untuk panduan bersama.

Tiada Raya Tanpa Emak.

Awal Ramadhan emak datang berpuasa di rumahku. Emak tampak sihat gembira. Emak habiskan tarawih 23 rakaat di surau dekat rumahku. Emak pesan balik raya di rumah mertua. Nanti raya ketiga kita kumpul ramai ramai. Emak nak buat kenduri.

29 Ramadhan yang hening, sekitar pukul 7 pagi, telefon berdering. Abang Fauzi telefon. Aku rasa macam pelik pagi pagi abang dah telefon. Kalau boleh hang balik segera. Emak macam dah sejuk ni. Sayup terdengar suara di corong telefon.

Ads

Aku dah rasa semacam. Tapi aku berusaha untuk tidak memikirkan perkara itu. Kehilangan emak sehari sebelum Syawal. Aku tepis perasaan itu. Tapi gagal.

Kami bergegas. Perjalanan dari Kota Bharu ke Baling terasa sangat jauh. Sepanjang Jeli-Gerik, pelbagai kenangan bersama emak berputar difikiran. Air mata menghambur tanpa dapat disekat lagi. Aku macam bermimpi. Tak percaya. Emak nampak sihat sangat masa dirumah aku.

Subuh itu selepas sahur emak masih ditikar sembahyang. Ketika kakakku kejutkan emak, emak sudah kaku tak bernyawa. Pulanglah emak ke negeri abadi. Kembali bertemu baba yang dah lama pergi.

34 tahun emak hidup bersendirian membesarkan kami 13 beradik(2 meninggal semasa kecil). Dengan penuh dugaan dan cabaran. Waktu raya adalah kenangan terindah. Emak akan sibuk di dapur menyediakan juadah. Ketika dinihari emak sudah bangun memasak rendang. Aku jadi tukang rasa kerana jarang tidur malam raya. Sebutlah mahu makan apa emak akan buatkan. Sekarang Hari Raya seolah tidak bererti lagi. Rumah emak terbiar sepi. Kosong dan usang.

Ads

Saat tiba di rumah emak. Kelihatan ramai orang berkumpul tetapi hening dan pilu. Aku terasa bumi seperti tidak rata. Berjalan seolah terhoyong hayang. Aku nampak emak terbaring di pembaringan. Aku peluk tubuh kaku emak. Aku menangis semahunya dan barulah aku benar benar percaya..emak sudah tiada. Tiada lagi ketupat dan rendang emak. Tiada lagi kelibat yang menghantar kami di muka pintu saat kami kembali ke tempat tinggal masing masing. Tiada lagi doa emak yang sentiasa memohon keselamatan kami dalam perjalanan.

Kehilangan Mak Sehari Sebelum Syawal, 13 Beradik Kini Rasa Tiada Maknanya Raya!

Kehilangan emak di saat hari raya sangat memilukan. Setiap hari raya kelibat emak mundar mandir di dapur seolah masih ada. Raya sudah tiada makna buat aku. Hanya sekadar sebuah kenangan yang terpahat.

Ads

Ya Allah ampunilah ibu dan ayahku. Lapangkanlah kubur mereka sebagaimana taman taman syurga.

Hargailah ibumu saat mereka masih bernafas. Tanpa ibu, raya seolah tiada maknanya lagi.

Alfatihah Buat Almarhumah Hjh Khauziah Hj Ahmad dan Almarhum Ust Yaacob Hj Shafie.

-Doaku sentiasa mengiringi kalian.

Sumber : Cikgu Zahran

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI